Sunday, June 19, 2022

ABAH'S BIRTHDAY

Selamat hari lahir Abah yang ke-56. Saya tahu Abah tak suka sangat kalau ucapan semua ni. Hihi tapi saya tetap wish dekat Abah melalui Whatsapp. Begitu juga adik beradik saya yang lain. Saya ucap I love you dekat Abah tapi tidak Abah jawab. Sedih kahkah tapi saya tahu Abah sayang saya. Hihi. Perasan betul Syahirah. Kalau depan depan memang tidaklah saya nak ucap happy birthday dekat Abah sebab Abah tak galakkan buat begitu. Cukuplah mendoakan saja. Tapi bila duduk jauh ni lain sikit. Terima kasih Abah atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan kepadaku. Begitu juga dengan Umi. Tidak akan terbalas segala jasa Abah Umi kepadaku. Sangat banyak dan tidak terkira. Abah dan Umi sangat sabar melayan kerenah anak anak yang ramai ini. Lagi lagi saya yang sangat banyak ragam dari kecil lagi. 

Semoga Abah dan Umi sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dimakbulkan segala doa dan diberikan kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga Abah dan Umi sentiasa bertenaga dalam melaksanakan aktiviti seharian. Semoga Allah memberkati dan merahmati Abah dan Umi. Semoga Abah dan Umi dikurniakan syurga yang tertinggi di sisi-Mu ya Allah. Begitu juga dengan kita semua. Semoga kita semua dapat masuk syurga tanpa hisab. Allahumma aamiin. 

I love you Abah Umi 💖

No comments:

Post a Comment