Sue, kawan baruku yang ganas dan jajal. Tapi hatinya baik. Inilah Sue sepupu unduk ngadau kaamatan 2022 yang saya pernah sebut itu hari. Dia selalu usik saya si Sue ni. Haha. Tapi dia banyak juga bimbing saya. Selalu betulkan cara saya duduk. Macam kakak kakak lah.
Lagipun memang Sue tua 3 tahun dari saya. Banyak pengalaman lebih lagi dalam pengurusan asrama sebab dulu pun dia pelajar asrama. Jadi pandailah dia handle aspura aspuri berbanding saya yang tak pernah ada pengalaman duduk asrama tapi kena jadi warden jaga anak anak asrama yang macam macam perangainya.
Jadi Sue banyak juga tolong saya. Ustaz Hazmin cakap Sue ni future leader. Ya betul lah tu memang tidak dinafikan lagi. Dia ada ciri ciri tu. Dia juga aktif betul sukan. Sekarang jadi SU sukan sekolah. Kalau di asrama dia bahagian kokum lah. Memang ngam betul dengan Sue.
Kalau dengan pelajar tegas betul dia. Tapi dengan saya dan kawan kawan lain pandai pula Sue ni main main haha. Sekejap saja masa yang diperlukan untuk kami rapat walaupun baru saja kenal beberapa bulan. Mula mula memang awkward sikit. Tapi Sue pandai bercakap dan menegur. Sekarang dia lah antara insan yang penting bagi saya di Sabah ni. Hihi.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment