Thursday, March 30, 2023

VERIFIKASI PELAKSANAAN PPGB 2.0 DI KUDAT


Nah! Hari ini lah penentuan nasib fail PPGB kita. Tiber. Kalau nak tahu, tugasan ini telah diberikan setahun yang lalu masa kami baru posting. Lusa nak kena check, bertungkus lumus lah semua menyiapkan segala apa yang tertangguh. Punyalah banyak dek. Sakit kepalaku memikirkan. Nasib baiklah ada kawan kawan yang sudi menolong sedikit sebanyak. Kami sama sama buat sebab memang sama sama tangguh kahkah.

Penghasilan fail PPGB ni adalah salah satu syarat untuk sah jawatan. Syarat lainnya adalah menyertai kursus PTM yang mana kami dah selesai hadapinya minggu last cuti sekolah haritu alhamdulillah. Jadi sekarang adakah kami hanya menunggu jawatan kami disahkan atau kena buat apa lagi?

Alhamdulillah sesi pemeriksaan fail berjalan dengan lancarnya dan kami balik terus lepas siap sebab semuanya tak bermaya. Almaklumlah puasa kan. Semua tu maksudnya saya, Kakda dan Basirah lah. Yang lain ngap ngap dalam kereta kahkah.

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, March 29, 2023

KE BAZAR BERSAMA SUMANDAK SABAH


Hari ini kita melencong ke bazar Ramadan bersama sumandak sumandak kegemaran TAN2. Hihi. Saya sebagai pengikut saja. Kami on the way ke rumah Kakda sebenarnya sebab kami akan bermalam di sana. Esok kami ada program di Kudat. Program untuk guru baru, kena cek fail PPGB 2.0 yang setahun sudah kena suruh buat.

Memang wajib buatlah untuk pengesahan jawatan. Jadi sebelum ke rumah Kakda, kita shopping makanan dulu. Hiks. Saya dah beli nasi dengan sotong telur masin di Kupang jadi saya teman saja dorang beli makanan. Setiap orang beli tak kurang dari 3 jenis makanan. Sakan eh semua.

Tak rasa ke semua ni akan jadi macam satu mimpi saja. Berkawan dengan orang Sabah, berbuka dengan mereka, berkeliaran di Sabah dan sebagainyalah. Bagus kita hargai segala moment sekarang supaya tidak menyesal di kemudian hari.

P/S: Selamat berbuka puasa semua! 

Tuesday, March 28, 2023

MISCHIEVOUS SUE


Sue boleh jadi lawak dan boleh jadi singa dalam sekelip mata. Walaupun saya berkawan dengan dia, saya tetap rasa takut haha. Bukan apa, tunggu masa saja kena marah apatah lagi dengan habit saya yang susah betul reply mesej dalam group. Sorry Sue, saya akan cuba ubah perangai saya. 

Pada hari kejadian, Sue tak makan lagi dari pagi. Jadi sambil dengar meeting secara santai di bilik guru, pasal apa saya tak ingat, Sue habiskan saya punya makanan kahkah. Saya beli 2 bekas mi goreng sekali dengan ayam goreng tapi kekenyangan. Jadi Sue lah yang habiskan. 

Lawak betul si Sue ni sebab dia luar jangkaan betul. Tapi jangan underestimate dia, pelajar bukan main takut dengan dia. Asal dia lalu saja, pelajar akan diam terus. Kalau ada anugerah guru paling garang tahun ini, saya rasa juara bertahan Cikgu Erlinda akan kalah dengan Sue. 

Tapi Sue memang steady lah. Dia suka buat pickup line, lagi lagi dengan saya yang tak pandai nak respon. Kalau dia buat dengan Kakda, memang bersemut bilik guru haha sebab Kakda pandai sambut. Kalau buat dengan saya memang krik krik lah kahkah.

Kota Marudu, Sabah.

Monday, March 27, 2023

SEANTORO WAKAKA


Jangan tanya saya apa maksud tajuk di atas. Saya main letak saja ikut hati saya. Cantik kan gambar tu? Mungkin anda rasa familiar. Ya betul, itulah Kupang Restaurant yang sudah kena upgrade. Sekian. Hari ini saya borong makanan berbuka kahkah.

Saya order nasi ayam penyet, nasi putih, sotong telur masin, ayam goreng kunyit dan air bandung cincau. Alhamdulillah semuanya hampir habis dimakan. Lain kali kena beli satu lauk saja, kalau tidak membazir. Saya makan nasi ayam penyet masa sahur.  

Tapi saya puas hati lah makan alhamdulillah. Berbalik kepada pemandangan di atas, cantik sangat kan! Saya tak boleh move on tengok. Saya send dekat semua. Umi, Syahadah dan Babam. Mana boleh simpan saja keindahan Tuhan. Hiks. Apa bendalah saya merepek ni. 

P/S: Hari ini hari ke-5 berpuasa. Selamat menyambut bulan Ramadhan semua! Semoga segala amalan kita diberkati dan diterima Allah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, March 26, 2023

HAPPY BIRTHDAY BABAM!


