Tuesday, July 29, 2025

MUHAMMAD NAJHAN: 7 MONTHS OLD

Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini Muhammad Najhan genap umurnya 7 bulan alhamdulillah. Budak botak ini sekarang kurang sihat. Doakan ya semoga Muhammad Najhan cepat sembuh dan sihat seperti sediakala atau lebih sihat in shaa Allah. Bila anak tak sihat, tidak satu saat pun Umi tak risau. Hati Umi sentiasa tak tenang dan rasa serabut. Tapi kena percaya ada hikmahnya di setiap sesuatu. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. 

Budak ini sekarang macam nak start merangkak sudah alhamdulillah. Benda favorite yang dia suka capai adalah selipar jepun Abah yang digunakan selepas ambil wuduk. Geram betul Umi. Punya banyak benda lain itu juga yang dia minat. Dia juga suka gigit puting Umi. Geram!!! Makin kita menjerit sakit, makin dia suka ya gelak gelak. Taknak duduk di carseat lama lama. Mungkin sebab dia masih menyusu badan, dia sentiasa nak kena pegang dalam kereta. 

Banyak la ragam si Najhan ni. In shaa Allah Najhan anak soleh, baik, sihat dan kuat ya. Umi doakan semoga anak anak Umi, Muhammad Wildan dan Muhammad Najhan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT sentiasa. Semoga mereka sentiasa menjadi penyejuk hati Abah dan Umi serta orang sekeliling dan memberi manfaat kepada orang lain. Semoga mereka menjadi anak anak yang baik, soleh, pintar, tenang, kuat, sihat dan penuh dengan kasih sayang. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment