8 tahun sudah berlalu zaman spm ku. Di kala baby cheek aku masih wujud. Di saat aku stress kerana dipaksa belajar kahkah. Di saat aku masih memberontak hihhi. Tapi saya anak yang baik. Walaupun result spm ku tidak secemerlang mana pun, tapi tetap ku teruskan hidup. Yalah nak dibandingkan dengan kakak dan adik perempuanku, mereka best student sekolah batch mereka. Begitu.
Gambar di atas kenangan bersama kawan kawan dan guru kami, Sir Khaimerol yang telah menghadap Ilahi kerana virus covid tahun lepas. Kami bergambar di kfc, lepas ambil result spm. Saya datang dengan Umi dan Syahadah. Kawan kawan saya datang dengan sir. Sir belanja dek. Kau hado? Tapi yang saya punya Umi yang bayarlah. Hihi.
Sekarang kawan kawan saya semua dah bekerja. Lama betul saya tak jumpa mereka. Yang saya jumpa Rajni, Rabiatul dan Sabrina saja. Orang lain memang dari lepas spm tak pernah jumpa kecuali ada lah yang terserempak. Itu pun kenal tak kenal. Tambah lagi saya di Sabah memang susah betul mau jumpa kawan kawan saya.
Sekejap saja masa berlalu kan. Pejam celik pejam celik 8 tahun dah spm lepas. Semua dah dewasa dan kerja. Allahu kalau fikir lama lama jadi sedih. Manfaatkanlah masa masa anda sekarang. Semua tu tak boleh dilalui balik setelah ia berlalu. Sedih! Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Allahumma aamiin.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment