Wednesday, October 26, 2022

ANAKKU 2 PERMATA


Ini first time saya gambar seluruh pelajar 2 Permata dengan berbaju uniform sekolah lagi. Biasanya pakai baju biasa sebab hias kelas dan sebagainya. Saya kesian dengan mereka sebab dapat saya sebagai guru kelas. Saya tak rasa mereka nak saya jadi guru kelas mereka tahun depan. Saya sangat lah tidak produktif dalam semua benda berkaitan bilik darjah. 

Maafkan gurumu ini ya anak anak. Tambah lagi mereka punya guru kelas tahun lepas sangat lah gempak iaitu Cikgu Junietha. Mesti mereka rasa macam saya langsung tak function. Tapi memang tak function sangat pun kahkah. Jadi iktibarnya, Cikgu Felix tolong jangan jadikan saya guru kelas lagi. Naya budak nanti. *alasan*

Mungkin juga sebab ini pertama kali saya jadi guru kelas. Tak ada pengalaman lagi. In shaa Allah tahun depan kalau diberi kepercayaan lagi menjadi guru kelas, mungkin ada improvement. Yang penting saya kena bertegas dalam soal duit. Kalau kau nak kelas cantik, kena korbankanlah duit kau ya anak anak. 

Takkanlah 100% guna duit ustazah menangis tak berlagu lah dek ustazah di bucu katil. Yang kelas 2 Permata pun saya keluarkan duit sendiri saja tapi atas kerelaan diri saya lah. Tiada paksaan dari mana mana pihak. In shaa Allah next time kita improve ya. Bye assalamu'alaikum. 

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment