السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dua tiga minggu ni adikku Shin beria buat komik. Dari dulu lagi dia selalu buat komik dan habiskan kertas A4 Abah Umi kahkah, tapi tak pernah complete. Tapi alhamdulillah di kala umurnya 14 tahun, dia berjaya siapkan satu komik ringkas. Sekarang dalam proses coloring pula.
Boleh tahan menarik jugalah jalan cerita dia. Gigih dia fikir plot twist semua. Haha lawaknyalah. Saya dan Syadah jadi mangsa kena colorkan dia punya komik. Kadang kadang saya layan juga sebab kesian sangat nampak merayu nak suruh color haha.
Komik ni dia bagi nama Fast Man. Superhero lah katakan. Sekarang dia tengah fikir nak buat komik kedua pula. Namanya dah ada iaitu Ninja Tiger. Tak tahu lah macam mana tu. Hmm okaylah. Bye!
P/S: Penasihat tegar dia adalah Syadah. Plot twist semua mereka bincang sekali. Siap je komik, Syadah yang dia bagi baca dulu.
24 July 2021 (12.45 PM)
Atas katil bilikku.
Ohh Syadah tu kakak kesayangan dia eh?
ReplyDeleteAlhamdulillah ..Syukur kerana di anugerahkan seorang adik yang cukup istimewa..serba boleh..semoga Ahmad Mukhlisin berjaya untuk dunia dan akhirat...jadilah Kakak yang boleh jadi pendorong kepadanya supaya terus maju ke depan...suatu hari nanti dia akan rasa betapa berharganya dia kerana ada kakak yang cukup mengambil berat akan dirinya..jasamu akan dikenang dalam doanya...percayalah..
ReplyDelete