Saturday, June 18, 2022

DIANA JOINS THE GROUP

Ke Kupang lagi kita hari ini. Kali ini kami bawa Diana. Satu satu orang kami bawa untuk perkenalkan Kupang. Tapi saya kurang puas hati dengan makanan yang saya order harini iaitu nasi goreng ikan masin. Saya expect sedap macam saya biasa beli lah. Kalau yang paling best pernah saya makan yang selain Umi saya buat ialah di Cafe HS di UIA. Sedap giler! Ayam banyak, tiada sayur dan tiada pedas. Hmm rindu betul dekat UIA. Rasa macam mimpi pernah belajar dekat sana. Okay back to the point.

Jadi bila saya try Kupang punya nasi goreng ni, hmm tak puas hati dek. Saya bagi 2/10. 1 untuk effort dan 1 lagi sebab nasi dia boleh telan lah. Tak adalah teruk sangat cuma tak sama macam saya sangka. Kosong betul. Tak ada rasa sangat. Ini bukan mengumpat kan, review saja kan kahkah. Diana order nasi putih dan tomyam seafood. Dia kata kurang kick sebab dia expect lagi pedas. Basirah sama macam saya dan Kakda nasi putih separuh, kailan ikan masin yang tiada rupa kailan ikan masin dan sotong buttermilk pedas. 

Tapi alhamdulillah kenyang. Terima kasih Allah atas segala nikmat-Mu yang tak terkira ini. Sekarang misi membawa Neilda ke Kupang. Tapi saya rindu betul dengan seafood di KK, Pasar Philipine. Memang sangat sangat sedap tak tipu. Memang saya confirm akan paksa Kakda singgah sana bila sampai KK. Hihhi. Jangan marah ah Kakda. Kakda dengan Basirah pun suka hidangan di sana. Harga pun tak mahal sangat. Kira berbaloi lah dengan kuantiti dan kualitinya. Begitu.

Bilik guru TAN2.
Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment