Thursday, April 30, 2020

Old Blog Throwback #4

Selesai Sudah Teater

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR! Akhirnya selesai sudah teater في ظلال اليرموك yang kami telah meletakkan segala effort, jiwa dan raga terhadapnya untuk menjadikan ia satu teater yang gemilang dan cemerlang. Alhamdulillah atas segalanya. Terima kasih ya Allah kerana telah mempermudahkan segalanya.

Walaupun saya banyak gelak atas pentas semasa berlakon, tapi semuanya berjalan dengan lancar. Semua telah buat yang terbaik. Padanlah dengan semua kerenah masing masing sepanjang latihan. Datang lambat lah, tak datanglah, suara tak dengarlah, selalu senyumlah dan banyak lagi. Rindu pula latihan suara malam malam. Rindu nak berlatih malam malam dekat Edu Square.

Banyak sangat dugaan sepanjang latihan. Semua pahit manis dikongsi bersama. Saya suka sangat scene hasnawat (penari), sebagai pembuka scene pertama. Asalnya, saya salah seorang penari, tapi saya menarik diri sebab tak boleh nak menari depan orang, tak ada confidence. Tapi at least saya boleh bagi idea sikit sikit untuk gerakan tarian. Tak rasa tersangkut sangatlah. Faham kan? Hehe.

Dan teater semalam, sangat ramai orang datang. Lecturers, audiences dari universiti saya sendiri dan juga universiti universiti lain pun ada juga. UM, KUIS dan sebagainya. Empat buah bas kalau tak silap saya. Thanks for being supportive! Jutaan terima kasih kepada ustaz kami, Dr. Wan Rusli yang sangat bersemangat untuk menjayakan teater ini. Siap pasang banner lagi, besar dan banyak pula tu. Teater ini asalnya teater kelas sahaja, tapi dibuat secara besar besaran dengan bantuan committee CYAT (TAASL punya society). Harap ustaz puas hati dengan persembahan kami semalam.

Nak kata semangat nak promote kami punya teater, siap buat flashmob lagi dekat HS dry area. Malu itu jangan diungkit lagi, haha. Memang malu lah nak kena buat gimmick depan depan orang ramai, dahlah masa tu lunch hour, memang ramai lah orang. Tapi mereka sangat sangat supportive.

Kalau nak tahu, penulis skrip teater ini sekarang menetap di Kanada dan bila beliau dimaklumkan tentang teater ini oleh Dr. Wan Rusli, beliau sangat sangat ingin datang, tapi kerana komitmen kerja di Kanada sebagai profesor universiti, beliau tidak bisa datang. Tapi ustaz rekod teater kami semalam, jadi bolehlah forward ke penulis skrip itu. Ada juga tetamu kehormat lain juga semalam, yang bagi sponsor yang sangat banyak kepada kami. Tak silap saya beliau orang Arab.

Sesungguhnya semua pelakon pelakon kecuali saya, semua hebat hebat belaka. Saya tak tahu macam mana mereka boleh ingat skrip yang panjang dalam masa yang singkat. Tapi kena ingat, semuanya dengan izin Allah. Terima kasih juga kepada yang terlibat dalam melayan kerenah saya yang tak nak pakai mekap, tak nak pakai itu ini. Sebab saya watak lelaki, kena pakai mekap janggut dan misai, pakai serban. Tapi memang semua watak teater kami lelaki. Takde pun watak perempuan.

Sesungguhnya, teater ini dan seluruh proses pembuatannya akan menjadi satu kenangan indah yang akan terpahat di dalam diri saya selamanya. Syukur tak ada salah faham terjadi antara kami. Antara perkara yang susah untuk dilakukan adalah probs. Sejuta tahniah diucapkan kepada crew probs dan juga pelakon pelakon yang bertungkus lumus menyiapkan segala probs. Dari trojan, pedang, unta, kuda, baju perang, perisai, pokok hinggalah ke bukit.

Suasana di belakang pentas semalam kalut juga, berlari lari nak masukkan dan keluarkan probs ke pentas. Crew audio dan background, crew probs dan pelakon sendiri kalut buat kerja masing masing, masing masing punya wazhifah, kerana semua sudah di assigned untuk buat itu ini.

Scene yang saya suka juga adalah scene perang. Bila sebut HUJUM! Bersemangat sangat, haha. Lagi lagi pelakon tambahan budak first year. Dan banyak lawak spontan masa atas pentas, yang sangat tidak saya duga. Sebab tu saya banyak tergelak atas pentas. Jangan salahkan saya okay! Haha.

Harapnya semua yang datang semua enjoy teater kami, dan faham apa yang kami nak sampaikan sebenarnya. Dan tujuan teater ini juga untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Arab, dan untuk tahu sejarah Islam juga, sebab dia antara Rom dengan Islam.

Ada classmate saya punya kawan sanggup terbang dari Kelantan ke universiti ini untuk tengok teater kami. Terima kasih banyak banyak kawan Irham! Saya tak ingat dah nama dia. Ada juga family family classmate saya yang datang, bawa satu keluarga pula tu sebab nak tengoklah anak dia jadi watak utamakan. Haha. Saya pula, tak ajak siapa siapa pun baik kawan saya atau kakak saya walaupun dia duduk dekat saja. Bukan apa, saya segan sebenarnya. Hehe. Takpelah, dah lepas dah pun semua benda.

Banyak lagi saya nak tulis sebenarnya, tapi kerja yang menunggu untuk disiapkan pun boleh tahan banyak. Jadi terpaksalah saya mengundur diri dulu dan berambus untuk buat benda lain. Minggu depan dah minggu last, dan banyak assignment yang nak kena submit. Exam pun dah tak lama dah, dan dekat dekat pula tarikh dia. Haishh macam mana ni. Okaylah, bye!

P/S: Saya hanya makan biskut dan air masak saja pagi ini. Ingat nanti stall dekat cafe dah buka, nak beli yong tau foo. Hehe. Bye semua! Have a productive and good day! Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T. AAMIIN AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIN.

P/S: Setelah hampir dua bulan bertungkus lumus, akhirnya pada 13/12/2019, hari Jumaat pukul 8.30 malam, bertempat di Main Audi IIUM, teater في ظلال اليرموك akhirnya dipersembahkan di depan khalayak ramai.

December 14 2019

7th Day of Ramadhan

Hai assalamuálaikum semua! 

Selamat petang kawan kawan. Sekarang pukul 3.56 petang dan tinggal lagi tiga jam lebih sebelum berbuka. Pagi tadi tak ada siapa yang tersedar sahur jadi kami sekeluarga tak sahur. Semoga Allah kuatkan diri kami untuk menahan lapar dan dahaga.

Tarawih semalam sangat mencabar ya sebab seharian saya tak tidur jadi malam jadi mengantuk sangat dan hampir tertidur masa solat tarawih. Hihi.

Sekarang tengah tengok cerita Blended dengan adik adik kesayanganku dua orang itu. Dah kali kedua tengok sebab best. Hehe. 

Tadi tengok cerita Sing. Best sangat! Tak tipu. Hihi. Tak sangka Scarlett Johanson dan Reese Witherspoon berbakat. Best sangat diorang nyanyi. Yang bawa watak Meena si gajah pun tak kurang hebatnya. Hmm memang hebatlah nyanyian dia.

Bye!

Wednesday, April 29, 2020

Hi Indonesian!

Assalamuálaikum. Hi everyone and a very good morning.

How are you today?

I'm fine alhamdulillah, but feeling a little bit sleepy. Hihi.

These days, I've been watching Indonesian YouTube channels like Ria Ricis, The Sungkars Family, Oki Setiana Dewi and many more. 

And I found that their language is kind of interesting and easy to catch up. 

I'm actually really interested with their language even though it doesn't really differ with Malay language but still it's new for me. 

Watching them decreases my stress level.

Tuesday, April 28, 2020

Old Blog Throwback #3

Ethics Mini Research Is Done!

Current time: 20/12/2019 (Friday) 1.44 am

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang telah kau berikan kepada kami. Malam ini menyaksikan siapnya satu mini research yang mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan kerana penangguhan yang amat banyak. Apa lah yang saya membebel pagi pagi buta ni kan.

Sebenarnya, mini research ethics sudah siap! Dan Najwa dah submit secara soft copy dekat I-Taaleem. Rupanya last submission pukul 12 pm esok. Punya kami gelabah tadi nak siapkan sebab ingat submit 12 am tadi. Tapi rasanya sir baru saja tukar kepada masa yang terbaru sebab mungkin permintaan ramai.

Apa pun, sudah siap lah research ini dan ada satu lagi research yang kena submit kurang dari seminggu lagi iaitu research Testing. Hmm baru saya ada semangat sikit untuk meneruskan hidup. Tapi still lah ada enam subjek menunggu saya untuk exam. Hehe mampukah saya menghadapi semua ini dengan tenang dan cemerlang? In shaa Allah cemerlang dan dipermudahkan oleh Allah segalanya. AAMIIN AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Saya sudah siap cuci muka dengan Safi Balqis dan gosok gigi guna ubat gigi Darlie yang sudah mahu habis. Saya juga sudah solat Isyak dan mahu tidur. Tapi saya tertengok laptop dan teringin nak menulis pasal update assignment ni. Yalah rasa happy lah, lega sikit bila dah siap separuh kerja. Yang tinggal, presentation sekali dengan submission research Testing, mock ViVa, dan apa lagi ya. Tak ingat dah. Dan juga semua exam yang terlibat lah.

Last exam 14/1/2020 in shaa Allah dan mahu balik! Ohh tapi 5/1/2020 saya ada appointment lah dengan doktor dekat Hospital Besar Kota Bharu, tak ingat langsung. Saya tak teringat langsung pasal penyakit ni, maklumlah sibuk kan. Hehe. Tapi semalam kak izzah terperasan saya punya leher ni dan dia paksa saya cakap saya hidap penyakit apa, tapi saya tak bagitahulah. Hihi. Yang tahu pasal penyakit saya (di universiti) sekarang adalah Najwa dan Rajni saja. Mereka macam wakil saya lah. Kalau ada apa apa boleh refer dekat diorang.

P/S: Okaylah kita bukan dalam mood nak cakap pasal penyakit kan. Bye semua, doakan saya supaya saya kuat dan rajin nak menempuhi segala assignment dan semua exam dengan jayanya dan cemerlang. In shaa Allah.

December 19 2019

Old Blog Throwback #2

Tiring Day

Today, I had a replacement class started from 9 am until 5.30 pm. So exhausting and tiring, seriously. We had a break only for the Jumaat prayer and continued the class until all the presentations were done. My back hurt so much but couldn't do anything, out of courtesy. Hihi. I am a good student! Wow so annoying.

The topics discussed were quite sensitive to the whole class, even to the lecturer himself because it touched about 'benda dalam kain'. I'm impressed by the presenters' courage to present it and atasi the shyness, plus they are female. I myself think that I couldn't do it if it was me. Congratulations girls! I'm proud of all of you. All of us have done a very great job. Trust me. This course is the most exciting one for me out of the three courses I have taken under Dr. Tahraoui.

There were six presentations today because for the last two weeks, the classes had been postponed because of my lecturer's business. I couldn't blame him because that was not his fault. He got to teach Master's students for the last one month. It was the same for all Kulliyyah of Education's lecturers. They were so busy that a lot of classes were cancelled and postponed. I know that he is always eager to teach us and make us understood the lesson even though it usually takes ages to complete it.

Thank you so much Dr. Tahraoui for all the knowledge that you have imparted to us. You're such an amazing lecturer. I could see that teaching is your passion. Hihi. I wish I could get a bit of your enthusiasm. Thanks Dr. Tahraoui for everything. May Allah S.W.T. bless you.

The course's name is Tafseer Aayaat and Ahadith al-Ahkam. It is a quite interesting subject, and quite challenging too. There are bunches of rulings to understand plus many topics to cover plus many mazahib to know. But it is for the sake of knowledge right? It is also related to our daily lives. Dr. Tahraoui said that we have to remember this and seek for it deeper until the day of Judgement. Haha we laughed so hard but it is true.

But, the fact that the class took almost six hours to finish was mind blowing. I didn't think I would survive it, but I survived! It is quite impressive right? There were times when I was distracted with anything and couldn't focus and think properly during the students' presentations, but overall it was okay. Hehe. Ya lah it was so long right?

P/S: Although he is a bit picky and strict about the marks, and always puts a very high expectation and requirement towards our presentations, I still like him. Hehe. His wife is my lecturer as well, Dr. Merah Souad.

December 20 2019

Dear Little Babies

Sedar tak sedar, dah masuk 13 tahun umur adik bongsuku. Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru je sambut kepulangannya dari hospital pada hari kelahirannya dan masa tu saya masih budak lagi iaitu 10 tahun. Perasaan gembira tu tak boleh digambarkan bila dikurniakan seorang adik lelaki yang masa tu memang ditunggu tunggu sebab dah ada adik perempuan sorang. 

Sekarang dah besar panjang dan tinggi daripada semua kakak kakaknya. Alhamdulillah sekarang tengah hafal Quran. Targetnya 30 juz dalam masa setahun tapi tak tahulah macam mana jadinya sebab PKP sekarang dan juga bulan puasa.

Sekarang dah hafal 5 juz alhamdulillah dan ustaz dia suruh baca 5 juz tu bila jadi imam tarawih. Sekurang kurangnya tak lupa kan. Allahu rasa cair hati ni bila dengar dia baca masa jadi imam. Pandai pulak dia lagukan ayat Quran tu, ikut Misyari kot. 

Walaupun selalu bergaduh, tapi masih sayang sangat sangat sebab adik kan. Air dicincang takkan putus. Hmm emo pulak kejap. Dia tetap budak kecil dan baby pada saya walaupun sebesar mana atau setua mana pun dia. Haha. Begitu juga adik perempuan saya. Lagipun dua dua macam budak lagi, termasuk saya. Hihi. 

Adik perempuanku dah masuk 18 tahun, Allahu cepatnya dia besar. Dah tak sabar dah nak masuk universiti lagi lagi kalau kampus di Pahang. Dia dah lama impi nak masuk UIA. In shaa Allah dipermudahkan. Aamiin ya Rabb. Alhamdulillah senang minta tolong kalau suruh buat apa apa. Tapi biasalah kalau masa takde mood, susah bukan main nak suruh, haha. Saya pun macam itulah. 

Semoga adik adikku menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri dan juga orang lain. In shaa Allah dipermudahkan urusan adik lelakiku untuk menjadi hafiz Quran secepat mungkin dan beramal dan terus istiqamah dengannya, dan sambung Form 2, dan semoga adik perempuanku dapat sambung pelajaran ke universiti yang diinginkan dan terus berjaya dunia akhirat.

AAMIIN AAMIIN YA RABBAL ALAMIN.

P/S: Maaf kalau kakakmu ini tak dapat jadi kakak yang terbaik. Tak sebaik kakak lain. Selalu marah marah, selalu bad mood, selalu suruh itu ini, dan banyak lagi lah. Tapi kakakmu ini tetap sayang kalian berdua dengan sepenuh hati. 

I love both of you more than anything. Remember that okay! 

Kalau ada terasa hati (memang ada), maafkan kakakmu ini. Sedang cuba jadi yang terbaik dan cuba memahami isi hati kalian berdua.

Old Blog Throwback #1

Last class with Dr. Tahraoui


Sepanjang tiga subjek ambil dengan Dr. Tahraoui, ni first time ambil gambar last class. Ini adalah kenangan selepas 6 jam kelas ganti pada hari Jumaat. Punyalah sakit belakang, tak mungkin saya lupa, haha.

Yang specialnya, yang tolong ambikan gambar adalah seorang artis iaitu PU Riz, haa class kau jah! Saya tak fokus pun dekat kamera, sebab fokus saya pada jurukamera nya sahaja, haha okay gurau. Punya senget dia ambik, hmm.

P/S: Exam subjek ini tidak lama lagi bah, lagi sehari setengah. Doakan saya dan classmates ya. Semoga semua dipermudahkan jawab dan beroleh keputusan yang cemerlang. Aamiin ya Rabb.

January 4 2020

Productive Day

Hello everyone! Good morning. 

Apa khabar semua? Hari ini adalah hari kelima kita berpuasa. Hmm kejap je masa. Semalam adalah puasa pertama dan tarawih pertama saya. Alhamdulillah tarawih berjalan dengan jayanya, dengan izin Allah. 

Adik dan abang sebagai imam, ahli keluarga lain sebagai makmum. Inilah hikmah PKP kan. Boleh solat berjemaah dengan ahli keluarga sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim, alhamdulillah. Mungkin selama ini sedikit jauh sebab jarang berkumpul sekali. 

Sekarang, berbuka puasa bersama, solat Maghrib, Isyak, tarawih dan Subuh berjemaah, ta'leem. Alhamdulillah. In shaa Allah terus istiqamah. Inilah kemanisan hidup berkeluarga. Hmm apa yang saya merepek ni. Yalah inilah masanya kita nak spend waktu dengan ahli keluarga dengan kerap kan. 

Family is everything. Betul tak?

In shaa Allah dipermudahkan segala urusan kita semua. Aamiin ya Rabb. 

Sahur tadi makan nasi putih, tomyam ayam, sambal mangga campur kantan dan taufufa. Alhamdulillah kenyang. Semoga terus kuat menahan lapar dan dahaga. Hihi. 

Sekarang pukul 7.58 pagi. Nak charge laptop kejap dan sambung buat assignment dan notes in shaa Allah. Semoga Allah bagi kekuatan. Aamiin ya Rabb. 

Okaylah. Bye dulu. ASSALAMUÁLAIKUM.

Monday, April 27, 2020

Gloomy Day

Someone broke my heart today.

My heart has shattered into pieces. 

I'm frustrated.

I was wrong.

Forgive me, can you?

I'm trying to be the best for you. 

I love my siblings.

Who doesn't? 

P/S: Fighting is normal among siblings, right?

Sunday, April 26, 2020

Assignments

Kerja bertimbun timbun tapi satu pun belum disentuh. Belum ada kerajinan dan kekuatan untuk memulakannya. Allahu. Kalaulah ubat untuk atasi kemalasan wujud, pasti aku membelinya. Tapi apakan daya, semua itu datang dari diri sendiri. 

Jadi, nak taknak, kita yang kena gerakkan kita punya tangan, dan kuatkan kita punya minda untuk menghadapi segala assignments yang beratur tunggu untuk disiapkan. Hmm apakah yang dibebelkan ini? 

Hmm betullah kan apa yang saya cakap. Okaylah. Bye dulu. Kejap lagi pula kita sambung ya. Mahu nikmati nestum oat dulu. Esok dah boleh puasa in shaa Allah, yeahhhh! 

Assignments: 

1. Methods of Teaching
     - nasyid
     - radio
     - iklan
     - nota

2. Classical Prose Texts
     - hafal khutbah
     - presentation
     - hafal amthal
     - nota

3. Bahasa Melayu
     - projek
     - presentation
     - nota

4. Syllabus Design
     - presentation
     - nota

5. Qawaid
     - presentation
     - report
     - book review
     - nota

6. Islamic Thought
     - presentation
     - report
     - article review
     - nota

Jom Perbaiki Diri

Sempena bulan Ramadhan ini, bulan yang mulia dan penuh keberkatan, aku harap aku boleh memperbaiki diri ini untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. Semoga Allah permudahkan usahaku. Aamin ya Rabb. 

Solat di awal waktu, sentiasa membaca al-Quran, tolong Abah Umi tanam pokok ke, buang daun kering ke, kemas rumah ke, memasak ke, atau apa apa yang boleh meringankan beban mereka, dan banyak lagi. 

Cuba untuk menjadi lebih rajin. Allahu itu yang paling susah. Macam manalah nak merajinkan diri ini? Cuba untuk bangun awal pagi. Cuba untuk tidak tidur selepas sahur. Itu adalah satu dugaan yang sangat besar untuk seorang manusia sepertiku yang banyak tidur. 

Tapi nama pun manusia kan. Dicipta untuk diuji. Jadi kita harus kuat melawan hawa nafsu dan bangkit memperbaiki diri dan menjadi seorang yang berguna dan seperti yang diinginkan. In shaa Allah. 


Semoga segala usaha kita diberkati oleh Allah dan dipermudahkan. In shaa Allah niat yang baik Allah akan permudahkan. Jangan putus asa okay! Sentiasa berusaha dan berdoalah banyak banyak pada Allah. 

How Time Flies

Bulan 4 dah nak melabuhkan tirainya. Kejap sangat rasanya. Mungkin sebab kalut dengan coronavirus, puasa, dan macam macam lagi yang terjadi sepanjang bulan ini. Bila tengok video video Ustaz Ebit Lew bagi bantuan dekat orang yang memerlukan, barulah diri ini lebih menghargai kehidupan sekarang.

Di saat kita rasa diri kita serba kekurangan terutamanya dari segi harta benda, sebenarnya ramai lagi manusia lain yang lebih memerlukan. Tak percaya, tengoklah video di channel YouTube Ustaz Ebit Lew. Sedih dan kesian rasa tengok kehidupan mereka. Ada yang tak ada rumah, hidup bergelumang dengan sampah sarap, tak ada duit nak beli barangan keperluan dan sebagainya.

Jadi marilah sama sama kita mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah dan jangan pernah mengeluh ya. 

Ramadhan Mubarak!

Hari ini adalah hari ketiga umat Islam berpuasa. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Terima kasih ya Allah. Puasa tahun ini semestinya agak berbeza dari puasa tahun tahun sebelumnya sebab ujian coronavirus. Tapi apa pun kita kena bersyukur kepada Allah dan sentiasa meminta perlindungan dariNya. 

Tak ada lagi bazar ramadhan, shopping di mart, jalan jalan, tarawih di masjid dan sebagainya. Tapi percayalah ada hikmah di sebalik semua ini. Bayangkan, setiap rumah tu ada solat tarawih berjemaah, hubungan antara keluarga semakin erat dan banyak lagi. Itu antara hikmah PKP ni lah kan. Alhamdulillah.

Walaupun sedang cuti sempena PKP dan tambah lagi bulan Ramadhan, assignments dan presentations tetap ada ya. Tak pernah jauh dari pelajar universiti kan, haha. Tapi itulah lumrah kehidupan kita, sentiasa ada tugas dan tanggungjawab tak kiralah apa pun status yang sedang kita pegang.

Baik kita adalah pelajar, ayah, ibu, adik, kakak, abang, businessman, suami, isteri atau apa apa lagi, kita semua ada tanggungjawab masing masing yang perlu dilakukan. Dan, jangan berat tulang nak tolong emak masak juadah berbuka, tolong kemas rumah ke, yang penting ringankan beban ahli keluarga kita.

Okaylah, rasanya sampai di sini saja coretan kali ini. Umi pun dah start memasak, kita tengah hadap laptop lagi (walaupun baru je start buka haha). Jom tolong Umi! 

Friday, April 10, 2020

Bulan April Sudah!

Assalamu'alaikum! Apa khabar semua? Stay home tak? Patuh tak arahan kerajaan? Haa mereka buat peraturan tu bukan untuk saja saja, tapi ia adalah langkah untuk membendung wabak penyakit ni. Jadi sama samalah kita memberi kerjasama sepenuhnya supaya wabak penyakit ini boleh segera hilang dan kita boleh meneruskan hidup seperti sediakala. Haa panjang pula bebelnya. 

Setelah hampir sebulan tidak post apa apa, akhirnya aku kembali! Haha macam eksklusif sangat kan. Sekarang tengah tengok cerita dengan adikku dan Umi, namanya Insidious: Chapter 3. So scary! Okay kembali kepada isu COVID-19, hari ni Jumaat, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan yang PKP dilanjutkan lagi 2 minggu, iaitu dari 15-28 April. 

IIUM umum cuti sehingga akhir bulan Mei. 1 Jun 2020 in shaa Allah akan buka dan jalani kehidupan universiti seperti biasa. Ingatlah, segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah dah aturkan semuanya dengan cantik. Kita kena hadapinya tanpa apa apa keluhan, in shaa Allah ya. Doa banyak banyak. In shaa Allah permudahkan semuanya. 

P/S: Serious tak tipu cerita Insidious: Chapter 3 menakutkan sangat sangat sebab ada banyak unsur suspen. Terkejut aku dik. Apapun, cepat kan masa berlalu. Dah nak masuk pertengahan bulan April dah. Cuti sempena PKP ni kita isinya dengan perkara yang bermanfaat ya. Berkebun ke, kemas rumah ke, membaca ke atau apa apa lah asalkan bermanfaat.