Selesai Sudah Teater
ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR! Akhirnya selesai sudah teater في ظلال اليرموك yang kami telah meletakkan segala effort, jiwa dan raga terhadapnya untuk menjadikan ia satu teater yang gemilang dan cemerlang. Alhamdulillah atas segalanya. Terima kasih ya Allah kerana telah mempermudahkan segalanya.
Walaupun saya banyak gelak atas pentas semasa berlakon, tapi semuanya berjalan dengan lancar. Semua telah buat yang terbaik. Padanlah dengan semua kerenah masing masing sepanjang latihan. Datang lambat lah, tak datanglah, suara tak dengarlah, selalu senyumlah dan banyak lagi. Rindu pula latihan suara malam malam. Rindu nak berlatih malam malam dekat Edu Square.
Banyak sangat dugaan sepanjang latihan. Semua pahit manis dikongsi bersama. Saya suka sangat scene hasnawat (penari), sebagai pembuka scene pertama. Asalnya, saya salah seorang penari, tapi saya menarik diri sebab tak boleh nak menari depan orang, tak ada confidence. Tapi at least saya boleh bagi idea sikit sikit untuk gerakan tarian. Tak rasa tersangkut sangatlah. Faham kan? Hehe.
Dan teater semalam, sangat ramai orang datang. Lecturers, audiences dari universiti saya sendiri dan juga universiti universiti lain pun ada juga. UM, KUIS dan sebagainya. Empat buah bas kalau tak silap saya. Thanks for being supportive! Jutaan terima kasih kepada ustaz kami, Dr. Wan Rusli yang sangat bersemangat untuk menjayakan teater ini. Siap pasang banner lagi, besar dan banyak pula tu. Teater ini asalnya teater kelas sahaja, tapi dibuat secara besar besaran dengan bantuan committee CYAT (TAASL punya society). Harap ustaz puas hati dengan persembahan kami semalam.
Nak kata semangat nak promote kami punya teater, siap buat flashmob lagi dekat HS dry area. Malu itu jangan diungkit lagi, haha. Memang malu lah nak kena buat gimmick depan depan orang ramai, dahlah masa tu lunch hour, memang ramai lah orang. Tapi mereka sangat sangat supportive.
Kalau nak tahu, penulis skrip teater ini sekarang menetap di Kanada dan bila beliau dimaklumkan tentang teater ini oleh Dr. Wan Rusli, beliau sangat sangat ingin datang, tapi kerana komitmen kerja di Kanada sebagai profesor universiti, beliau tidak bisa datang. Tapi ustaz rekod teater kami semalam, jadi bolehlah forward ke penulis skrip itu. Ada juga tetamu kehormat lain juga semalam, yang bagi sponsor yang sangat banyak kepada kami. Tak silap saya beliau orang Arab.
Sesungguhnya semua pelakon pelakon kecuali saya, semua hebat hebat belaka. Saya tak tahu macam mana mereka boleh ingat skrip yang panjang dalam masa yang singkat. Tapi kena ingat, semuanya dengan izin Allah. Terima kasih juga kepada yang terlibat dalam melayan kerenah saya yang tak nak pakai mekap, tak nak pakai itu ini. Sebab saya watak lelaki, kena pakai mekap janggut dan misai, pakai serban. Tapi memang semua watak teater kami lelaki. Takde pun watak perempuan.
Sesungguhnya, teater ini dan seluruh proses pembuatannya akan menjadi satu kenangan indah yang akan terpahat di dalam diri saya selamanya. Syukur tak ada salah faham terjadi antara kami. Antara perkara yang susah untuk dilakukan adalah probs. Sejuta tahniah diucapkan kepada crew probs dan juga pelakon pelakon yang bertungkus lumus menyiapkan segala probs. Dari trojan, pedang, unta, kuda, baju perang, perisai, pokok hinggalah ke bukit.
Suasana di belakang pentas semalam kalut juga, berlari lari nak masukkan dan keluarkan probs ke pentas. Crew audio dan background, crew probs dan pelakon sendiri kalut buat kerja masing masing, masing masing punya wazhifah, kerana semua sudah di assigned untuk buat itu ini.
Scene yang saya suka juga adalah scene perang. Bila sebut HUJUM! Bersemangat sangat, haha. Lagi lagi pelakon tambahan budak first year. Dan banyak lawak spontan masa atas pentas, yang sangat tidak saya duga. Sebab tu saya banyak tergelak atas pentas. Jangan salahkan saya okay! Haha.
Harapnya semua yang datang semua enjoy teater kami, dan faham apa yang kami nak sampaikan sebenarnya. Dan tujuan teater ini juga untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Arab, dan untuk tahu sejarah Islam juga, sebab dia antara Rom dengan Islam.
Ada classmate saya punya kawan sanggup terbang dari Kelantan ke universiti ini untuk tengok teater kami. Terima kasih banyak banyak kawan Irham! Saya tak ingat dah nama dia. Ada juga family family classmate saya yang datang, bawa satu keluarga pula tu sebab nak tengoklah anak dia jadi watak utamakan. Haha. Saya pula, tak ajak siapa siapa pun baik kawan saya atau kakak saya walaupun dia duduk dekat saja. Bukan apa, saya segan sebenarnya. Hehe. Takpelah, dah lepas dah pun semua benda.
Banyak lagi saya nak tulis sebenarnya, tapi kerja yang menunggu untuk disiapkan pun boleh tahan banyak. Jadi terpaksalah saya mengundur diri dulu dan berambus untuk buat benda lain. Minggu depan dah minggu last, dan banyak assignment yang nak kena submit. Exam pun dah tak lama dah, dan dekat dekat pula tarikh dia. Haishh macam mana ni. Okaylah, bye!
P/S: Saya hanya makan biskut dan air masak saja pagi ini. Ingat nanti stall dekat cafe dah buka, nak beli yong tau foo. Hehe. Bye semua! Have a productive and good day! Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T. AAMIIN AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIN.
P/S: Setelah hampir dua bulan bertungkus lumus, akhirnya pada 13/12/2019, hari Jumaat pukul 8.30 malam, bertempat di Main Audi IIUM, teater في ظلال اليرموك akhirnya dipersembahkan di depan khalayak ramai.
December 14 2019
December 14 2019
No comments:
Post a Comment