Thursday, June 30, 2022
Wednesday, June 29, 2022
BERIYA BETUL SI EMANNUEL
Setelah hampir 2 bulan berjanji dengan si Beyjent untuk belanja dia aiskrim, hari ini telah saya tunaikan janji saya. Disclaimer: Bukan saya yang buat janji itu. Beyjent yang minta aiskrim dengan saya dan saya cakap nantilah. Sejak hari itu dia sentiasa menuntut aiskrim dari saya. Penat betul dengar.
Namun saya tengok tadi, yang paling beriya adalah si Emmanuel, budak panas baran yang comel kahkah. Semua dalam gambar di atas adalah pelajar form 5. Mereka sedang prep tadi di dewan makan. Saya ganggu sekejap. Tapi saya senang hati tengok mereka gembira makan aiskrim.
Kalau ada rezeki lagi saya akan beli lagi untuk mereka. Sebenarnya ada roti gardenia juga untuk makan dengan aiskrim tapi sudah dihabiskan awal awal lagi oleh budak budak lelaki bertuah itu. Jadi yang perempuan hanya makan aiskrim saja. Itupun mereka happy betul.
Rumah Basirah,
Kota Marudu Sabah.
HAPPY BIRTHDAY IMAN 💞
Rasa macam baru saja Iman dilahirkan ke dunia ini. Rupanya 5 tahun sudah. Selamat hari lahir Iman yang ke-5! Semoga sentiasa menjadi anak buah ku yang baik, pemurah dan solehah. Kalau bab bercakap dia lah yang nombor 1. Kesian adik dia kalau try nak bercakap memang kena overshadow oleh kakaknya haha. "Kakak biar Abdurahman oyak dulu ko Mama Sya". Itulah ayat si Abdurrahman. Comel kan?
AQILLAH KAKAK SI AKIM
Ouh ini rupanya kerja kau dalam kelas ya Aqillah. Hihi gurau saja. Hari saya gambar dia ni dia selesema dan sakit kepala. Tapi sudah dia bagi kebenaran sama saya untuk upload ni gambar di sini. Sporting kan kahkah. Dia pelajar baru di sini. Baru pun lama sudah lah dalam 3 ke 4 bulan. Dia duduk di asrama. Bagus juga dia punya bacaan Quran dan Iqra. Lancar juga. Itu yang saya bagi dia ajar kawan kawan lain.
Susah juga mau control pelajar yang ramai sendirian. Bukan semua saya sempat dengar. Tapi saya akan pastikan saya dengar bacaan semua pelajar asrama di surau sebelum habis tahun ni. Okay saya ada kelas sekarang. Saya tengah tunggu Chien fotostat saya punya lembaran kerja. Okay bye.
Kota Marudu, Sabah.
GURU PENYAYANG HARI TIGA
Maka lengkaplah kami semua dengan baju unit beruniform masing masing. Yeah! Sebenarnya ada lagi Cikgu David dan Cikgu Sabinus tapi mereka belum ada time kami bergambar. Tapi yang penting kamu tahu durang pakai juga baju uniform harini. Hihi. Cikgu Meijil, Neilda, Elvy, Cikgu Sabinus dan Cikgu David pengakap, Kakda kadet polis, Cikgu Vediana kadet bomba dan saya Puteri Islam.
Kota Marudu, Sabah.
KE PEKAN BERSAMA ELVY, NEILDA DAN BASIRAH
Alkisah lepas sekolah kemarin, saya, Elvy, Basirah dan Neilda ke pekan untuk beli barang keperluan. Tapi singgah dulu dekat pasar tamu sebab Elvy dengan Neilda nak beli uniform pengakap. Lama juga lah kami di sana sebab upah jahit aksesori lagi dan Neilda nak pendekkan sikit seluar dia.
Jadi dalam jam 5 kami gerak ke Servay Mall. Di situlah saya membeli hadiah untuk pelajar saya. Lama dah saya janji siapa dapat paling tinggi exam PAI saya akan bagi hadiah. Jadi saya beli lah semalam. Saya beli gula gula juga untuk pelajar kelas saya. Lepas habis di Servay kami ke Tealive. Saya beli strawberry pudding smoothie. Best giler!
