Saturday, August 30, 2025

BERKELAH DI PANTAI RIA BERSAMA JIRAN


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini adalah hari yang cerah. Tiber. Kami persatuan jiran Kampung Mangkupa telah ke Pantai Ria untuk berkelah dan buat potluck makan makan. Saya bawa buah honeydew, watermelon dan nuget ayam. Bila Abe Dailamie bagitahu kami diajak untuk berkelah dengan keluarga Sir Fahmi dan Aslam dua hari sebelum, saya bagi syarat taknak masak, nanti terbuka aib haha. 

Alhamdulillah makanan yang kami bawa laku keras. Air vitagen pun saya bawa sebab tahu ada anak anak Sir Fahmi. Alhamdulillah dorang suka. Antara makanan lain adalah nasi kerabu, kawan Sir Fahmi iaitu Cikgu Yusuf dan Kak Mas bawa. Mereka guru di SK Pinggan-Pinggan dan SMK Pinggan-Pinggan. Sir Fahmi mengajar sekali dengan Abe Dailamie dan Aslam SK Tanjung Batu.

Akhirnya dapatla saya berkenalan dengan isteri-isteri mereka. Untuk pengetahuan semua keluarga adalah Kelantanese kecuali keluarga Sir Fahmi dari Selangor. Isterinya suri rumah tapi oversea graduate juga. Mereka ada 5 orang anak yang sangat aktif dan cerdik. Isteri Aslam suri rumah juga dan sekarang tengah mabuk mengandung anak pertama mereka. Sweet kan. 

Bila duduk dengan dorang berborak, rasa dekat sangat macam duduk di Kelantan. Suka!!! Tapi awkward babe. Rupanya aku dengan Abe Dailamie paling introvert bila duduk dengan mereka haha. Banyak mendengar je la. Sekali dengan pening kepala menjaga anak anak soleh Wildan dan Najhan. Pantai Ria ni nama saja pantai tapi dia macam lata gitu. 

Baru saja nak berkenalan dengan jiran kan, tapi minggu depan isteri Aslam akan balik Kelantan untuk sementara waktu sebab Aslam ada kem BIG di Kota Belud selama seminggu dan lepas tu ada banyak aktiviti. Jadi wifenya Husna macam lonely juga la di rumah dengan mengandungnya. Okayla apa apa je la. Hiks. Baikla itu saja untuk hari ini. 

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment