Hari ini adalah hari ketiga umat Islam berpuasa. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Terima kasih ya Allah. Puasa tahun ini semestinya agak berbeza dari puasa tahun tahun sebelumnya sebab ujian coronavirus. Tapi apa pun kita kena bersyukur kepada Allah dan sentiasa meminta perlindungan dariNya.
Tak ada lagi bazar ramadhan, shopping di mart, jalan jalan, tarawih di masjid dan sebagainya. Tapi percayalah ada hikmah di sebalik semua ini. Bayangkan, setiap rumah tu ada solat tarawih berjemaah, hubungan antara keluarga semakin erat dan banyak lagi. Itu antara hikmah PKP ni lah kan. Alhamdulillah.
Walaupun sedang cuti sempena PKP dan tambah lagi bulan Ramadhan, assignments dan presentations tetap ada ya. Tak pernah jauh dari pelajar universiti kan, haha. Tapi itulah lumrah kehidupan kita, sentiasa ada tugas dan tanggungjawab tak kiralah apa pun status yang sedang kita pegang.
Baik kita adalah pelajar, ayah, ibu, adik, kakak, abang, businessman, suami, isteri atau apa apa lagi, kita semua ada tanggungjawab masing masing yang perlu dilakukan. Dan, jangan berat tulang nak tolong emak masak juadah berbuka, tolong kemas rumah ke, yang penting ringankan beban ahli keluarga kita.
Okaylah, rasanya sampai di sini saja coretan kali ini. Umi pun dah start memasak, kita tengah hadap laptop lagi (walaupun baru je start buka haha). Jom tolong Umi!
No comments:
Post a Comment