Sunday, April 26, 2020

Jom Perbaiki Diri

Sempena bulan Ramadhan ini, bulan yang mulia dan penuh keberkatan, aku harap aku boleh memperbaiki diri ini untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. Semoga Allah permudahkan usahaku. Aamin ya Rabb. 

Solat di awal waktu, sentiasa membaca al-Quran, tolong Abah Umi tanam pokok ke, buang daun kering ke, kemas rumah ke, memasak ke, atau apa apa yang boleh meringankan beban mereka, dan banyak lagi. 

Cuba untuk menjadi lebih rajin. Allahu itu yang paling susah. Macam manalah nak merajinkan diri ini? Cuba untuk bangun awal pagi. Cuba untuk tidak tidur selepas sahur. Itu adalah satu dugaan yang sangat besar untuk seorang manusia sepertiku yang banyak tidur. 

Tapi nama pun manusia kan. Dicipta untuk diuji. Jadi kita harus kuat melawan hawa nafsu dan bangkit memperbaiki diri dan menjadi seorang yang berguna dan seperti yang diinginkan. In shaa Allah. 


Semoga segala usaha kita diberkati oleh Allah dan dipermudahkan. In shaa Allah niat yang baik Allah akan permudahkan. Jangan putus asa okay! Sentiasa berusaha dan berdoalah banyak banyak pada Allah. 

No comments:

Post a Comment