Banyak juga makanan yang dijual di kafe Asiah. Yang saya nak cerita sekarang adalah makanan kegemaran saya yang dijual pada petang hari saja. Stall tepi dibuka start pukul 5 petang hingga 9.30 malam. Haa boleh lah datang ramai ramai masa tu. Kalau tidak, ada lauk yang dah siap saja (yang dari pagi), itupun kalau ada lagilah. Kalau masakan panas, start pukul 4 petang kalau tak silap. Saya tak pernah beli lagi setakat ini.
Ini kita panggil yee mee sizzling, harganya berpatutan dengan kuantitinya yang banyak, iaitu RM5. Kenyang lah kalau sekali makan tu. Ada yee mee, sayur (sawi & kubis kalau tak silap), telur, dan ayam. Kalau nak ganti yee mee dengan kuew teow atau bihun ke boleh saja. Boleh pilih juga nak ayam ke daging.
Ini adalah pepperoni cheese pizza, RM5 juga. Memang sedap sangat sangat, tak tipu. Ada pizza jenis lain juga, seperti chicken cheese pizza, shawarma cheese pizza dan sebagainya. Ada tiga saiz iaitu small (RM5), medium (RM10) dan big (RM15). Silalah cuba, memang berbaloi. Makcik Arab yang jual, selalu senyum.
Ini adalah kuew teow claypot, dia punya isi dalam tu lebih kurang sama dengan sizzling, cuma kuah saja lain. Best! Harga RM5, yang penting mengenyangkan. Mungkin yang dalam gambar ni nampak kosong sikit sebab saya tak letak air lada atau air kicap. Kalau letak nampak lagi pekat kuah dia. Jadi bolehlah kalau nak cuba ya. Hihi.

Saya yang merasa semua tu sekarang🦄
ReplyDelete