Syukur kepada hadrat Ilahi majlis PIBG tadi berjalan dengan lancarnya walaupun ada part yang kalut. Ini pengalaman pertama saya terlibat dengan majlis PIBG sebagai seorang guru. Saya jadi pencatat ucapan YDP PIBG dan pengetua. Kalut betul saya tulis tadi. Hihi. Kesian kami tiada kena sedia tempat dalam dewan. Jadi kami sendiri yang cari meja untuk tulis ucapan tadi. Sedih betol.
Ramai juga ibu bapa datang tadi. Terpaksa tambah makanan sebab 100 pack saja makanan kena sedia. Suka lah saya tengok sambutan yang sangat hangat dan memberangsangkan daripada ibu bapa. Masa saya sampai dewan tadi, tiba tiba Kak Ramidah minta saya sediakan tempat untuk tetamu kehormat tandatangan. Hello ajk pendaftaran kenapa tak function? Haha gurau saja. Jadi kalutlah saya mencari apa yang perlu dibuat. Lepas tu terkejar kejar saya dan Kak Nina ke pejabat untuk buat tu dan print.
Saya guna saya punya laptop dan print guna printer Kak Ramidah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih Kakda sudi pinjamkan kereta tadi. Kalau tak mesti lambat betul kerja tadi. Habis berpeluh saya. Tapi takpe saya suka sebab benda yang saya buat tu digunakan dengan sebaiknya tadi. Hihhi. Tapi saya pelik juga kenapa saya yang disuruh buat. Kenapa bukan orang yang sedia ada di tempat tu. Kalau buat awal sikit takdelah terkejar kejar kan.
Tapi takpelah. Saya bukan menyalahkan sesiapa cuma saya tertanya tanya. Hihi. Tapi at least saya function lah tadi. Sekarang saya di bilik guru. Jam 5.23 petang. Saya tengah video call dengan Syahadah. Banyak betul dia bercakap haha. Rindu saya lah tu. Okaylah saya rasa sampai di sini dulu coretan saya hari ini. Esok kelas!
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment