Sunday, July 6, 2025

MUHAMMAD'S HOBBY


Assalamu'alaikum WBT.

Hai anda bersama saya lagi, Chef Muhammad Wildan dalam 'Satu Hari Satu Resepi', dan hari ini kita akan menggunakan kaedah baharu iaitu memasak atas basikal. Menu kita hari ini adalah ketam masak tomato. Hiks. Ini budak kalau boleh memasak, berair mulutnya kahkah. Hari ini dia dapat ilham baru pula iaitu memasak menggunakan bahan sebagai dapurnya. 

Lauknya itu itu jugala iaitu crab yang Ibu belikan untuk dia. Kuali dan senduk pun memang dikhaskan untuk dia. Special ya. Sebenarnya itu kuali yang kami beli masa mula mula masuk rumah baru dan memasak guna itu kuali la. Tapi bila Muhammad selalu guna untuk masak, jadi Abahnya rasa macam lugar haha. Jadi kami pun beli la kuali dan senduk baru.

Buatla apa yang kamu suka Muhammad. Mungkin lain hari lain dia punya minat. Selagi dia tunjuk minat memasak, kita raikan saja la. Cepat je dia membesar. Kadang kadang saya sebak tengok. Rasa macam baru saja dia belajar berjalan di rumah Kakda dulu. Sekarang dah berlari alhamdulillah. Suka suruh kejar dia sampai dalam bilik. Huaaa~

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment