GURAUAN, tiga gabungan perayaan yang disambut sekali iaitu hari guru, hari raya dan hari kaamatan. Sangat meriah, dengan kehadiran pengarah dan pegawai PPD, pengetua sekolah lain, guru guru sekolah dan semua pelajar TAN2. Majlis mula jam 7 pagi di dewan besar sekolah. Ada banyaklah agendanya dan syukur semuanya berjalan dengan lancarnya. Dapat tengok tarian sumazau, tarian raya dan nyanyian dari pelajar dan juga guru. Ada juga pengarah PPD nyanyi.
Setiap kelas disediakan booth di luar dewan dan kena sediakan makanan lah untuk pelajar kelas. Saya keluarkan duit saya 100% sebab kekangan duit dalam kalangan pelajar kelas. Tapi saya ada lah pesan last minute kalau mereka boleh bawa makanan dari rumah dan alhamdulillah dapat sambutan meriah juga ya. Tidak saya sangka. Ada kek, nasi goreng, air kotak, kuih muih dan sebagainya.
Ada sesi penyampaian hadiah anugerah khas guru. Ada 4 kategori dan guess what? Saya menang salah satu kategori kahkah. Biar betul. Kategori guru idola Cikgu Sabinus dan Aveney, guru paling tegas Ustaz Hazmin dan Cikgu Erlinda, guru paling penyayang Cikgu Awang dan Teacher June, guru paling kemas Danial dan Elvylene, guru paling ceria Cikgu Sabinus dan saya.
Yang sedihnya saya tak sempat merasa kek yang anak Cikgu Jusip sponsor sebab sibuk duduk dengan pelajar kelas saya. Bukan apa, si Izwan tu mengamuk sebab meja yang berselerak dan ada pelajar kelas lain tapau kami punya koktail. Uishh laku betuk kami punya koktail haa jangan main main. Idea saya tu. Bertungkus lumus saya ke pekan hari sebelumnya dengan Elvy untuk beli bahan. Alhamdulillah berbaloi dengan usaha saya.
Saya suka sangat tengok budak kelas saya isi koktail dan kasi sama pekerja pekerja sekolah yang limpas. Baik betul mereka ni. Saya sponsor nasi ayam, tempah dengan mama budak, si Aezie. Saya order 30 bungkus dan semuanya licin. Tiada yang simpan dekat saya haha dasar budak budak. Pelajar ada 27 saja. Tapi ndapalah asalkan mereka puas hati dengan makanan yang tersedia.
Haih sibuk saja budak kelas lain datang ke booth kami. Haha dahlah tapau kami punya makanan. Itu yang si Izwan panas hati tu. Tapi saya sempat lagi suruh dia sabar. Halalkan sajalah Izwan. Lagipun memang cukup. Saya pula bayar RM25 untuk makan tapi sikit saja saya makan. Aduh rugi betul. Tapi fikir saya tak sempat makan sebab uruskan pelajar saya yang comel comel tu, saya jadi happy balik. Haha.
Itulah, pengalaman yang takkan dilupakan. Hari yang sangat meriah. Ada satu kali semua cikgu kena paksa menari atas pentas, saya pun lari keluar dewan dan menyorok belakang pentas, sekali ustaz pun tengah menyorok juga haha lawaknyalah. Aduh tidak manislah ustaz ustazah dilihat menari kan. Dahlah depan semua pelajar. Saya bersyukur saya lari kahkah.
No comments:
Post a Comment