Monday, June 20, 2022

FINALLY, NEW HANDPHONE


Tanggal 14/6/2022, tarikh yang keramat bagi saya kerana akhirnya saya memiliki handphone baru setelah sekian lama bertahan dengan Samsung Galaxy Note 4. Hihi. Abah saya yang tolong belikan secara online. Harganya RM1239, beli di Lazada. Handphone ni secondhand tapi saya tetap berpuas hati alhamdulillah. Antara sebab utama saya beli ni adalah kerana storage nya yang besar iaitu 512GB. Besar kan! Hihi. 

Ouh handphone baru ni jenama sama juga tapi lain model iaitu Samsung Galaxy 10 Plus. Sama macam Abah saya punya. Saya punya warna hitam. Saya malu sebab pelajar saya semua perasan saya ada handphone baru. Ketara sangat kah? Sue cakap ketara sebab casing dia transparent. Nak buat macam mana, itu yang dia bagi.

Masa saya unbox tu, Danial, Aveney dan Kakda ada sekali. Mereka sangat supportive kahkah. Saya beli handphone ni dengan gaji kedua. Saya sangat bangga kerana dapat beli barang dengan duit sendiri sekarang. Dulu saya hanya harapkan duit Abah Umi. Saya dah besar sekarang 😭

P/S: Gambar di atas, terkejut saya camera dia capture secara automatik. Saya ralit berborak dengan Basirah lepas kelas sambil makan makan. Hihi. Ada gaya ustazah ke tidak?

Kota Marudu, Sabah.

1 comment: