Friday, January 10, 2020

We Are Being Tested

Hari ini saya nak bercakap tentang dugaan. Jadi, setiap orang ada dugaan masing masing dan saya harap kita boleh hadapinya dengan kuat dan tabah. Tak kiralah apa pun, sama ada dugaan sakit ke, masalah family ke, masalah kerja ke, atau lain lain.

Biasanya, kalau kita dengar perkataan dugaan ni, mesti yang terlintas di fikiran kita adalah sakit, kekurangan duit dan sebagainya. Tapi sebenarnya, dugaan datang dalam pelbagai bentuk. Cemerlang dalam pelajaran pun dugaan, kaya pun dugaan, cantik pun dugaan, bahagia pun dugaan, sihat pun dugaan dan sebagainyalah. 

Mungkin dengan kecemerlangan itu, kita jadi riak. Mungkin dengan jadi cantik, kita pandang rendah terhadap orang lain. Mungkin dengan jadi kaya, kita jadi bongkak. Mungkin dengan ada keluarga dan kehidupan yang bahagia, kita jadi leka. Jadi, semua itu adalah dugaan semata mata. Betul tak?

Cara kita atasi segala dugaan itu yang paling penting. Mungkin sesetengah orang mengeluh bila dapat dugaan, mungkin sesetengah yang lain rasa insaf dan jadi sentiasa bersyukur bila berdepan dugaan. Hmm apa yang saya cakap ni. Tapi itulah, faham tak point saya? 

Jadi, kita kena sentiasa positif dan tabah dalam hadapi segala dugaan. Sentiasalah merendah diri ya. Be moderate. Semua orang ada masalah, betul tak? Jangan bila kita ada masalah, kita rasa kitalah yang hadapi masalah paling besar yang orang lain tak pernah lalui. Hmm jangan begitu ya.

Sentiasa cool dan chill saja okay! Dugaan saya sekarang adalah saya tak ada kekuatan untuk start belajar walaupun exam sudah dekat sangat dah. I did nothing today, seriously. Tapi tak apa, masih ada masa. You can do it!

No comments:

Post a Comment