Lepas tu baru kami balik. Lambat juga lah kami balik dalam jam 6.30 petang. Maghrib sudah. Saya yang drive all the way balik hihhi. Elvy yang suruh. Bukan saya memandai mandai kahkah. Okaylah bye. Saya mau fotostat nota untuk form 3 Berlian. Sekian. Assalamu'alaikum.
Kota Marudu, Sabah.
Monday, June 27, 2022
AKIM SI BUDAK MONTEL
Khusyuk betul Akim buat kerja eh. Walaupun pakai tuala saja di bawah tu tetap dia fokus. Bagus juga dia ni. Tiada dia merungut kena buat kerja ataupun ada kerengga ke. Berdikari betul walaupun baru tingkatan 1. Kenapa dia pakai tuala? Tiada seluar katanya. Semua kena basuh dan masih basah. Aduhai anak~
SAMAK MEJA DEWAN MAKAN 🤮
Dasar anjing dia limpang atas meja dewan makan. Terpaksa lah samak 6 biji meja. Nasib ada pelajar non muslim tolong buat juga. Tapi padan muka aspuri ni sebab tak tutup pintu. Adui~ Gigih betul naik bukit ambil tanah sana. Si Elny 2 Permata ni rajin betul buat kerja. Nampak dia ikhlas betul buat kerja ni semalam. Sama juga masa hias kelas tu hari. Nantilah ada masa saya bagi hadiah penghargaan.
NOTA PALING KREATIF
Baik ke tidak ustazah bagi hadiah dekat pelajar. Ceritanya saya suruh durang buat nota mengikuti kreativiti masing masing. Yang paling cantik dan kreatif saya akan bagi hadiah. Jadi semua ketiga tiga kelas sudah saya kasi hadiah cuma tiada gambar. 2 Intan & Permata saja saya sempat gambar. Itu pun si Adhwa yang tolong kahkah.
Comel kan durang? Dari kiri Radsmill, Izwan, Hamiz, Fadzle dan Zikri. Antara pelajar saya yang bagus. Mereka ni lah. Semoga mereka happy dengan hadiah yang saya bagi. Sudah durang makan tadi dalam kelas kahkah. Sila tengok tulisan di papan putih tu cantik ke tidak. Tulisan saya lah tu. Sekian.
Kota Marudu, Sabah.
Sunday, June 26, 2022
MEJA SAYA DI BILIK GURU
Saya tahu meja saya ni sendu. Tapi masa awal awal dulu lagi sendu dek. Sedih betul. Ni ada juga lah lukisan saya letak. Walaupun tu hasil tangan pelajar yang subjek Basirah ajar, saya tetap kebas dan letak di board saya kahkah. Terima kasih Basirah. Lagipun tu hasil kerja pelajar 2 Permata. Anak anak saya juga hihhi. Ada lah sikit warna warni kehidupan saya lekat di board tu. Kalau dulu kosong saja. Dahlah warna meja tu memang dah kelabu pucat. Saya excited setiap kali masuk bilik guru sebab nak tengok meja. Kita kan memang ada perasaan kalau tempat tu kemas dan hasil tangan kita. jadi selalu nak tengok. Macam kelas saya juga. Lepas siap proses ceriakan kelas semalam, setiap 2 minit rasa nak tengok kelas tu haha.
Begitu juga dengan bilik tidur saya. Kalau keluar dengan bilik kemas, rasa senang hati sepanjang hari dan excited bila balik. Almari pun sama. Kalau full dengan baju dan tudung yang dah bergosok rasa nak tengok selalu. Sekian. Alkisahnya semalam saya sudah siap gosok semua baju kurung dan tudung mengajar. Saya isi semua botol dengan air alang alang ada air paip semalam. Saya kemas rumah dan bilik saya. Saya basuh semua pinggan mangkuk bekas yang ada di sinki. Senang hati betul saya tidur semalam. Alhamdulillah. Saya tidur semalam dekat jam 2 pagi. Sebelum tidur saya mandi dulu. Rare betul Syahirah mandi sebelum tidur. Hihi.
Sekarang saya di bilik guru, dengar lagu Sumandak Sabah sambil makan whipped potato KFC. Sepatutnya saya cari bahan untuk mengajar besok. Semoga Allah memberi saya kerajinan untuk menyiapkan segala benda yang perlu dibuat dengan secepat mungkin dan cemerlang. Ouh semalam masa saya isi air dalam botol tiba tiba mati karan. Dahlah saya satu urang di rumah. Elvy dan Sue di rumah Cikgu Sabinus cuci kain. Terhenti sekejap jantung saya semalam. Habis semua benda saya tersepak masa cari jalan ke bilik haha. Kalut betul. Nasib saya buka lagu. Kalau tak mesti sunyi. Tapi sekejap saja mati karan, dalam 30 saat.
Kota Marudu, Sabah.
RUTINKU DI SURAU TAN2
Dasar si Isha ambil gambar aku. Candid tak candid haha. Bidak betul. Jadi begitulah kehidupanku setiap malam di surau Al-Khair. Pantau pelajar solat Maghrib dan Isyak. Kalau saya boleh solat, saya solat berjemaah sekali lah. Rugi pula kalau sudah di surau, pantau saja. Dapat juga pahala solat berjemaah. Ya ke idak?
Setiap kali lepas solat Maghrib, semua pelajar asrama Muslim ni akan baca surah lazim dari Ad-Dhuha sampai An-Nas. Lepas tu mereka bentuk kumpulan yang baca Al-Quran dan Iqra. Jadi masing masing baca kecuali Iqra satu orang baca yang lain ikut. Jadi saya akan pantau lah bacaan pelajar yang mana sasya sempat lah.
Mereka dekat 100 orang juga. Jadi mana lah sempat saya nak dengar semua. Nasib baik ada si Basirah. Boleh juga tolong dengar bacaan pelajar dan tukang tolong marah pelajar kahkah. Kesian dia. Basirah baru balik dari UPSI. Konvo dek kau hado? Saya punya konvo bulan 8 tapi itulah. Saya hanya tengok kawan saya konvo dari jauh lah kahkah.
Okay berbalik kepada cerita surau tadi, masuk saja waktu Isyak terus mereka azan dan solat. Lepas tu balik asrama dan prep. Saya pun balik bilik dan tidur hihhi. Itulah rutin saya setiap hari di surau TAN2 ni. Kadang kadang Ustaz Hazmin datang pantau juga di surau. Kalau tidak ustaz tengok di cctv saja. Haa canggih ke tidak ketua warden ni? Haha.
Kota Marudu, Sabah.
Saturday, June 25, 2022
MENCERIAKAN 2 PERMATA
SEBELUM
SELEPAS
GENG MENCERIAKAN KELAS
NASIBKU
Alhamdulillah setelah beberapa bulan bertangguh, bersusah hati dan disindir diperli sebab kelas tidak ceria, akhirnya saya dan geng 2 Permata berjaya menceriakan kelas hari ini. Banyak juga perkara yang kami selesaikan. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah 💞
Jadi saya harap semua pelajar saya dapat belajar dengan lebih bersemangat dan sentiasa ceria seiring dengan kelas. Untuk makluman, kelas saya pernah dapat markah tercorot. Sedih ke tak? Sedih lah dek. Saya kesian pelajar saya lah. Mereka semangat tapi tiada bahan untuk hias.
Tadi lepas siap hias sempat mereka menjamu aiskrim dan roti. Asalnya saya beli untuk si Beyjent and the gang tapi saya geram betul semalam. Mereka main handphone masa mengaji. Jadi saya batalkan niat. Baik saya bagi aiskrim dekat pelajar saya yang bagus kahkah.
Kelas tu tinggal nak penuhkan sudut mata pelajaran saja. Itu saja tempat yang nampak kosong. Yang lain okay sudah. Saya rancang nak letak macam permainan depan kelas yang ada meja tu. Tapi mereka takut kena curi. Hmm. Apakah yang patut dibuat?
Terima kasih kepada semua yang meluangkan masa untuk hias kelas. Adhwa, Izwan, LC, Elny, Cherlyvia, Eldy, Asiah, Satiah, Wara, Azzira dan Firdaus walaupun dia kelas 2 Zamrud kahkah. Ada yang pelajar luar dan ada pelajar asrama.
Kota Marudu, Sabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)