Friday, October 7, 2022

KPP01: DONE!

Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak terkira ini. Harini saya, Sue, Diana dan Neilda menduduki peperiksaan komputer kelas memandu. Begitu panjang ya. Kami jalan jam 1.30 petang naik kereta Cikgu Faidal. Terima kasih Cikgu Faidal! Sampai saja di sana, nasib tiada orang lain jadi kami terus saja exam. 

Punya lah nervous sebab saya rasa macam tak cukup latihan dan membaca sebab sangat banyak kerja di sekolah yang harus dilakukan. Beberapa harini saya sangat susah hati takut tak lepas dan saya dah pasrah. Tapi alhamdulillah syukur pada Allah saya lulus! Alhamdulillah 🤲🤲🤲 Sue pun lepas! 

Saya sangat bersyukur dengan markah saya tapi saya tak puas hati dengan si Syahadah sebab dia lagi tinggi! Dia full mark 😶‍🌫️ Saya nak lawan dia. Tapi takpelah. Dah lepas pun alhamdulillah. Hihi. Jadi seterusnya in shaa Allah kelas di litar pula. Doakan saya. By the way, terima kasih abang Diana sebab tumpangkan balik sekolah tadi hiks. Ponsikou!

Harini Jumaat, 7 Oktober 2022, kepulangan tidak wajib pelajar asrama. Tapi ramai lah yang balik. Cuma tinggal dalam 20 orang aspuri. Itupun kebanyakan yang kena rekod video KRS. Jadi tinggal saya saja warden aspuri sini sebab Sue dengan Elvy balik. Warden aspura ada Ustaz Hazmin dengan Cikgu Al Faidal. 

Banyak sangat kerja yang saya kena buat! Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan sebaiknya in shaa Allah. Doakan saya kawan kawan. Yeaaa alhamdulillah saya lepas exam komputer 💕 Saya dapat 48/50 hihi. Sekian. Assalamu'alaikum. Saya mahu solat dan ke sekolah sekejap. Bye!

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment