Pada bulan 11 tahun lepas, kakak saya telah menjadi alumni UIA. Saya masuk ke dalam dewan convocation pada hari itu. Satu pengalaman yang sangat berharga bagi saya, dan memberikan saya inspirasi dan motivasi untuk meneruskan pembelajaran saya.
Terharu tengok muka para ibu bapa yang gembira melihat anak mereka menerima ijazah. Walaupun Abah dan Umi saya tak dapat datang sebab adik saya menghadapi SPM ketika itu, tapi mereka menonton secara live di YouTube di rumah ya. Haa jangan main main tau.
Saya dan abang ipar masuk, wakilkan Abah dan Umi saya. Saya suka lagu yang dimainkan masa kemasukan para graduan ke dalam dewan, tapi tak ingatlah nama lagunya, macam selawat. UIA memang macam itu ya, islamik sikit, hihi. Cuma pelajarnya tak berapa nak islamik sangat (some of them).
Ada beberapa orang senior sekolah saya yang graduate sekali, pada hari dan sesi yang sama. Bangga sangat tengok. Rasa macam baru saja kami satu sekolah dulu, dan sekarang sudah habis belajar di universiti. Ada ucapan oleh pelajar cemerlang. Saya menangis ya dengar ucapan dia, hmm.
Tapi, yang dari sudut negatifnya, lama sangat majlisnya dan saya tak boleh keluar. Boring sangat, satu satu course bukan sikit pelajarnya, beratus ratus. Nampaklah sesetengah ibu bapa yang mengeluh, haha. Tapi bukan selalu makcik pakcik boleh masuk ya, jadi bersabarlah.
Jadi, bila keluar saja dewan itu, saya rasa sangat terinspirasi dan bersemangat sikitlah untuk belajar, tapi biasalah sekejap saja rasa macam itu. Setelah itu, berbalik kepada diri yang asal. Hmm apa yang perlu saya buat ya. Doakan saya ya supaya sentiasa rajin. Yalah siapa je yang tak ada sifat malas dan sentiasa rajin kan. Kalau ada, sila angkat tangan.
Yang bestnya, ada segmen selingan iaitu pelajar menyanyi. Antara nyanyiannya adalah lagu Ayah dan Ibu. Hmm sayu saja rasa dengar, sambil tengok muka muka ibu bapa. Ada student yang menangis, yalah mesti dia terimbas kembali segala pengorbanan ibu bapanya.
P/S: Tahniah kakakku! Semoga dipermudahkan segala urusanmu, dan semoga berjaya dalam apa saja yang dilakukan. Terima kasih kerana paksa saya masuk ke dalam dewan convocation itu, at least dapat juga pengalaman kan, dan dapat inspiration juga. Hihi.
No comments:
Post a Comment