Assalamu'alaikum! Apa khabar semua? Stay home tak? Patuh tak arahan kerajaan? Haa mereka buat peraturan tu bukan untuk saja saja, tapi ia adalah langkah untuk membendung wabak penyakit ni. Jadi sama samalah kita memberi kerjasama sepenuhnya supaya wabak penyakit ini boleh segera hilang dan kita boleh meneruskan hidup seperti sediakala. Haa panjang pula bebelnya.
Setelah hampir sebulan tidak post apa apa, akhirnya aku kembali! Haha macam eksklusif sangat kan. Sekarang tengah tengok cerita dengan adikku dan Umi, namanya Insidious: Chapter 3. So scary! Okay kembali kepada isu COVID-19, hari ni Jumaat, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan yang PKP dilanjutkan lagi 2 minggu, iaitu dari 15-28 April.
IIUM umum cuti sehingga akhir bulan Mei. 1 Jun 2020 in shaa Allah akan buka dan jalani kehidupan universiti seperti biasa. Ingatlah, segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah dah aturkan semuanya dengan cantik. Kita kena hadapinya tanpa apa apa keluhan, in shaa Allah ya. Doa banyak banyak. In shaa Allah permudahkan semuanya.
P/S: Serious tak tipu cerita Insidious: Chapter 3 menakutkan sangat sangat sebab ada banyak unsur suspen. Terkejut aku dik. Apapun, cepat kan masa berlalu. Dah nak masuk pertengahan bulan April dah. Cuti sempena PKP ni kita isinya dengan perkara yang bermanfaat ya. Berkebun ke, kemas rumah ke, membaca ke atau apa apa lah asalkan bermanfaat.
No comments:
Post a Comment