Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini hari Khamis, 24 Julai 2025 hari gaji kahkah. Sekarang 7.58 pagi dan saya di sekolah menunggu masa untuk masuk ke kelas pertama untuk hari ini iaitu pada 8.10 pagi kelas 1 Berlian. Apala yang nak diajar kejap lagi. Okay point utama saya buat blog hari ini adalah untuk menunjukkan penampilan baru Upin dan Ipin versi Sabahan atau lebih dikenali sebagai Abe dan Adik hihi.
Okay cerita sebenarnya adalah botakkan mereka bukan niat utama kami. Muhammad ada kudis di belakang kepala dia dan susah nak sapu ubat. Jadi kami pun beli la mesin rambut dan nak pendekkan rambut bahagian kudis la. Sekali Abah terlupa letak mata ke apa dekat mesin dan terus srush srush, BOTAK!!! Jadi alang alang tu botakkan terus. Hihi sorry Abah, Umi kantoikan.
Adik pun kami libatkan sekali haha. Jadi botakla dua dua anak soleh cerdik sihat baik ini. Alhamdulillah dua dua memberi kerjasama yang padu semasa proses pembotakan. Terkejut Mama dan Nenek tengok tadi haha. Tapi hikmah botak tu adalah baru nampak bahawa teruk rupanya belakang kepala Muhammad. Kalau habis ubat pun belum baik, kena bawa check lagi. Doakan.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment