Jangan kecam guys! Haha tiber. Ini saja tempat yang paling romantik boleh dicari di Kota Marudu. Nak dating di Jamal Salim macam terbuka sangat kahkah. Jadi hari ini di sini kami mencari masa berdua kahkah. Abah Muhammad satu sesi hari ini sebab ada majlis penyerahan slip PPT. Jadi ambil la masa lepas Jumaat jalan jalan cari makan.
Sempat kami video call dengan Umi dan Syahadah. Sebenarnya saya ada Google Meet dengan PPD berkaitan dengan PPGB 2.0 tapi takpela sambil sambil juga kan. Sebelum pergi sr, kami singgah dulu minum air kelapa dekat dengan Tamu. Satu kelapa RM4 penuh dengan air dan isi. Sangat sangat berbaloi. Lepas habis minum, minta dia buka kan untuk makan isi.
Doakanla saya menjadi isteri solehah, sentiasa pakai pakaian yang sopan sebaiknya tudung labuh. Semoga saya menjadi seorang yang menyejukkan hati orang sekeliling dan memberi manfaat kepada orang lain. Tiber kan suruh doa bagai pula haha. Pape roger. Saya doakan yang sedang baca blog ini dipenuhi dengan positivity hidupnya dan sentiasa happy.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment