Minggu lepas, saya salin bacaan tahiyat akhir di papan putih dan paksa semua pelajar kelas saya hafal. Yang dah pernah hafal alhamdulillah. Yang belum ingat dan hafal, haa silakan hafal. Ustazah setia mendengar ya. Begitu. Bukan apa, untuk kebaikan anak anak semua juga. Ini adalah kerana, saya sangat sedih mendengarkan kisah mereka.
Bila mereka solat, mereka tak tahu pun bacaan dalam solat. Jadi saya tanya kalau solat macam mana? Apa kau baca? Mereka cakap mereka tak baca apa apa pun. Diam saja. Kiranya solat mereka sekadar gerakan fizikal saja. Kalau lah saya boleh pindahkan mereka semua ke Semenanjung atau tempat yang lebih islamik supaya mereka lebih terdedah dengan ilmu agama.
Mungkin ini adalah hikmah saya dihantar ke sini, untuk explore lagi kehidupan manusia. Kalau tidak memang saya takkan tahu ada kes begini di sini. Mereka sangat tidak didedahkan dengan ilmu agama yang secukupnya dan sebab itulah bila bulan puasa, mereka tak puasa dan langsung tak rasa bersalah even dah Form 5.
Bila ponteng puasa, mereka tak ganti. Satu lagi mereka sengaja tinggal solat dan kumpul solat itu dalam satu masa. Yang lagi sedih mereka ingat benda itu dibenarkan. Baiklah kalau anda dalam keadaan saya, apa yang anda rasa? Saya rasa kesian sangat dengan mereka. Tapi saya hanya boleh tolong sedikit saja. Sebenarnya yang penting pelajaran dari rumah.
Mereka tengok dan perhati ibu bapa mereka. Ibu bapa solat mereka solat. Ibu bapa puasa mereka puasa. Bapa pergi solat Jumaat mereka ikut. Ibu pakai tudung mereka pakai. Tapi kalau ibu bapa sendiri tak buat, macam mana nak expect anak buat? Itu adalah tugas yang sangat berat untuk saya dan kami sebagai guru agama Islam di sini.
Jadi apa yang saya boleh buat adalah bantu setakat boleh. The rest bergantung kepada mereka sendiri sama ada nak amalkan atau tidak. Haa satu lagi kan, mereka kalau tak solat mereka mengaku saja dan ada yang bangga mengaku tak solat, sebab mereka tak rasa benda tu wajib. Mereka tak rasa bersalah pun.
Kalau kita di Semenanjung kalau tak solat, sampai ke mati kita takkan mengaku kan. Mungkin sebab kita tahu hukum hakam sebab memang dari kecil kita didedahkan dengan benda macam tu. Bila kita tinggal solat, kita tahu kita dah buat dosa besar dan orang lain tak patut tahu. Tapi kalau mereka?
Saya sedih! Saya tak salahkan mereka 100% pun. Tapi itulah. Saya akan ajar dan didik setakat yang saya boleh in shaa Allah. Semoga kita semua ditetapkan hati sebagai seorang muslim dan mukmin. Semoga Allah tak membolak balikkan hati kita.
Kota Marudu, Sabah.