Saturday, August 15, 2026

AKTIVITI 14&15 OGOS 2026



Kalau dah kehabisan idea nak hiburkan hati Wildan dan Najhan, Umi dan Abah akan bawa mereka ke Jalan Tamu Salaping tepi sungai atau tasik ni untuk mereka main batu dan connect dengan alam. Suka sangat sampai menangis taknak balik. Sekali sekala suka juga bawa mereka main macam ni kan supaya tak terlalu attached dengan tv dan tak terlalu terperap dalam rumah. 

Kalau boring, Abah dan Umi bawa ke Servay juga bawa jalan jalan sambil beli barang. Siap sedia bawa bantal dan botol susu supaya Wildan dapat rest dalam troli. Najhan duduk dalam baby carrier. Dengan begitu, Umi dan Abah boleh pilih barang dengan amannya. Tapi ada had masanya juga la. Kalau lama sangat pun, pandai si Wildan minta dukung. Boring kali baring kan. 

Sekarang musim main mainan jentolak, jengkaut, lori simen, lori angkut dan seangkatan dengannya. Masalahnya kalau satu nak yang itu, yang satu lagi ikut juga nak main yang sama. Bendanya ada satu saja. Kalau beli dua pun, tetap nak main yang sama juga. Begitu la ya. Tapi bak kata Tokmi, bersyukur dengan apa yang ada. Kalau mereka diam pun, susah hati juga. Jadi bergaduh je la kahkah. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment