Wednesday, October 19, 2022

BAJU MUSLIMAH TERBAIK


Dah lama saya mengimpikan mempunyai baju labuh kosong tanpa corak dan especially warna hitam. Alhamdulillah tercapai hasrat saya. Ada rupanya dijual. Cuma saya saja yang lambat. Saya beli tiga warna iaitu navy blue, maroon dan black. Puas hati kahkah. Harganya kalau 1 tak silap saya RM17.90. Murah kan??? Alhamdulillah.

Sekarang ni pun saya tengah pakai yang warna maroon. Ouh saiz yang saya pilih adalah XL. Kalau tengok bahu sepatutnya saya L tapi saya khuatir macam ketat kan. Jadi saya rasa saya dah buat keputusan yang terbaik. Si Syahadah saiz L. Warna hitam dan maroon. Saya boleh bayangkan comel betul dia pakai. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment