Assalamu'alaikum WBT.
Banyak saya nak update hari ini. Yang pertamanya, happy birthday my ex warden partner, Susue! She just turned 31 guys. Satu umur Kakcik kakakku tapi Sue versi matang haha. Yang kedua, hari ini Abah bawa Muhammad pigi klinik check biji dan kudis di belakang kepala. Alhamdulillah dapat ubat sapu dan makan sebab kuman ba tu. Semoga cepat sembuh Muhammad. Yang ketiga, Najhan mungkin tak ngam dengan aircond sebab teruk sangat dia punya selesema dan kahak lagi lagi waktu malam dan pagi. Kesian nak tidur pun tak lena. Yang keempat, I GOT A NEW LAPTOP!!!
Alhamdulillah atas rezeki ini. Sesungguhnya saya sangat sayang dengan laptop lama tapi apakan daya selepas terjatuh haritu, dia macam tak function dah. Awal awal masih okay walaupun macam sering mati masa guna. Tapi lepas itu terus tak boleh guna dah. Terima kasih laptop lamaku atas perkhidmatanmu lebih 8 tahun. Kau sangat membantuku selama aku belajar dan bekerja. Sekarang masih berfikir macam mana nak transfer dokumen penting dalam laptop lama ke yang baru. Jadi hari ini telah ku beli laptop baharu di Goshen kedai baru cawangan Karamunsing.
Laptop baru brand Lenovo. Sebenarnya masa saya beli, saya lebih kisahkan dia punya function berbanding nama brand dia. Kalau ikut brand saya nak Acer la sebab saya memang pengguna tegar Acer dari awal dapat laptop 10 tahun lepas. Rosak yang dulu, beli baru pun Acer juga. Abah saya la yang belikan hihi. Jadi ini adalah first laptop yang saya beli guna keringat sendiri kunun hihi. Gigih ya ambil CRK sama sama dengan Abah Muhammad semata mata nak mencari laptop konon di Karamunsing. Sekali dah lambat dan rupanya ada kedai laptop di KM ni jadi beli di sini terus.
Yang kelima, haha sambung lagi kan. Kami ada hantar hp saya ke kedai kemarin suruh dia check kamera sebab dah lebih 3 bulan kabur kan kamera belakang dia. Jadi dia tak dapat baiki sebab longgar dah kamera tu sebab kena hempas kali. Jadi dia try cari barang untuk ganti terus. Bajetnya dia cakap tak lebih RM150 dan dalam seminggu in shaa Allah dia contact kalau ada barang ganti dia la. Kalau tidak tengokla macam mana. Jadi itula sedikit sebanyak update untuk kali ini. Jadi hari ini adalah hari kami healing hiks. Makan shawarma Damascus, makan spageti di Pizza Hut dan minum air kelapa.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment