Saturday, January 18, 2020

Impian Saya

Memandangkan usia saya semakin meningkat tahun demi tahun (dengan sangat cepat), saya teringin juga mempunyai impian saya sendiri dalam tempoh 5 tahun akan datang. Bukan besar mana pun impiannya, tapi ia sangat penting dan berharga. Haa nak tahu tak?

Pertama sekali. saya nak ada lesen kereta! Haa jangan terkejut, umur saya dah nak masuk dua puluh tiga tapi belum ada lesen kereta. Saya pandai je bawa kereta, cuma tak ada lesen saja. Saya boleh pergi beli lauk, ambil dan hantar adik ke sekolah dan sebagainya. Cuma yalah kalau tak ada lesen, jadi tak confident sebab polis ada di mana mana. Tak ada rezeki lagi nak buat, sentiasa ada dugaan bila nak buat, haha. Mungkin ada hikmahnya. 

Kedua, saya nak pandai masak! Haa jangan terkejut lagi, haha. Memang saya dah tua dan tak pandai masak. Salah ke kalau tak pandai masak? Haha tiba tiba sensitif kan. Saya boleh je goreng telur, dan masak maggi. Yang latest, saya masak sardin, itu pun sebab desperate sangat. Kalau tidak, lambat lagi ya nak masaknya. Kalau lauk berat berat macam ayam masak pedas, tomyam, kari ayam, gulai dan sebagainya saya tak pandai buat. 

Tapi banyak je kan menu boleh cari online, antara nak dengan taknak je. Bak kata pepatah Melayu, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Okaylah sampai sini sajalah saya membebel. Sekarang dah lambat dah, saya kena tidur. Hehe.

Berbaktilah Kepada Keluarga

Hai semua! Apa khabar? Harapnya semua dalam keadaan baik. Saya sekarang berada di rumah. Cuti sem start 15/1. Ini adalah hari ketiga saya di rumah. Jadi, mari kita list semua perkara yang boleh dibuat sepanjang cuti yang tak berapa nak lama ni iaitu lebih kurang tiga minggu sahaja. 

Manfaatkanlah masa yang ada di rumah. Jom kita cuba buat sehabis baik dan meringankan beban ibu bapa dan keluarga. Bukan selalu boleh cuti macam ni, jadi jangan sia siakan masa anda buat benda yang tak berfaedah. Lastly, try spend time dengan keluarga sebanyak yang mungkin. 

  1. Basuh baju
  2. Lipat baju
  3. Cuci garaj
  4. Siram pokok
  5. Cuci longkang
  6. Cabut rumput
  7. Buang daun kering
  8. Sapu lantai
  9. Mop lantai
  10. Basuh pinggan
  11. Basuh semua bilik air dan tandas
  12. Tukar cadar
  13. Vakuum karpet
  14. Susun tupperware
  15. Bersihkan sesawang
  16. Kemas semua bilik
  17. Cuci peti
  18. Kemas dapur
  19. Buang sampah
  20. Buang benda yang tak perlu
  21. Susun buku
  22. Basuh toto
  23. Basuh kereta
  24. Cuci bilik bawah
  25. Basuh jamban bawah
  26. Cuci kebun bawah
  27. Buang tahi kucing
  28. Cuci rumah kucing
  29. Kemas laci dan almari baju

Saturday, January 11, 2020

Memorable Experience

Pada bulan 11 tahun lepas, kakak saya telah menjadi alumni UIA. Saya masuk ke dalam dewan convocation pada hari itu. Satu pengalaman yang sangat berharga bagi saya, dan memberikan saya inspirasi dan motivasi untuk meneruskan pembelajaran saya. 

Terharu tengok muka para ibu bapa yang gembira melihat anak mereka menerima ijazah. Walaupun Abah dan Umi saya tak dapat datang sebab adik saya menghadapi SPM ketika itu, tapi mereka menonton secara live di YouTube di rumah ya. Haa jangan main main tau.

Saya dan abang ipar masuk, wakilkan Abah dan Umi saya. Saya suka lagu yang dimainkan masa kemasukan para graduan ke dalam dewan, tapi tak ingatlah nama lagunya, macam selawat. UIA memang macam itu ya, islamik sikit, hihi. Cuma pelajarnya tak berapa nak islamik sangat (some of them).

Ada beberapa orang senior sekolah saya yang graduate sekali, pada hari dan sesi yang sama. Bangga sangat tengok. Rasa macam baru saja kami satu sekolah dulu, dan sekarang sudah habis belajar di universiti. Ada ucapan oleh pelajar cemerlang. Saya menangis ya dengar ucapan dia, hmm. 

Tapi, yang dari sudut negatifnya, lama sangat majlisnya dan saya tak boleh keluar. Boring sangat, satu satu course bukan sikit pelajarnya, beratus ratus. Nampaklah sesetengah ibu bapa yang mengeluh, haha. Tapi bukan selalu makcik pakcik boleh masuk ya, jadi bersabarlah. 

Jadi, bila keluar saja dewan itu, saya rasa sangat terinspirasi dan bersemangat sikitlah untuk belajar, tapi biasalah sekejap saja rasa macam itu. Setelah itu, berbalik kepada diri yang asal. Hmm apa yang perlu saya buat ya. Doakan saya ya supaya sentiasa rajin. Yalah siapa je yang tak ada sifat malas dan sentiasa rajin kan. Kalau ada, sila angkat tangan.

Yang bestnya, ada segmen selingan iaitu pelajar menyanyi. Antara nyanyiannya adalah lagu Ayah dan Ibu. Hmm sayu saja rasa dengar, sambil tengok muka muka ibu bapa. Ada student yang menangis, yalah mesti dia terimbas kembali segala pengorbanan ibu bapanya.

P/S: Tahniah kakakku! Semoga dipermudahkan segala urusanmu, dan semoga berjaya dalam apa saja yang dilakukan. Terima kasih kerana paksa saya masuk ke dalam dewan convocation itu, at least dapat juga pengalaman kan, dan dapat inspiration juga. Hihi.

كلمة اليوم

قيد الإعداد - in progress

الوزارة - ministry

تغلب - overcome

الإحباط - frustration

مجاعة - starving

الحقوني - help me!

عينة - sample

استسلام - give up

بدلا من - instead of

Bilik Mahallah Asiah


Masuk compartment, terus nampak ruang ini.



Meja belajar.



Katil tempat beradu.



Nampak tak pemandangan luar? Cantik!



Tempat letak buku.



Tempat letak kasut atau selipar. Dalam kotak saya letak charger laptop, powerbank, tetikus dan sebagainya.



Lockernya sangat besar.



Pagi pagi boleh study sambil hirup udara segar.



Meja belajar dari pandangan jauh sikit.

Sesiapa yang dapat bilik Mahallah Asiah sangat bertuah sebab ruangnya memang besar dan sangat selesa. Satu bilik ada 4 compartment. Ruang tengah pun besar. Tapi bersyukur lah dapat mahallah mana mana pun, asalkan kita ada tempat berteduh. Mahallah lain pun tak kurang bestnya.

Di mana mana pun anda berada, sila belajar dengan rajinnya dan jangan kecewakan harapan ibu bapa dan keluarga ya. Dah ada tempat selesa untuk hidup, jangan sia siakan peluang itu. Grab this opportunity and don't take it for granted. Thank you!

My Favorite Nasyid

Tahun 2010 dan 2011 adalah tahun kemuncak minat kumpulan nasyid dan of course lah nyanyian mereka. Selalu dengar di IKIM fm, memang setiap hari buka sebab tunggu nasyid berkumandang. Antara kumpulan yang saya minat adalah Inteam, Saujana, Far East, Hijjaz, UNIC, dan Devotees. Lagi lagi Syah Inteam lah, sampaikan saya makan hati dan jadi tak betul sekejap bila tahu dia dah kahwin. Allahu malu pula bila imbas balik kenangan masa kurang matang dulu. Over benar, haha.

Pagi pagi, buka radio IKIM fm, dan dengar doa pagi Hijjaz, sambil siap siap nak pergi sekolah. Itu maksudnya kami dah lambat ke sekolah lah, haha. Bila DJ nak pasang nasyid apa apa, kami adik beradik akan teka nasyid apa. Macam tak ada kerja pula, tapi itulah rutin harian kami dulu. Antara nasyid yang saya tunggu adalah Patah Hati dan Berjalan Tanpa Henti. Nasyid dulu banyak yang best, tak kiralah kumpulan apa pun, kami layan semua. 

Ada lagi, sebelum solat Jumaat, TV2 ada siarkan program Nasyid TV dan memang saya tunggu tunggu lah sebab nak tengok kumpulan mana yang pengacara akan jumpa. Yang saya ingat, dia jumpa Amar dan Inteam. Lagi, saya ada tulis lirik nasyid dalam buku nota a.k.a diari saya, haa special tau. Antaranya Ratu Syahadah dan Aisya Humaira. Masa tu form 2 kalau tak silap. Beria kan? Haha. Banyak juga nasyid yang saya tahu, maklumlah dah lebih sepuluh tahun layan nasyid. 

Antara nasyid kegemaran saya adalah:
  1. Ratu Syahadah
  2. Berjalan Tanpa Henti
  3. Jalan Sehala
  4. Dia
  5. Pemergianmu
  6. TanpaMu
  7. Kekasih
  8. Sahabat
  9. Nur Kasih
  10. Bisikan Nurani
  11. Setanggi Syurga
  12. Sutera Kasih
  13. Patah Hati
  14. Nota Cinta
  15. Hanya Tuhan Yang Tahu
  16. Demi Cinta Suci
  17. Destinasi Cinta
  18. Kalimah Cinta
  19. Aman
  20. Impian Kasih
  21. Sahabat Sejati
  22. Layar Keinsafan
  23. Kasih Kekasih
  24. Kerana Cinta
  25. See You di IPT
  26. Keluarga Bahagia
  27. Suci Sekeping Hati
  28. Atas Nama Cinta
  29. Sepohon Kayu
  30. Ainul Mardhiah
  31. Selalu Bersama
  32. Siti Khadijah
  33. Aisya Humaira
  34. Bersama
  35. Pahlawan Gaza
  36. Dia Muhammad
  37. Keamanan
  38. Pergi Tak Kembali
  39. Insan Bernama Kekasih
  40. Di Pondok Kecil
  41. Kau Sahabat Kau Teman
  42. Berkorban Demi Cinta
  43. Sumayyah
  44. Dia Kekasih Allah
  45. Menanti Di Barzakh
  46. Cinta Pertama
  47. Iman Mutiara
  48. Aku Tanpa CintaMu
  49. Bebas Palestin
  50. KeredhaanMu
  51. Rabiatul Adawiyah
  52. Saat Lafaz Sakinah
  53. Damai Yang Hilang
  54. Hakikat Bahagia

Friday, January 10, 2020

Gegar Vaganza Musim 6

Wow, luar biasa! Bukan calang calang season ya. Ada dua juara kot. Hihi. Terkejut tau bangun je pagi tu, tahu tahu ada dua orang juara masa baca Berita Harian. Ingatkan mimpi. Tapi saya rasa Hady Mirza dan Naqiu memang layak terima gelaran juara. 

Saya suka Naqiu dari first time dengar dia nyanyi masa minggu ketiga kalau tak silap. Dia nyanyi lagu 123, memang best, seriously. Saya tak pernah dengar pun lagu asalnya sebelum ni. Tapi bagi saya Naqiu terbaik! Hihi. Khai Bahar punya versi pun best juga, saya suka. 

Hady Mirza pun tak kurang hebatnya. Saya suka dia rap masa final, memang gempak lah. Jelas betul sebutan dia satu satu. Dahlah handsome. Kalau Naqiu, saya suka dengar dia nyanyi masa final, lagu Srikandi Cintaku. Meremang bulu roma ni. Fuhhh mantap lah! 

Peserta yang lain pun semua hebat hebat seperti Roy, One Nation Emcees, Fatimah, Wann, Fiza, Shila Amin, Jatt dan Sham Visa. Cuma bukan mereka punya rezeki untuk bergelar juara. Apa apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan mereka. 

Yalah macam macam boleh jadi. Haqiem Rusli yang hebat tu pun banyak betul dugaan dia, kena kecam itu ini. Ehh tiba tiba pulak masuk bab Haqiem Rusli, haha. Semoga mereka berjaya lah dalam apa saja yang mereka usahakan. Aamiin. 

Saya layan dua musim je Gegar Vaganza, iaitu musim pertama dan keenam. Yang musim pertama memang favorite sayalah, selalu tunggu setiap hari Ahad. Peserta favorite saya adalah Mamat Exist, Ayai Ilusi, dan Shima.


P/S: Hai abang Farm Fresh! Hai Uncle Azmi! Terima kasih kerana sponsor Gegar Vaganza. Saya dan family memang suka susu Farm Fresh dari dulu lagi. Even sebelum dicommercialkan dalam TV lagi, sebab memang sedap! Ini barulah susu segar! Bye assalamuálaikum. 

Kalau Tiada Aral Melintang

Hmm sedar tak sedar, sudah tiga tahun saya belajar di universiti ni, dan hampir menamatkan pelajaran saya tahun depan, in shaa Allah. Panjang betul ya perjalanan untuk sampai ke tahap ni. Banyak juga dugaan yang perlu saya hadapi seperti hidup jauh dari keluarga. Allahu, itu perkara paling perit yang saya rasa setakat ni. Bukan senang nak berjauhan dengan mereka.

Jadi berbalik kepada cerita asal, saya ada lagi setahun setengah. Masuk semester baru in shaa Allah awal bulan dua, tak lama dah. Subjek minor lagi empat kena ambil. Hmm bertabahlah ya. Semester depan in shaa Allah saya ambil enam subjek sebab dah tak payah ambil kelas skills! Tak tahulah macam mana result skills dan juga subjek lain. Kita berserah sajalah ya. Banyakkan berdoa, in shaa Allah cemerlang.

Saya ada lagi empat semester lah ya. Dua semester belajar, dua lagi praktikal. Allahu, macam mana nak praktikal ni. Sudahkah saya bersedia? Hmm kena prepare betul betul lah kalau nak cemerlang. Tapi macam mana? Hmm. Kawan saya dah ramai habis belajar, tinggal internship saja. Hmm best lah. Takpelah, semua orang ada perjalanan masing masing kan. 

Tak sabarnya nak habiskan belajar, tapi rasa takut nak hadapi dunia luar lepas belajar. Bersediakah kita? Haa bukan senang kan, lepas ni lagi banyak dugaan. Tapi apa apa pun, kita kenalah sentiasa cuba yang terbaik dalam apa saja kita lakukan. Semoga dipermudahkan segala urusan kita. Aamiin ya Rabb. 

We Are Being Tested

Hari ini saya nak bercakap tentang dugaan. Jadi, setiap orang ada dugaan masing masing dan saya harap kita boleh hadapinya dengan kuat dan tabah. Tak kiralah apa pun, sama ada dugaan sakit ke, masalah family ke, masalah kerja ke, atau lain lain.

Biasanya, kalau kita dengar perkataan dugaan ni, mesti yang terlintas di fikiran kita adalah sakit, kekurangan duit dan sebagainya. Tapi sebenarnya, dugaan datang dalam pelbagai bentuk. Cemerlang dalam pelajaran pun dugaan, kaya pun dugaan, cantik pun dugaan, bahagia pun dugaan, sihat pun dugaan dan sebagainyalah. 

Mungkin dengan kecemerlangan itu, kita jadi riak. Mungkin dengan jadi cantik, kita pandang rendah terhadap orang lain. Mungkin dengan jadi kaya, kita jadi bongkak. Mungkin dengan ada keluarga dan kehidupan yang bahagia, kita jadi leka. Jadi, semua itu adalah dugaan semata mata. Betul tak?

Cara kita atasi segala dugaan itu yang paling penting. Mungkin sesetengah orang mengeluh bila dapat dugaan, mungkin sesetengah yang lain rasa insaf dan jadi sentiasa bersyukur bila berdepan dugaan. Hmm apa yang saya cakap ni. Tapi itulah, faham tak point saya? 

Jadi, kita kena sentiasa positif dan tabah dalam hadapi segala dugaan. Sentiasalah merendah diri ya. Be moderate. Semua orang ada masalah, betul tak? Jangan bila kita ada masalah, kita rasa kitalah yang hadapi masalah paling besar yang orang lain tak pernah lalui. Hmm jangan begitu ya.

Sentiasa cool dan chill saja okay! Dugaan saya sekarang adalah saya tak ada kekuatan untuk start belajar walaupun exam sudah dekat sangat dah. I did nothing today, seriously. Tapi tak apa, masih ada masa. You can do it!

Addictions

Macam yang kita tahu, dalam dunia ni ada banyak jenis ketagihan, contohnya ketagih tonton drama, baca novel, main game, merokok dan sebagainya. Saya pun berdepan ketagihan juga sekarang ni, dan ia semakin melarat hari demi hari. Saya tak tahu macam mana nak atasi.

Tahu tak saya ketagih apa? Saya ketagih menulis, maksud saya tulis blog. Haa giteww, haha tapi saya serious. Mungkin sebab saya masih baru dalam dunia blogging, jadi semangat menulis tu masih berkobar kobar. Mungkin juga sebab assignment banyak dan exam semakin dekat, jadi saya mengada ngada menulis walaupun tak perlu. 

Saya memang macam tu, time crucial macam sekarang lah saya akan buat benda yang saya tak pernah teringin pun nak buat sebelum ni. Contohnya, sebelum ni saya selalu tengok thumbnail video dekat YouTube pasal benda yang saya tak minat sangat pun, dan saya tak pernah ada keinginan untuk buka. Tapi bila masuk je musim exam atau time assignment berlambak, video itulah yang saya tengok. Faham tak?

Okay, jadi menulis adalah perkara yang baik saja, mengisi masa luang dan menjauhkan kita dari buat benda tak berfaedah dan sia sia. Tapi kena control lah. Tak boleh over sangat. Be moderate. Bak kata Dr. Fouad, (الإفراط).

P/S: Mungkin lepas beberapa bulan, semangat menulis tu dah hilang sikit. Tapi saya buat blog ni untuk isi masa lapang saya, baik menulis macam ni, dari buat benda tak berfaedah, at least boleh jadi kenangan kan. Betul tak? Sekian terima kasih.

(Throwback: 19/12/2019)

Current Favorite Songs

Nowadays, there are many new songs produced and they are very good, sung by talented singers like Haqiem Rusli whom I really like, Shila Amzah, Atmosfera, Hafiz Suip and many more. But these days, I'm more into evergreen songs. Always in my favorite playlist in YouTube. Hihi.
  1. Scan- Kau Dipaksa Aku Terpaksa
  2. Jay Jay- Cukuplah Sekali
  3. Umbrella- Ramalanku Benar Belaka
  4. Flybaits- Kenangan Lalu
  5. Flybaits- Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta
  6. Jamal Abdillah- Penghujung Rindu
  7. Jamal Abdillah- Sepi Seorang Perindu
  8. Data- Permaisuri
  9. Ibnor Riza- Meneka Dalam Kesamaran
  10. Ibnor Riza- Mimpi Yang Tak Sudah
  11. Ukays- Tergamak Kau
  12. Ukays- Bila Diri Disayangi
  13. Spring- Butakah Cinta
  14. BPR- Dari Sinar Mata
  15. Newboyz- Sejarah Mungkin Berulang
  16. Screen- Tak Suka Tak Apa
  17. Screen- Bila Cinta Didusta
  18. EYE- Izinkan Selamanya Namamu Di Hati
  19. Olan- Bandar Tasik Selatan
  20. Ben Nathan- Stanza Sekeping Hati
  21. Iklim- Bunga Emas
  22. Iklim- Suci Dalam Debu
  23. Francissca Peter- Sekadar Di Pinggiran
  24. Kopratasa- Permata Untuk Isteri
  25. Aris Ariwatan- Lamunan Terhenti
  26. Sudirman- Terasing
  27. Sudirman- Pelangi Petang
  28. Sudirman- Milik Siapakah Gadis Ini
  29. Sudirman- Salam Terakhir
  30. Sudirman- Hujan
  31. Sudirman- Merisik Khabar
  32. Sudirman- Warisan
  33. MLTR- That's Why You Go Away
  34. MLTR- Paint My Love
  35. Michael Buble- Sway

Be Positive

Everyone has problem. What differentiates you from others is the way you solve and overcome it. Don't give up! There are always ways and solutions, whether it is school problem, university problem, work problem, family problem, relationship problem, friendship problem or any kind of problem. Wow so many problems here, haha. So, be strong and keep smiling okay! 

We have to be as positive as possible, every single day. Ignore hateful comments or anything that makes you angry. Life is a short journey, enjoy it and don't make it complicated. There is always someone who doesn't like seeing us being in good condition, but there are always people who are so supportive and positive towards us, and rooting for us every single moment. 

Believe me! Just live your life happily and be kind to everyone. This writing comes from the bottom of my heart. Absorb it. Thank you! I hope this would make your day. Have a positive day everyone! Love all of you!

قصيدة كن جميلا


(قصيدة كن جميلا)

This is one of the qasidah that I learnt from Modern Arabic Literature class. I've mentioned it in the previous post. Basically, كن جميلا is not about being pretty or handsome, but it's all about being positive and avoiding negativity. It is a very well-written qasidah. I love it! 

Salah satu bait yang boleh saya petik daripada qasidah ini adalah, bila kita negatif, apa yang kita lihat pada bunga ros adalah duri padanya, dan kita tak nampak embun yang bagaikan permata yang terletak atas dedaunannya. Got it? Good girl!

Jadi, apa yang penting adalah kita kena sentiasa positif dalam apa jua keadaan dan dugaan yang kita hadapi. Jangan cepat mengeluh ya. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, yang mungkin kita belum nampak sekarang. Sekian terima kasih. 

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan 
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


Bersemangatlah wahai kawan kawan! Semoga perjuangan kita semua diberkati dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Jangan lemah semangat dan sentiasa kuat dalam menempuh segala cabaran yang mendatang. Tak kiralah, cabaran kerja ke, cabaran belajar ke, cabaran exam ke, atau apa apa saja lah. Sentiasa ingat yang semua benda kita buat ada permulaannya dan ada pengakhirannya, jadi jangan berputus asa okay!

P/S: Bila dengar lagu ni, ingat masa Dr. Sheikh Muszaphar berlepas ke angkasa. Lagu ni adalah lagu temanya, saya dengar dari radio, kalau tak silap tahun 2007. Hmm lama dah kan.

Semester 1, 2019/2020

Satu semester yang sangat bermakna kepada saya, sebab banyak sangat saya lalui semester ini. Paling diingati adalah teater lah, kena berlakon pakai serban dan makeup janggut dan misai. Latihan dekat sebulan lebih, hampir setiap malam dan dengan itu banyak juga kerja tertangguh. Saya dan group members buat mini researches last minute sangat. Hmm harapnya selepas ini buang sikap procrastinating tu.

Assignmnent dan presentation pun boleh tahan banyak, sebab saya ambil tujuh subjek semester ini. Termasuk sewing skills, dan saya berjaya siapkan jubah! Alhamdulillah. Boleh bagi dekat adik saya kot sebab saya dah ada banyak jubah hitam. Pengalaman menjahit jubah sangat bermakna bagi saya, dan Cikgu Aini sangat baik dan sabar layan kerenah kami. Classmates pun sangat sporting walaupun saya tak pernah kenal mereka sebelum ini. 

Ingat lagi saya dan group members stay di kulliyyah sampai pukul dua lebih pagi sebab nak siapkan report dan slide presentation subjek Tafsir Ayat dan Ahadith al-Ahkam, sebab turn kami present adalah keesokan harinya. Hmm memang tak cukup tidurlah pergi kelas, tapi presentation kami postpone ke minggu depannya sebab group sebelum tak habis present lagi. Alhamdulillah at least ada masa lebih untuk kami prepare.

Semester ini dua orang kawan saya edar kad kahwin. Ya, mereka sudah mahu berkahwin akhir bulan satu ini. Tak lama dah, lagi seminggu lebih. All the best Kak Izzah dan Zai! Semoga menjadi isteri yang baik dan tak lupakan kami yang single ini, haha. Saya rasa semester ini saya makan banyak dan boros, hmm kesian Abah dan Umi saya, haha. 

Alhamdulillah semester ini tak ada sangat lecturer yang bias, kalau ada pun bias dia sikit saja dan tak obvious sangat. Kalau semester sebelum ini, ada lecturer yang sangat tunjuk beliau punya favoritism terhadap certain pelajar yang buat saya rasa down sangat, serious tak tipu. Rupanya bukan saya sorang saja rasa begitu, ada juga kawan kawan saya yang lain alaminya juga, cuma kami tak cakap lah sebab nanti tak berkat kan. Tapi bagi saya, ia buat saya lagi semangat nak buktikan yang kita pun boleh cemerlang walaupun lecturer tak pandang sangat. Okay tutup kisah lama. 

Saya punya exam ada enam paper, haa banyak tak. Biasalah kalau Kulliyyah of Education memang banyak exam sebab tak banyak buat projek sangat. Tak macam kos ARCOM dan BARB. Tapi tak apa, exam dah nak habis dah pun. Tinggal lagi satu paper iaitu Arabic Syntax III pada 14/1/2020 ini. Lagi tiga hari dan saya belum start apa apa lagi. Ya inilah diri saya, haha. 

This semester's examinations; 

1. Ethics in Education EDI 2701 (23/12/2019) 2 PM
2. Testing and Assessment EDP 3501 (26/12/2019) 2.30 PM
3. Modern Arabic Literature EDL 2117 (31/12/2019) 9 AM
4. Tafsir Ayat and Ahadith al-Ahkam EDI 3307A (6/1/2020) 9 AM
5. Research Methodology EDL 3199 (9/1/2020) 9 AM
6. Arabic Syntax III EDL 3120 (14/1/2020) 9 AM

Tuesday, January 7, 2020

Favorite Bollywood Movies

I love watching Bollywood movies because of three reasons; the plot, the actors and actresses and the catchy songs. My favorite actors and actresses are Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Salman Khan, Akshay Kumar, Hrithik Roshan, Kajol, Karisma Kapoor, Juhi Chawla, Rani Mukherjee, Preity Zinta, Shilpa Shetty, Kareena Kapoor, Manisha Koirala, Deepika Padukone, Madhuri Dixit, Mahima Chaudhary and many more. Watching Bollywood movies is part of my childhood, so every time I watch it, I'll be reminded of my wonderful childhood memories. Hmm those good old days!

Among Bollywood movies I've watched are:
  1. Mohabbatein
  2. Kuch Kuch Hota Hai
  3. Kabhi Kushi Kabhi Gham
  4. Chaahat
  5. Koi Mil Gaya
  6. Om Shanti Om
  7. 3 Idiots
  8. Taare Zameen Par
  9. Dil To Pagal Hai
  10. Fanaa
  11. Swades
  12. Kal Ho Na Ho
  13. Dilwale Dulhania Le Jayenge
  14. Raja Hindustani
  15. Yes Boss
  16. Chori Chori Chupke Chupke
  17. Jab We Met
  18. Baazigar
  19. My Name Is Khan

Makanan Pagi Kafe Asiah

Makanan pagi kafe Asiah banyak sangat pilihan, ada tomyam ayam, ayam goreng, ayam goreng berempah, ikan keli berlada, ayam masak kicap, ayam masak pedas, nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, sayur goreng dan sebagainya. Kalau pergi dalam pukul 10 pagi, masih panas lagi makanan. Kebanyakan makanan memang sedap, dan kena dengan selera.

Kalau dari segi harga, selalu bertukar tukar ikut orang yang jaga kaunter. Tapi biasanya kalau ambil banyak mahal lah, kalau ambil sikit murah lah. Setakat ini harganya berpatutan lah dengan kuantiti yang saya ambil. Tak tahulah orang lain. 


Ini makanan saya pagi ini, tak pastilah nama dia apa. Macam ayam pedas tapi rasa bukan sebab warna dia muda sikit dari ayam masak pedas yang biasa kita makan. Yang penting sedap. Harganya RM6 sebab memang saya ambil ayam dengan nasi banyak. Hehe. Nampak menyelerakan tak? 

P/S: Let's go green! Tak payah guna bekas plastik yang dia sediakan. Kalau nak beli makanan, guna bekas sendiri saja. Basuh nanti tak sampai seminit pun. Hihi. UIA ada buat kempen Go Green tapi nampaknya macam tak menjadi sangat. Takpelah, keep on trying okay!

Current time: 7/1/2020 (Tuesday) 11.18 am

Monday, January 6, 2020

Mahallah Asiah Cafe

Banyak juga makanan yang dijual di kafe Asiah. Yang saya nak cerita sekarang adalah makanan kegemaran saya yang dijual pada petang hari saja. Stall tepi dibuka start pukul 5 petang hingga 9.30 malam. Haa boleh lah datang ramai ramai masa tu. Kalau tidak, ada lauk yang dah siap saja (yang dari pagi), itupun kalau ada lagilah. Kalau masakan panas, start pukul 4 petang kalau tak silap. Saya tak pernah beli lagi setakat ini.


Ini kita panggil yee mee sizzling, harganya berpatutan dengan kuantitinya yang banyak, iaitu RM5. Kenyang lah kalau sekali makan tu. Ada yee mee, sayur (sawi & kubis kalau tak silap), telur, dan ayam. Kalau nak ganti yee mee dengan kuew teow atau bihun ke boleh saja. Boleh pilih juga nak ayam ke daging.


Ini adalah pepperoni cheese pizza, RM5 juga. Memang sedap sangat sangat, tak tipu. Ada pizza jenis lain juga, seperti chicken cheese pizza, shawarma cheese pizza dan sebagainya. Ada tiga saiz iaitu small (RM5), medium (RM10) dan big (RM15). Silalah cuba, memang berbaloi. Makcik Arab yang jual, selalu senyum. 



Ini adalah kuew teow claypot, dia punya isi dalam tu lebih kurang sama dengan sizzling, cuma kuah saja lain. Best! Harga RM5, yang penting mengenyangkan. Mungkin yang dalam gambar ni nampak kosong sikit sebab saya tak letak air lada atau air kicap. Kalau letak nampak lagi pekat kuah dia. Jadi bolehlah kalau nak cuba ya. Hihi.

Recommended Qasidah

So, as I've promised, these are the qasidah that I've learnt in Modern Arabic Literature class along this semester. It was a great opportunity for me to discover the beauty of Arabic language and such a great pleasure to know these great qasidah and awesome poets.
  1. إرادة الحياة (Abu al-Qasim asy-Syabi)
  2. اللغة العربية تعاتب أبناءها (Hafiz Ibrahim)
  3. ولد الهدى (Ahmad Shauqi)
  4. كن جميلا (Iliya Abu Madhi)
  5. المواكب (Jubran Khalil Jubran)

How Do You Improve Your Arabic Skills?

These tips I got from my beloved lecturer, Dr. Wan Rusli. He's an expert in Arabic language as if it's his mother tongue. He can speak Arabic like a native speaker, I'm so impressed. Believe me not? Here are the tips from him. So, how do you improve your Arabic skills? 

Firstly, try to read Arabic news as often as possible, at least once a day. Secondly, read Arabic essays. You can read the book that I recommended in the previous post. It's very helpful. Thirdly, try to learn and understand syair. There are so many great syair that can help you in learning Arabic language. I will share some qasidah that I've learnt in Modern Arabic Literature class soon. 

Another tips are, you have to bring along a small notebook with you everywhere you go, so that it will be easy for you to write down new Arabic words you obtain. Next, you can socialize with Arab people and communicate with them. But it's difficult even for me to do that although there are many of them in my university.

By doing those tips, you will be able to enhance your vocabulary, improve your speaking skills, writing skills, reading skills and also listening skills in Arabic language, in shaa Allah. Try doing that everyday, in shaa Allah you will get a great result. 

The keyword in learning Arabic language is hardworking. You have to be hardworking and always eager in doing something to be able to achieve your goals. That's the secret of successful people right? Don't ever give up. Indeed, Arabic language is very beautiful. All the best! Bye. 

A Complete Set of Unicorn


Isn't it cute? I love it so much! Kakak saya yang bagi. Dia belikan untuk adik adik saya juga. Semua dapat tapi lain lain warna dan pattern. Sayang pula nak guna. Buat hiasan saja lah, boleh tak? Hihi. Yang saya tahu buku nota dengan sticker tu kakak saya beli di Eco Shop sebab murah dan comel. Kalau pencil case tak pasti lah beli dekat mana.

You Can Do It


Be strong and don't give up. You still have a very long way to go and many things to achieve. You have people rooting for you every single moment. Always be positive and hardworking. You have started it, so you have to end it as well. May Allah ease everything. May everything we do will turn into fruitful results, in shaa Allah. Aamiin ya Rabb. 

Cendol Mowla Terbaik!


Kalau siapa siapa nak try cendol Mowla, bolehlah cari di HS cafe, harganya murah saja, rasanya dalam RM2.70 dan boleh tahan sedap. Rasa berlemak dan yang warna hijau tu favorite saya. Tapi kena makan jarang jarang sebab sangat manis, dan cepat muak. Makan satu mangkuk pun dah cukup. Rasanya kebanyakan pelajar UIA dah rasa dah kot, saya je yang terlambat, hihi. 

P/S: Ini kenangan 2/12/2019, antara minggu paling sibuk semester 1, 19/20 dengan assignments dan latihan teater. Ingat lagi kena buat tiga mini research. Allahu memang boleh rasa peritnya buat kerja last minute. Jadi, sebelum buat discussion untuk assignment, makan cendol dulu dengan group members.

Sunday, January 5, 2020

Book Recommendation

Here I attach the image of the book that can help you to improve your Arabic skills. You can also make it as a reference or a tool to fill in your leisure time. It consists of 26 essays along with exercises, synonyms and antonyms, and it is suitable for secondary school students and also university students. This book is very beneficial and useful, especially when I was a beginner in learning Arabic language. I have been using it since my secondary school period. It is very helpful to enhance your vocabulary too. Trust me! You'll be addicted to read it because the words used are very simple and easy to comprehend.


Welcome To My Blog

Hi everyone! Actually, I have another blog but it is more serious and complicated, so this blog is meant to be an enjoyable one! Hmm am I right? This is just a beginning, so I have a lot to post actually. This blog will be witnessing my life journey as I don't have any social media accounts, so this would be one of my entertainment tools hopefully. 

As the new year has just started, I wanna create a fresh beginning to myself. I wanna be a better person, daughter, sister, aunt, student, friend, citizen and importantly a better slave of Allah. May Allah facilitate all things and ease everything we do. Aamiin ya Rabb. 


I'm still a student and have a long way to go and a lot more things to discover and learn in this world. Remember, life is a journey, not a competition. So, enjoy and live your life happily. You have your own story, so don't ever compare to others. You got it? Alright good! So, welcome to my blog and have a nice and productive day!