Tuesday, January 7, 2020

Makanan Pagi Kafe Asiah

Makanan pagi kafe Asiah banyak sangat pilihan, ada tomyam ayam, ayam goreng, ayam goreng berempah, ikan keli berlada, ayam masak kicap, ayam masak pedas, nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, sayur goreng dan sebagainya. Kalau pergi dalam pukul 10 pagi, masih panas lagi makanan. Kebanyakan makanan memang sedap, dan kena dengan selera.

Kalau dari segi harga, selalu bertukar tukar ikut orang yang jaga kaunter. Tapi biasanya kalau ambil banyak mahal lah, kalau ambil sikit murah lah. Setakat ini harganya berpatutan lah dengan kuantiti yang saya ambil. Tak tahulah orang lain. 


Ini makanan saya pagi ini, tak pastilah nama dia apa. Macam ayam pedas tapi rasa bukan sebab warna dia muda sikit dari ayam masak pedas yang biasa kita makan. Yang penting sedap. Harganya RM6 sebab memang saya ambil ayam dengan nasi banyak. Hehe. Nampak menyelerakan tak? 

P/S: Let's go green! Tak payah guna bekas plastik yang dia sediakan. Kalau nak beli makanan, guna bekas sendiri saja. Basuh nanti tak sampai seminit pun. Hihi. UIA ada buat kempen Go Green tapi nampaknya macam tak menjadi sangat. Takpelah, keep on trying okay!

Current time: 7/1/2020 (Tuesday) 11.18 am

No comments:

Post a Comment