Happy birthday to you! Sekarang kita sudah sama umur 🫂 Hiks. Semoga sentiasa diberi kesihatan yang terbaik, dipermudahkan segala urusan, dipermudahkan rezeki yang halal, ditetapkan iman, diberi kebaikan di dunia dan di akhirat serta diberi kekuatan untuk menghadapiku. 

Beginilah hidup berjauhan, wish pun melalui telefon saja. Tapi yang penting doa. Maafkan diriku yang banyak memberimu masalah. Harap kita dapat bersabar dan bertolak ansur dengan perangai masing masing. Benda yang perlu diubah ke arah kebaikan, kita ubah. Harap mantain perut kempis. Hiks. 

Saya mengakulah walaupun saya tua beberapa bulan, tapi saya lagi kurang matang. In shaa Allah akan ku ubah perangai ku pelan pelan menjadi lebih baik, lebih solehah supaya lebih disukai dan disayangi. Terima kasih kerana banyak membimbingku lagi lagi dalam hal agama. Begitu. 

Alhamdulillah saya dihadirkan seorang manusia yang banyak memberi saya tunjuk ajar di saat saya hampir hanyut. Hihi. Maafkan isterimu ini. Semoga kita menjadi pasangan yang diredai, dirahmati dan sentiasa kuat menempuh apa jua dugaan in shaa Allah. 

Akhir kata, aku sangatlah bersyukur dipertemukan denganmu seorang yang sangat hormat orang tua, sangat pandai menghargai, sangat penyabar, sangat lemah lembut sampaikan saya terfikir apa yang saya telah lakukan dalam hidup saya hingga dapat memiliki lelaki sebaik ini. 

I love you ❤️ from the bottom of my heart. Miss you so much! Sentiasalah doakan diri ini supaya dapat menjadi yang terbaik untukmu. Maafkan segala salah silapku. Tiada niatku untuk menyakiti hatimu. Tiber. Happy 25th birthday Abang ❤️

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, March 25, 2023

DATING BERSAMA AISHAH


Dah lama saya bercita cita nak keluar dating dengan Aishah. Akhirnya hajat saya tercapai. Hihi alhamdulillah. Kami keluar jalan jalan di AEON Mall sekali dengan Poksu Mat dia nak beli seluar mengajar. Haa tapi menyempat lah beli gula gula kapas. Biasa tengok orang lain beli. Kali ini kita beli sendiri. Begitu.

Satu harga dia RM12 tapi rasa berbaloi beli bila tengok Aishah makan sampai tak ingat nak bernafas haha. Menyungguh betul dia makan sambil tunggu Poksu Mat pilih seluar. Comel kan gula gula kapas tu? Kami tak lama pun di sana sebab Ma dan Kak Siti tengah menunggu di rumah Kak Siti. 

Saya sempat buat hal kejap merajuk sebab tak sempat beli Tealive. Saya dan Aishah sama sama merajuk masam muka. Kesian Poksu Mat kena layan haha. Dia terkelu kejap fikir apa dia kena buat. Saya sebenarnya saja je bukan merajuk sangat pun. Tapi sebab saya dah janji dengan Aishah nak belikan dia Tealive. Tapi tiada rezeki beli.

Apapun saya minta maaf kepada Poksu Mat sebab banyak buat hal dan kerenah. Semoga Poksu Mat sabar melayan kerenah saya dan Aishah ya. Hihi. Tapi kalau adik adik saya yang buat merajuk macam tu saya biar saja. Lantak kau lah haha. Penat lah nak memujuk. Lagi lagi si Syahadah. Bukan senang nak pujuk budak tu. Tiber. 

Kota Marudu, Sabah. 

IMAN & ABDURRAHMAN MUTIARA HATI


Comel dooh Iman dan Abdurrahman! Tambah lagi dengan baju baru yang Mama Iqa beli. Comel! Suka sangat tengok mereka pakai sebab mereka pun happy sangat sangat. Mereka betul betul menghargai pemberian orang lain biarpun dah ada banyak pakaian. Matang betul. Matang daripada Mama Da lagi. Hmm. 

Kalau nak tahu, pakaian yang mereka pakai dalam gambar atas semuanya dipilih sendiri oleh tuan badan yang memakai. Boleh tahan taste mereka kan. Macam Mama Sya lah dorang ni. Pandai memilih. Hiks. Suka lah tu Mama Iqa belanja kan. Mama Sya pun kalau Mama Iqa belanja memang tak tidur malam lah peluk barang yang kena belanja kahkah. 

Yang lawaknya kan, budak dua orang ini tak tahu pun mereka bakal dapat adik baru. Setakat haritu lah. Kaklong belum bersedia bagitahu mereka. Tapi mungkin sekarang tahu sudah dorang. Lagipun perut Kaklong memang ketara sudah sekarang.  

Kota Marudu, Sabah.