Ethics Mini Research Is Done!
Current time: 20/12/2019 (Friday) 1.44 am
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang telah kau berikan kepada kami. Malam ini menyaksikan siapnya satu mini research yang mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan kerana penangguhan yang amat banyak. Apa lah yang saya membebel pagi pagi buta ni kan.
Sebenarnya, mini research ethics sudah siap! Dan Najwa dah submit secara soft copy dekat I-Taaleem. Rupanya last submission pukul 12 pm esok. Punya kami gelabah tadi nak siapkan sebab ingat submit 12 am tadi. Tapi rasanya sir baru saja tukar kepada masa yang terbaru sebab mungkin permintaan ramai.
Apa pun, sudah siap lah research ini dan ada satu lagi research yang kena submit kurang dari seminggu lagi iaitu research Testing. Hmm baru saya ada semangat sikit untuk meneruskan hidup. Tapi still lah ada enam subjek menunggu saya untuk exam. Hehe mampukah saya menghadapi semua ini dengan tenang dan cemerlang? In shaa Allah cemerlang dan dipermudahkan oleh Allah segalanya. AAMIIN AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIN.
Saya sudah siap cuci muka dengan Safi Balqis dan gosok gigi guna ubat gigi Darlie yang sudah mahu habis. Saya juga sudah solat Isyak dan mahu tidur. Tapi saya tertengok laptop dan teringin nak menulis pasal update assignment ni. Yalah rasa happy lah, lega sikit bila dah siap separuh kerja. Yang tinggal, presentation sekali dengan submission research Testing, mock ViVa, dan apa lagi ya. Tak ingat dah. Dan juga semua exam yang terlibat lah.
Last exam 14/1/2020 in shaa Allah dan mahu balik! Ohh tapi 5/1/2020 saya ada appointment lah dengan doktor dekat Hospital Besar Kota Bharu, tak ingat langsung. Saya tak teringat langsung pasal penyakit ni, maklumlah sibuk kan. Hehe. Tapi semalam kak izzah terperasan saya punya leher ni dan dia paksa saya cakap saya hidap penyakit apa, tapi saya tak bagitahulah. Hihi. Yang tahu pasal penyakit saya (di universiti) sekarang adalah Najwa dan Rajni saja. Mereka macam wakil saya lah. Kalau ada apa apa boleh refer dekat diorang.
P/S: Okaylah kita bukan dalam mood nak cakap pasal penyakit kan. Bye semua, doakan saya supaya saya kuat dan rajin nak menempuhi segala assignment dan semua exam dengan jayanya dan cemerlang. In shaa Allah.
December 19 2019
No comments:
Post a Comment