Assalamu'alaikum WBT.
Hai semua. Hari ini telah selesai kerja saya yang tetap dan berpencen di sekolah ini iaitu bahagian sijil untuk Majlis Apresiasi Murid Cemerlang (AMC). Ini untuk tahun keempat sudah ya. Kenapa penyelaras program taknak edit nama ya dalam kertas kerja hua hua. Tapi yang penting saya bersama geng yang setia iaitu Neilda dan Elvy. Suka juga sebenarnya dapat tugas ini. Cuma dia penat sikit sebab tugas ini dia perlukan komitmen kita sebelum dan pada hari kejadian juga.
Selama 4 tahun majlis AMC, tidak pernah kami berada di depan ya menikmati majlis sebab menguruskan sijil di belakang tabir. Nak kena susun sijil ikut nama yang dipanggil, nak kena atur pemegang tray lagi untuk ke depan bagi sijil kepada pentadbir di atas pentas. Saya cakap ini bukanla dalam nada mengeluh ya kawan kawan, cumanya kalau sesiapa selepas ini kena buat bahagian sijil, tahu jugala skop tugas kahkah. Sekadar perkongsian saja la.
Saya suka part edit sijil guna excel dan print. Macam satu kepuasan pula bila buat semua itu. Masalahnya adalah bila nak mula kahkah. Nak dapat kekuatan untuk start sesuatu pekerjaan adalah satu perjuangan ya. Jadi itula sedikit sebanyak. Dalam 4 jam jugala kami di belakang tabir. Yang saya tengok semakin lama kami menguruskan sijil, semakin minimum la kesalahan yang dilakukan alhamdulillah. Semoga kami semua makin improve di masa depan.
Kali ini saya buat part pbd macam tahun tahun sebelum ini juga dan yang lawaknya part inila paling banyak. Tapi bila tengok hasil akhir dia, rasa puas hati dengan cover sijil sekali memang kemasla penyelaras tahun ini. Apapun terima kasih kepada ketua kami Elvy dan juga rakan seperjuangan Neilda kerana banyak membimbing. Kami pun sama sama belajar juga. Tahun depan tak tahu la kalau ada perubahan tugas ke. Bye!
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment