Saturday, January 11, 2020

My Favorite Nasyid

Tahun 2010 dan 2011 adalah tahun kemuncak minat kumpulan nasyid dan of course lah nyanyian mereka. Selalu dengar di IKIM fm, memang setiap hari buka sebab tunggu nasyid berkumandang. Antara kumpulan yang saya minat adalah Inteam, Saujana, Far East, Hijjaz, UNIC, dan Devotees. Lagi lagi Syah Inteam lah, sampaikan saya makan hati dan jadi tak betul sekejap bila tahu dia dah kahwin. Allahu malu pula bila imbas balik kenangan masa kurang matang dulu. Over benar, haha.

Pagi pagi, buka radio IKIM fm, dan dengar doa pagi Hijjaz, sambil siap siap nak pergi sekolah. Itu maksudnya kami dah lambat ke sekolah lah, haha. Bila DJ nak pasang nasyid apa apa, kami adik beradik akan teka nasyid apa. Macam tak ada kerja pula, tapi itulah rutin harian kami dulu. Antara nasyid yang saya tunggu adalah Patah Hati dan Berjalan Tanpa Henti. Nasyid dulu banyak yang best, tak kiralah kumpulan apa pun, kami layan semua. 

Ada lagi, sebelum solat Jumaat, TV2 ada siarkan program Nasyid TV dan memang saya tunggu tunggu lah sebab nak tengok kumpulan mana yang pengacara akan jumpa. Yang saya ingat, dia jumpa Amar dan Inteam. Lagi, saya ada tulis lirik nasyid dalam buku nota a.k.a diari saya, haa special tau. Antaranya Ratu Syahadah dan Aisya Humaira. Masa tu form 2 kalau tak silap. Beria kan? Haha. Banyak juga nasyid yang saya tahu, maklumlah dah lebih sepuluh tahun layan nasyid. 

Antara nasyid kegemaran saya adalah:
  1. Ratu Syahadah
  2. Berjalan Tanpa Henti
  3. Jalan Sehala
  4. Dia
  5. Pemergianmu
  6. TanpaMu
  7. Kekasih
  8. Sahabat
  9. Nur Kasih
  10. Bisikan Nurani
  11. Setanggi Syurga
  12. Sutera Kasih
  13. Patah Hati
  14. Nota Cinta
  15. Hanya Tuhan Yang Tahu
  16. Demi Cinta Suci
  17. Destinasi Cinta
  18. Kalimah Cinta
  19. Aman
  20. Impian Kasih
  21. Sahabat Sejati
  22. Layar Keinsafan
  23. Kasih Kekasih
  24. Kerana Cinta
  25. See You di IPT
  26. Keluarga Bahagia
  27. Suci Sekeping Hati
  28. Atas Nama Cinta
  29. Sepohon Kayu
  30. Ainul Mardhiah
  31. Selalu Bersama
  32. Siti Khadijah
  33. Aisya Humaira
  34. Bersama
  35. Pahlawan Gaza
  36. Dia Muhammad
  37. Keamanan
  38. Pergi Tak Kembali
  39. Insan Bernama Kekasih
  40. Di Pondok Kecil
  41. Kau Sahabat Kau Teman
  42. Berkorban Demi Cinta
  43. Sumayyah
  44. Dia Kekasih Allah
  45. Menanti Di Barzakh
  46. Cinta Pertama
  47. Iman Mutiara
  48. Aku Tanpa CintaMu
  49. Bebas Palestin
  50. KeredhaanMu
  51. Rabiatul Adawiyah
  52. Saat Lafaz Sakinah
  53. Damai Yang Hilang
  54. Hakikat Bahagia

No comments:

Post a Comment