Thursday, July 31, 2025

KAKLONG'S BIRTHDAY

Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran kakak iparku, Kaklong yang ke-31. Seawal jam 6.40 pagi ya guel wish dekat Kaklong via Whatsapp. Hiks. Semangat ke tak semangat? Saya ni bukan berani sangat nak mesej Kaklong sebab gaya Kaklong bermesej macam garang haha. Jadi saya takut bah. Tapi sebenarnya Kaklong baik saja, macam bubbly gitu. Boleh bayang je macam mana Kaklong bercakap. Tapi kalau guna Whatsapp saya jadi awkward. Hiks. 

Jadi, happiest birthday to my first ever sister in law, superwoman to Iman, Abdurrahman, Abdullah dan Abdul Hadi. Semoga Allah makbulkan segala doa Kaklong, panjangkan umur Kaklong, dipanjangkan umur Kaklong dalam kesihatan yang terbaik dan diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga Kaklong sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta. Saya masih menunggu kalau satu hari nanti mereka menghadiahkan empat beradik itu adik baru kahkah. Senangla bercakap haha. 

Maafkan adik iparmu ini yang jarang betul contact dengan anak anak buah yang cerdik, baik, soleh dan sihat. Semoga yang baik baik saja untuk Kaklong sekeluarga. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, July 30, 2025

BUKU NOTA LAMA

Assalamu'alaikum WBT. 

Baru baru ni saya dan Abe Dailamie kemas bilik yang satu. Di situla tempat sangkut baju, jemur baju, gosok baju dan segala benda akan dihantar ke situ. Yang bikin geram adalah setiap hari ada saja semut di bilik tu jadi kami bongkar itu kotak nak tengok apa punca semut itu. Rupanya kotak printer saya tu dah hancur belah belakang jadi penempatan itu semut. Jadi satu projek pula nak mengemas semua. 

Okay straight to the point, kami kosongkan semua kotak yang ada dan beli laci baru dua buah. Jadi jumpa la saya punya buku buku nota dulu yang masa saya praktikal dan masa mula mula posting. Segala gambar yang kamu lihat di atas adalah dalam satu buku nota yang saya guna masa praktikal di SAMER. Hmm banyaknya kenangan dalam satu buku. 

Ada lukisan si Mukhlisin yang tak pernah lekang tangannya daripada melukis ya. Ada lagi Syahadah punya catatan pasal subjek yang nak diambil dalam sem tu. Comel kan? Nak cakap cepat masa berlalu, sekarang dia dalam fasa praktikal sama macam saya hadapi 4 tahun lepas. Siapa pernah sangka secepat ini adik-adikku membesar? Why do you grow up so fast?! I'm not ready for that 😭

Kalau boleh tengok ya kawan kawan, punyala aku excited setiap kali nak kelas masa praktikal. Sangat bersedia ya kawan kawan. Perancangan tu lebih dari perancangan pembangunan negara maju. Kalah la Jepun kalau tengok saya punya plan kahkah. In shaa Allah semoga saya sentiasa rasa berbunga bunga begitu juga setiap kali kelas sekarang. Hiks. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, July 29, 2025

MUHAMMAD NAJHAN: 7 MONTHS OLD

Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini Muhammad Najhan genap umurnya 7 bulan alhamdulillah. Budak botak ini sekarang kurang sihat. Doakan ya semoga Muhammad Najhan cepat sembuh dan sihat seperti sediakala atau lebih sihat in shaa Allah. Bila anak tak sihat, tidak satu saat pun Umi tak risau. Hati Umi sentiasa tak tenang dan rasa serabut. Tapi kena percaya ada hikmahnya di setiap sesuatu. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. 

Budak ini sekarang macam nak start merangkak sudah alhamdulillah. Benda favorite yang dia suka capai adalah selipar jepun Abah yang digunakan selepas ambil wuduk. Geram betul Umi. Punya banyak benda lain itu juga yang dia minat. Dia juga suka gigit puting Umi. Geram!!! Makin kita menjerit sakit, makin dia suka ya gelak gelak. Taknak duduk di carseat lama lama. Mungkin sebab dia masih menyusu badan, dia sentiasa nak kena pegang dalam kereta. 

Banyak la ragam si Najhan ni. In shaa Allah Najhan anak soleh, baik, sihat dan kuat ya. Umi doakan semoga anak anak Umi, Muhammad Wildan dan Muhammad Najhan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT sentiasa. Semoga mereka sentiasa menjadi penyejuk hati Abah dan Umi serta orang sekeliling dan memberi manfaat kepada orang lain. Semoga mereka menjadi anak anak yang baik, soleh, pintar, tenang, kuat, sihat dan penuh dengan kasih sayang. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, July 24, 2025

ABE & ADIK'S NEW LOOK


Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini hari Khamis, 24 Julai 2025 hari gaji kahkah. Sekarang 7.58 pagi dan saya di sekolah menunggu masa untuk masuk ke kelas pertama untuk hari ini iaitu pada 8.10 pagi kelas 1 Berlian. Apala yang nak diajar kejap lagi. Okay point utama saya buat blog hari ini adalah untuk menunjukkan penampilan baru Upin dan Ipin versi Sabahan atau lebih dikenali sebagai Abe dan Adik hihi. 

Okay cerita sebenarnya adalah botakkan mereka bukan niat utama kami. Muhammad ada kudis di belakang kepala dia dan susah nak sapu ubat. Jadi kami pun beli la mesin rambut dan nak pendekkan rambut bahagian kudis la. Sekali Abah terlupa letak mata ke apa dekat mesin dan terus srush srush, BOTAK!!! Jadi alang alang tu botakkan terus. Hihi sorry Abah, Umi kantoikan. 

Adik pun kami libatkan sekali haha. Jadi botakla dua dua anak soleh cerdik sihat baik ini. Alhamdulillah dua dua memberi kerjasama yang padu semasa proses pembotakan. Terkejut Mama dan Nenek tengok tadi haha. Tapi hikmah botak tu adalah baru nampak bahawa teruk rupanya belakang kepala Muhammad. Kalau habis ubat pun belum baik, kena bawa check lagi. Doakan. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, July 23, 2025

NEW EXPERIENCE!!!


Assalamu'alaikum WBT. 

Hai semua! Salam hari Rabu. Hari ini ada perjumpaan kokum dan agenda utama adalah untuk berbincang tentang perkhemahan yang bakal diadakan lagi dua minggu. Jadinya, guru PPIM semuanya ada 4 orang iaitu guel, Ustazah Roziah, Teacher Jovinah dan Cikgu Ira. 

Akan tetapi semuanya tidak available hari ini kerana terlibat dengan kelas tambahan dan sebagainya. Jadi tinggal la daku keseorangan menghandle kunun. Awalnya saya nervous juga sebab ada ub lain juga dekat kami. Tapi alhamdulillah Allah beri keberanian.

Tapi berani berani pun begitu juga la aku haha. Semoga apa yang disampaikan tadi dapat masuk la dalam kepala budak budak tu. Susah ya nak jaga walaupun perempuan doang. Terima kasih Aveney tolong gambar. Nasib baik ingat nak gambar untuk opr. 

Selain tu kami buat pemilihan ajk. Alhamdulillah dipermudahkan. Saya lapar sangat sebab tak makan nasi lagi dan hanya makan telur rebus 2 biji dengan minum air teh panas tadi pagi. Tengokla kalau ada mood saya bakar ayam kejap lagi in shaa Allah. 

Sebenarnya mungkin bagi orang lain, benda ini biasa. Maksud saya handle budak sorang sorang macam ni. Tapi bagi saya yang tak pernah buat begitu dan sangat takut untuk berbuat begitu, saya sangat bersyukur dengan pencapaian baru saya hari ini. Terima kasih Allah. 

Sekarang 4.30 petang dan baru habis perjumpaan. Saya tunggu kejapla dalam setengah jam lagi baru saya gerak ambil anak anak soleh. Sebenarnya excited nak guna nak type guna laptop baru kahkah. Alhamdulillah. Okayla guys saya solat Asar dulu ya.

Kota Marudu, Sabah.

Tuesday, July 22, 2025

SUE'S BIRTHDAY & NEW LAPTOP!

Assalamu'alaikum WBT.

Banyak saya nak update hari ini. Yang pertamanya, happy birthday my ex warden partner, Susue! She just turned 31 guys. Satu umur Kakcik kakakku tapi Sue versi matang haha. Yang kedua, hari ini Abah bawa Muhammad pigi klinik check biji dan kudis di belakang kepala. Alhamdulillah dapat ubat sapu dan makan sebab kuman ba tu. Semoga cepat sembuh Muhammad. Yang ketiga, Najhan mungkin tak ngam dengan aircond sebab teruk sangat dia punya selesema dan kahak lagi lagi waktu malam dan pagi. Kesian nak tidur pun tak lena. Yang keempat, I GOT A NEW LAPTOP!!! 

Alhamdulillah atas rezeki ini. Sesungguhnya saya sangat sayang dengan laptop lama tapi apakan daya selepas terjatuh haritu, dia macam tak function dah. Awal awal masih okay walaupun macam sering mati masa guna. Tapi lepas itu terus tak boleh guna dah. Terima kasih laptop lamaku atas perkhidmatanmu lebih 8 tahun. Kau sangat membantuku selama aku belajar dan bekerja. Sekarang masih berfikir macam mana nak transfer dokumen penting dalam laptop lama ke yang baru. Jadi hari ini telah ku beli laptop baharu di Goshen kedai baru cawangan Karamunsing. 

Laptop baru brand Lenovo. Sebenarnya masa saya beli, saya lebih kisahkan dia punya function berbanding nama brand dia. Kalau ikut brand saya nak Acer la sebab saya memang pengguna tegar Acer dari awal dapat laptop 10 tahun lepas. Rosak yang dulu, beli baru pun Acer juga. Abah saya la yang belikan hihi. Jadi ini adalah first laptop yang saya beli guna keringat sendiri kunun hihi. Gigih ya ambil CRK sama sama dengan Abah Muhammad semata mata nak mencari laptop konon di Karamunsing. Sekali dah lambat dan rupanya ada kedai laptop di KM ni jadi beli di sini terus. 

Yang kelima, haha sambung lagi kan. Kami ada hantar hp saya ke kedai kemarin suruh dia check kamera sebab dah lebih 3 bulan kabur kan kamera belakang dia. Jadi dia tak dapat baiki sebab longgar dah kamera tu sebab kena hempas kali. Jadi dia try cari barang untuk ganti terus. Bajetnya dia cakap tak lebih RM150 dan dalam seminggu in shaa Allah dia contact kalau ada barang ganti dia la. Kalau tidak tengokla macam mana. Jadi itula sedikit sebanyak update untuk kali ini. Jadi hari ini adalah hari kami healing hiks. Makan shawarma Damascus, makan spageti di Pizza Hut dan minum air kelapa.

Kota Marudu, Sabah.

Monday, July 21, 2025

RAJA MENGGIGIT & BERJARUM


Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini kita bawa Raja Menggigit iaitu Muhammad Najhan ke klinik untuk berjarum. Namun disebabkan dia demam hari ini terpaksa la ditangguhkan dulu sehingga tarikh yang akan diberikan oleh nurse nanti. Jarum kali ini adalah jarum campak yang wajib diambil di Sabah. Mungkin di Kelantan tiada jarum ini. 

Gelaran yang saya bagi kepada anak soleh Adik si Muhammad ini bukanla omong kosong ya. Dia sangat suka menggigit sekarang apatah lagi gigi yang baru tumbuh adalah sangat tajam dan menyakitkan tanganku namun ku tahan juga demi kepuasan hatinya. Kalau kita tak bagi tangan kita dekat dia, pandai mengamuk dia. 

Dia tak tahu ke sakit sangat tangan Umi kena gigit macam itu. Sama juga dengan Abangnya dulu. Sakit! Tapi bersyukur la sebab sihat giginya in shaa Allah. Jadi kami berdating kejap dua orang dalam kereta sebelum ambil Abe di taska. Semoga Muhammad Najhan cepat sembuh. Semoga Wildan dan Najhan dijauhkan daripada apa apa penyakit dan kemudaratan. 

Kota Marudu, Sabah.

Friday, July 18, 2025

ANOTHER DATE AT SECRET RECIPE 💓


Jangan kecam guys! Haha tiber. Ini saja tempat yang paling romantik boleh dicari di Kota Marudu. Nak dating di Jamal Salim macam terbuka sangat kahkah. Jadi hari ini di sini kami mencari masa berdua kahkah. Abah Muhammad satu sesi hari ini sebab ada majlis penyerahan slip PPT. Jadi ambil la masa lepas Jumaat jalan jalan cari makan. 

Sempat kami video call dengan Umi dan Syahadah. Sebenarnya saya ada Google Meet dengan PPD berkaitan dengan PPGB 2.0 tapi takpela sambil sambil juga kan. Sebelum pergi sr, kami singgah dulu minum air kelapa dekat dengan Tamu. Satu kelapa RM4 penuh dengan air dan isi. Sangat sangat berbaloi. Lepas habis minum, minta dia buka kan untuk makan isi. 

Doakanla saya menjadi isteri solehah, sentiasa pakai pakaian yang sopan sebaiknya tudung labuh. Semoga saya menjadi seorang yang menyejukkan hati orang sekeliling dan memberi manfaat kepada orang lain. Tiber kan suruh doa bagai pula haha. Pape roger. Saya doakan yang sedang baca blog ini dipenuhi dengan positivity hidupnya dan sentiasa happy. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, July 13, 2025

PEACEFUL DAY 👁👁


Peaceful ke 👀 Hai assalamu'alaikum semua! Hari ini Umi rajin buat makaroni pagi pagi lagi lepas solat Subuh. Jam 6 pagi dah siap makaroni tersedia. Memasak ditemani anak anak soleh dan cerdik ini bukanla mudah haha tapi kita cuba. Sementara tunggu Abah balik dari masjid, Umi sempat la sediakan bahan bahan untuk memasak tapi nak buka api memasak tu tunggu Abah sampai dulu la. 

Hari ini punya makaroni cemerlang alhamdulillah. Kita letak isi ayam macam biasa buat guna chopper. Saya guna resepi Omma hiks. Wildan suka sangat sangat kalau makaroni goreng versi gini. Najhan pula makan dia punya bubur saya buat dari pagi lagi. Kesian dia tengok Abah, Umi dan Abang makan, dia pun nak makan juga. Abangnya lepas habis makaroni, dia makan bubur nasi Adik pula. 

Baby walker adalah benda penting sekarang ya sebab Najhan taknak baring. Dia nak bergerak gerak macam Abang dia juga naik basikal. Jadi memang setiap hari kami akan hantar dan ambil mereka di taska bawa baby walker tu. Penat sikit nak buka tutup tapi demi kesejahteraan semua di rumah, takpela korban sikit kahkah. Okayla sampai sini dulu coretan untuk kali ini. Bye!

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, July 10, 2025

TAKDOK KIJOAN


Assalamu'alaikum WBT.

Aduhai apala Abah ni mengajak naik motor sampai ke Sumbilingon sana. Memang la rutin petang lepas balik sekolah Abah selalu ajak naik motor keliling kampung. Suka la Muhammad tu. Tapi kali ini Abah ajak pergi jauh sikit. Lepas bulatan Popok terus je ke Jalan Sumbilingon. Memakai la semua tu helmet kecuali Najhan. 

Singgah kedai beli aiskrim dengan roti kering favorite saya dulu dulu. Abahnya dengan baju pengakapnya lagi haha. Saya pula berbaju kurung. Suka juga kan macam ini. Bukan selalu boleh jalan jalan naik motor. Muhammad dah macam legend kalau naik motor. Dia banyak lagi naik berbanding dengan Umi hiks. 

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, July 6, 2025

MUHAMMAD'S HOBBY


Assalamu'alaikum WBT.

Hai anda bersama saya lagi, Chef Muhammad Wildan dalam 'Satu Hari Satu Resepi', dan hari ini kita akan menggunakan kaedah baharu iaitu memasak atas basikal. Menu kita hari ini adalah ketam masak tomato. Hiks. Ini budak kalau boleh memasak, berair mulutnya kahkah. Hari ini dia dapat ilham baru pula iaitu memasak menggunakan bahan sebagai dapurnya. 

Lauknya itu itu jugala iaitu crab yang Ibu belikan untuk dia. Kuali dan senduk pun memang dikhaskan untuk dia. Special ya. Sebenarnya itu kuali yang kami beli masa mula mula masuk rumah baru dan memasak guna itu kuali la. Tapi bila Muhammad selalu guna untuk masak, jadi Abahnya rasa macam lugar haha. Jadi kami pun beli la kuali dan senduk baru.

Buatla apa yang kamu suka Muhammad. Mungkin lain hari lain dia punya minat. Selagi dia tunjuk minat memasak, kita raikan saja la. Cepat je dia membesar. Kadang kadang saya sebak tengok. Rasa macam baru saja dia belajar berjalan di rumah Kakda dulu. Sekarang dah berlari alhamdulillah. Suka suruh kejar dia sampai dalam bilik. Huaaa~

Kota Marudu, Sabah.

Friday, July 4, 2025

USTAZAH JADIAN 🐆

Budak sebelah aku tu selalu cakap dia ustazah jadian dan aku ustazah sebenar. Dia tak tahu yang aku lagi jadian dari dia kahkah. Jadinya ustazah ustazah jadian hari ini decided to wear jubah, against the rules haha. Hmm takpela asalkan menutup aurat. Doakanla kami menjadi ustazah yang sebenar benarnya ya. 

Hari ini saya hanya ada dua kelas dan dua dua kelas saya buat di bilik disiplin berdepan dengan bilik guru saja. Senang daku pantau. Malas nak jalan jauh jauh. Laptop kesayangan saya yang telah kumiliki hampir 8 tahun tiba tiba merajuk taknak hidup terus. Apa yang membelenggumu wahai laptop sehingga kau give up untuk terus hidup??? 

I need you to live my profession! Why are you sulking? Walaubagaimanapun saya sangat bersyukur kerana bahagian saya untuk AMC iaitu sijil sudah siap dengan cemerlangnya. Tapi macam mana dengan rph saya? Okayla sampai di sini dulu coretan mengarut untuk hari ini. Kita cuti dengan aman dulu. Nanti fikir balikla macam mana nak selesaikan. Bye! 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, July 3, 2025

GOOD JOB SYAHIRAH 🕯


Assalamu'alaikum WBT.

Hai semua. Hari ini telah selesai kerja saya yang tetap dan berpencen di sekolah ini iaitu bahagian sijil untuk Majlis Apresiasi Murid Cemerlang (AMC). Ini untuk tahun keempat sudah ya. Kenapa penyelaras program taknak edit nama ya dalam kertas kerja hua hua. Tapi yang penting saya bersama geng yang setia iaitu Neilda dan Elvy. Suka juga sebenarnya dapat tugas ini. Cuma dia penat sikit sebab tugas ini dia perlukan komitmen kita sebelum dan pada hari kejadian juga. 

Selama 4 tahun majlis AMC, tidak pernah kami berada di depan ya menikmati majlis sebab menguruskan sijil di belakang tabir. Nak kena susun sijil ikut nama yang dipanggil, nak kena atur pemegang tray lagi untuk ke depan bagi sijil kepada pentadbir di atas pentas. Saya cakap ini bukanla dalam nada mengeluh ya kawan kawan, cumanya kalau sesiapa selepas ini kena buat bahagian sijil, tahu jugala skop tugas kahkah. Sekadar perkongsian saja la. 

Saya suka part edit sijil guna excel dan print. Macam satu kepuasan pula bila buat semua itu. Masalahnya adalah bila nak mula kahkah. Nak dapat kekuatan untuk start sesuatu pekerjaan adalah satu perjuangan ya. Jadi itula sedikit sebanyak. Dalam 4 jam jugala kami di belakang tabir. Yang saya tengok semakin lama kami menguruskan sijil, semakin minimum la kesalahan yang dilakukan alhamdulillah. Semoga kami semua makin improve di masa depan.

Kali ini saya buat part pbd macam tahun tahun sebelum ini juga dan yang lawaknya part inila paling banyak. Tapi bila tengok hasil akhir dia, rasa puas hati dengan cover sijil sekali memang kemasla penyelaras tahun ini. Apapun terima kasih kepada ketua kami Elvy dan juga rakan seperjuangan Neilda kerana banyak membimbing. Kami pun sama sama belajar juga. Tahun depan tak tahu la kalau ada perubahan tugas ke. Bye!

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, July 2, 2025

GWS NAJHAN


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini Umi masuk lambat sekolah sebab hantar ini budak ke klinik. Nasib baik Abah sesi petang. Boleh la teman sekali pigi klinik. Alkisahnya pagi tadi saya pergi hantar anak anak soleh ini ke taska macam biasa la. Sekali pengasuh suspek Najhan ada hfmd sebab ada banyak bintik merah sekali dengan hidung dia kacam berkudis belah dalam dan berair. 

Jadi Wildan saya tinggalkan di taska dulu. Balik rumah ambil Abah, sempatla Najhan makan ubi manis dulu hiks. Marah ni kalau Tokmi tahu. Okay sambung cerita. Bila consult dengan doktor, rupanya bintik merah itu terhasil daripada air dari hidungnya. Macam gitula lebih kurang. Tapi yang merisaukan dia macam makin merebak. Doakan ya. 

Umi masuk sekolah jam 11.20 pagi. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kalut lagi tu menguruskan sijil masukkan dalam folder. Bersyukur sangat sebab dah siap buat semuanya. Tinggal masukkan dalam folder saja. Itupun saya minta budak buat la. Tapi saya dah cakap awal awal saya nak kekemasan. Taknak yang main letak saja. 

Kota Marudu, Sabah.