Assalamu'alaikum WBT.
Hai semua! Salam hari Rabu. Hari ini ada perjumpaan kokum dan agenda utama adalah untuk berbincang tentang perkhemahan yang bakal diadakan lagi dua minggu. Jadinya, guru PPIM semuanya ada 4 orang iaitu guel, Ustazah Roziah, Teacher Jovinah dan Cikgu Ira.
Akan tetapi semuanya tidak available hari ini kerana terlibat dengan kelas tambahan dan sebagainya. Jadi tinggal la daku keseorangan menghandle kunun. Awalnya saya nervous juga sebab ada ub lain juga dekat kami. Tapi alhamdulillah Allah beri keberanian.
Tapi berani berani pun begitu juga la aku haha. Semoga apa yang disampaikan tadi dapat masuk la dalam kepala budak budak tu. Susah ya nak jaga walaupun perempuan doang. Terima kasih Aveney tolong gambar. Nasib baik ingat nak gambar untuk opr.
Selain tu kami buat pemilihan ajk. Alhamdulillah dipermudahkan. Saya lapar sangat sebab tak makan nasi lagi dan hanya makan telur rebus 2 biji dengan minum air teh panas tadi pagi. Tengokla kalau ada mood saya bakar ayam kejap lagi in shaa Allah.
Sebenarnya mungkin bagi orang lain, benda ini biasa. Maksud saya handle budak sorang sorang macam ni. Tapi bagi saya yang tak pernah buat begitu dan sangat takut untuk berbuat begitu, saya sangat bersyukur dengan pencapaian baru saya hari ini. Terima kasih Allah.
Sekarang 4.30 petang dan baru habis perjumpaan. Saya tunggu kejapla dalam setengah jam lagi baru saya gerak ambil anak anak soleh. Sebenarnya excited nak guna nak type guna laptop baru kahkah. Alhamdulillah. Okayla guys saya solat Asar dulu ya.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment