Saya mula mengajar di sekolah ini dengan muka senyum, tidak tegas dan tidak garang. Sesungguhnya saya sangat menyesalinya sekarang. Saya tahu benda tu boleh diubah, boleh jadi garang dan jadi tegas tapi mungkin mengambil sedikit masa dan effort. Masalah ni meruncing bila saya mengajar form 3. Dengan jumlah yang ramai dan semuanya dengan perangai masing masing dan suara yang kuat, susah betul saya mahu lawan. Saya tak salahkan 100% dekat mereka, mungkin cara saya mengajar tidak cukup untuk buat mereka fokus dan tertarik. Tapi hormat mereka pada saya juga tidaklah setinggi mana. Mungkin sebab saya muda lagi sebaya dengan abang kakak mereka. Atau juga sebab saya tidak garang. Apa yang saya patut buat?
Saya ada buat research cara untuk kawal kelas yang bising, tanya guru guru di sekolah ni dan juga tanya Umi saya. Mereka sangat supportive. Bagi beberapa cadangan yang saya boleh gunakan dalam kelas. Bila terfikir saya ada kelas dengan students ni, terus mood saya hilang dari happy ke muram. Apa yang saya belajar masa universiti dulu, pedagogi dan cara kawal kelas tidak boleh apply sekarang. Tidak sesuai. Jadi apa yang saya patut buat?
Saya ada ubah cara saya mengajar beberapa kali namun mungkin belum berkesan lagi untuk mereka. Sekarang masuk bulan ke-3 saya mengajar. Saya masih dalam proses belajar. Saya sentiasa positifkan diri saya, saya boleh berubah sedikit demi sedikit. Jadi sedikit tegas dan garang. Doakan saya. Semoga saya terus kuat dan tidak lemah semangat untuk mengajar. Kawan saya si Aveney ada bagitahu dia terpaksa terjerit jerit dalam kelas. Panggil nama budak tu supaya diam. Mungkin boleh buat peraturan. Umi saya suruh saya tanya pelajar, mereka nak belajar dengan cara macam mana.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment