Saturday, October 1, 2022

DEMI BUDAKS ASRAMA TERCHENTA

Jam 9 pagi kami jalan ke pekan. Membeli hadiah untuk pelbagai pertandingan yang telah dijalankan bersempena karnival kokum. Antaranya adalah pidato, sajak, nyanyian solo, melukis poster, pertandingan bola tampar, futsal, bola jaring dan badminton. Alhamdulillah budak asrama TAN2 sangat lah aktif. Join itu ini. 

Tahu tak jam berapa kami habis membeli? Jam 4.30 petang. Bayangkan berapa jam kami berkampung di pekan. Tersangatlah penat tapi rasa berbaloi. Saya bayang kalau saya yang dapat hadiah yang dibeli tu, alangkah bahagianya hidup. Gembira betul. Kami pergi DIY, Servay dan More Chance. 

Ada jugalah barang peribadi yang kami beli. Alang alang dah keluar kan. Kesian si Sue kena berjiran dengan barang barang yang tak muat letak di belakang. Hiks. Bersyukur ada kereta Elvy. Menyenangkan kerja. Bezza lagi, muatan yang sangat besar. Tiber. Yang saya tak percayanya saya beli skincare! Seriously 🌵

Rumah warden TAN2, 
Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment