Friday, January 10, 2020

Gegar Vaganza Musim 6

Wow, luar biasa! Bukan calang calang season ya. Ada dua juara kot. Hihi. Terkejut tau bangun je pagi tu, tahu tahu ada dua orang juara masa baca Berita Harian. Ingatkan mimpi. Tapi saya rasa Hady Mirza dan Naqiu memang layak terima gelaran juara. 

Saya suka Naqiu dari first time dengar dia nyanyi masa minggu ketiga kalau tak silap. Dia nyanyi lagu 123, memang best, seriously. Saya tak pernah dengar pun lagu asalnya sebelum ni. Tapi bagi saya Naqiu terbaik! Hihi. Khai Bahar punya versi pun best juga, saya suka. 

Hady Mirza pun tak kurang hebatnya. Saya suka dia rap masa final, memang gempak lah. Jelas betul sebutan dia satu satu. Dahlah handsome. Kalau Naqiu, saya suka dengar dia nyanyi masa final, lagu Srikandi Cintaku. Meremang bulu roma ni. Fuhhh mantap lah! 

Peserta yang lain pun semua hebat hebat seperti Roy, One Nation Emcees, Fatimah, Wann, Fiza, Shila Amin, Jatt dan Sham Visa. Cuma bukan mereka punya rezeki untuk bergelar juara. Apa apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan mereka. 

Yalah macam macam boleh jadi. Haqiem Rusli yang hebat tu pun banyak betul dugaan dia, kena kecam itu ini. Ehh tiba tiba pulak masuk bab Haqiem Rusli, haha. Semoga mereka berjaya lah dalam apa saja yang mereka usahakan. Aamiin. 

Saya layan dua musim je Gegar Vaganza, iaitu musim pertama dan keenam. Yang musim pertama memang favorite sayalah, selalu tunggu setiap hari Ahad. Peserta favorite saya adalah Mamat Exist, Ayai Ilusi, dan Shima.


P/S: Hai abang Farm Fresh! Hai Uncle Azmi! Terima kasih kerana sponsor Gegar Vaganza. Saya dan family memang suka susu Farm Fresh dari dulu lagi. Even sebelum dicommercialkan dalam TV lagi, sebab memang sedap! Ini barulah susu segar! Bye assalamuálaikum. 

No comments:

Post a Comment