Hmm sedar tak sedar, sudah tiga tahun saya belajar di universiti ni, dan hampir menamatkan pelajaran saya tahun depan, in shaa Allah. Panjang betul ya perjalanan untuk sampai ke tahap ni. Banyak juga dugaan yang perlu saya hadapi seperti hidup jauh dari keluarga. Allahu, itu perkara paling perit yang saya rasa setakat ni. Bukan senang nak berjauhan dengan mereka.
Jadi berbalik kepada cerita asal, saya ada lagi setahun setengah. Masuk semester baru in shaa Allah awal bulan dua, tak lama dah. Subjek minor lagi empat kena ambil. Hmm bertabahlah ya. Semester depan in shaa Allah saya ambil enam subjek sebab dah tak payah ambil kelas skills! Tak tahulah macam mana result skills dan juga subjek lain. Kita berserah sajalah ya. Banyakkan berdoa, in shaa Allah cemerlang.
Saya ada lagi empat semester lah ya. Dua semester belajar, dua lagi praktikal. Allahu, macam mana nak praktikal ni. Sudahkah saya bersedia? Hmm kena prepare betul betul lah kalau nak cemerlang. Tapi macam mana? Hmm. Kawan saya dah ramai habis belajar, tinggal internship saja. Hmm best lah. Takpelah, semua orang ada perjalanan masing masing kan.
Tak sabarnya nak habiskan belajar, tapi rasa takut nak hadapi dunia luar lepas belajar. Bersediakah kita? Haa bukan senang kan, lepas ni lagi banyak dugaan. Tapi apa apa pun, kita kenalah sentiasa cuba yang terbaik dalam apa saja kita lakukan. Semoga dipermudahkan segala urusan kita. Aamiin ya Rabb.
No comments:
Post a Comment