Setelah beberapa bulan saya bertangguh untuk mengemas barang barang panitia, akhirnya saya ada kesempatan untuk buat alhamdulillah. Suka hati saya tengok almari terisi. Tapi bukan dengan barang saya pun, tapi tak apalah demi panitia PAI terchenta. Itu dah termasuk barang yang Ustaz Mad Zahir tinggalkan. Semua beli dengan duit PAI yang diperuntukkan. Kalau lagi penuh mesti lagi cantik kan? Hiks tak apalah kita isi liwa liwa.
Sekarang saya berada di sekolah di bilik guru. Masih menunggu Ustaz Amran untuk tetapkan kelas yang kami akan gunakan untuk UTQH SPM 2022 Selasa ini in shaa Allah. Saya tunggu Kakda juga sebab Kakda nak buat kerja di sekolah, dan Kakda belikan roti canai! Hihi tak sabar nak makan. Kenapa muka saya selalu macam baru bangun tidur eh walaupun saya dah bangun lama dah. Mata sentiasa bengkak. Hmm tak apalah bukan nak tunjuk dekat siapa siapa pun kan.
Kemarin saya tak makan nasi langsung sebab memang tak keluar dari sekolah dan saya tak tapau dewan makan punya sebab saya tak pasti dewan makan sediakan ke tak makanan. Pelajar kan majoriti balik. Hanya tinggal 20 orang lebih saja pelajar aspuri. Tapi tak logik lah kan kalau tak sediakan makanan sebab ada budak tu kan. Hmm entahlah. Yang penting saya segan nak minta tapau sebab takut ngehngeh.
Okaylah saya kena balik bilik sekejap untuk fotostat satu benda lagi ni iaitu borang pemarkahan yang tak sengaja saya fotostat kurang satu. Okay faham ke tidak saya punya ayat? Hihi okaylah bye semua! Have a productive day! Doakan saya.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment