Tuesday, April 28, 2020

Dear Little Babies

Sedar tak sedar, dah masuk 13 tahun umur adik bongsuku. Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru je sambut kepulangannya dari hospital pada hari kelahirannya dan masa tu saya masih budak lagi iaitu 10 tahun. Perasaan gembira tu tak boleh digambarkan bila dikurniakan seorang adik lelaki yang masa tu memang ditunggu tunggu sebab dah ada adik perempuan sorang. 

Sekarang dah besar panjang dan tinggi daripada semua kakak kakaknya. Alhamdulillah sekarang tengah hafal Quran. Targetnya 30 juz dalam masa setahun tapi tak tahulah macam mana jadinya sebab PKP sekarang dan juga bulan puasa.

Sekarang dah hafal 5 juz alhamdulillah dan ustaz dia suruh baca 5 juz tu bila jadi imam tarawih. Sekurang kurangnya tak lupa kan. Allahu rasa cair hati ni bila dengar dia baca masa jadi imam. Pandai pulak dia lagukan ayat Quran tu, ikut Misyari kot. 

Walaupun selalu bergaduh, tapi masih sayang sangat sangat sebab adik kan. Air dicincang takkan putus. Hmm emo pulak kejap. Dia tetap budak kecil dan baby pada saya walaupun sebesar mana atau setua mana pun dia. Haha. Begitu juga adik perempuan saya. Lagipun dua dua macam budak lagi, termasuk saya. Hihi. 

Adik perempuanku dah masuk 18 tahun, Allahu cepatnya dia besar. Dah tak sabar dah nak masuk universiti lagi lagi kalau kampus di Pahang. Dia dah lama impi nak masuk UIA. In shaa Allah dipermudahkan. Aamiin ya Rabb. Alhamdulillah senang minta tolong kalau suruh buat apa apa. Tapi biasalah kalau masa takde mood, susah bukan main nak suruh, haha. Saya pun macam itulah. 

Semoga adik adikku menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri dan juga orang lain. In shaa Allah dipermudahkan urusan adik lelakiku untuk menjadi hafiz Quran secepat mungkin dan beramal dan terus istiqamah dengannya, dan sambung Form 2, dan semoga adik perempuanku dapat sambung pelajaran ke universiti yang diinginkan dan terus berjaya dunia akhirat.

AAMIIN AAMIIN YA RABBAL ALAMIN.

P/S: Maaf kalau kakakmu ini tak dapat jadi kakak yang terbaik. Tak sebaik kakak lain. Selalu marah marah, selalu bad mood, selalu suruh itu ini, dan banyak lagi lah. Tapi kakakmu ini tetap sayang kalian berdua dengan sepenuh hati. 

I love both of you more than anything. Remember that okay! 

Kalau ada terasa hati (memang ada), maafkan kakakmu ini. Sedang cuba jadi yang terbaik dan cuba memahami isi hati kalian berdua.

No comments:

Post a Comment