Friday, June 30, 2023

HARI RAYA AIDILADHA 2023

Assalamu'alaikum WBT. 

Selamat menyambut hari raya korban kepada semua. Ucapan ikhlas setulus hati dari saya yang berada jauh di perantauan. Tahun ini kita beraya haji di Kota Marudu saja. Tapi bersama Basirah. Terima kasih ya Allah hantarkan aku teman yang baik. Saya menumpang di rumah Basirah untuk empat hari. 

Kenangan lama berulang kembali. Kalau tahun lepas kami raya puasa di sekolah saja. Dahlah time tu tak ada kereta, tak ada line internet dan semua benda tak ada. Kami hanya ada satu sama lain. Tiber. Tahun ini pun sama juga, beraya sekali. Tapi beza dia kami di pekan, punya pengangkutan dan hidup semakin maju alhamdulillah.  

Sedih memang lah sedih tak balik kan, tambah lagi dengan Kakda mungkir janji kahkah. Tapi tak apa. Semuanya ada hikmah in shaa Allah. Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga kita semua sentiasa gembira tak kira di mana kita berada in shaa Allah. 

Saya tak rasa sunyi pun. Saya ada Basirah, saya ada family yang sentiasa melayan saya di saat saya keseorangan. Tapi hari raya pertama dan kedua tu adalah sikit rasa sunyi sebab semua orang sibuk dengan korban dan pergi makan gulai daging. Hmm. Tapi saya faham juga. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, June 29, 2023

IMAN'S BIRTHDAY

Assalamu'alaikum WBT. 

Happy birthday Zahratul Iman yang busuk dan ngada ngada. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Tahun ini Iman dah masuk 6 tahun! Percaya ke tak? Saya yang tak boleh nak percaya sekarang. Macam cepat sangat masa berlalu. Sekarang Iman dah ada adik adik yang comel, Abdurrahman dan Abbas, dan in shaa Allah seorang lagi bakal menyusul tidak lama lagi. 

Iman dengan suara kartunnya memang tidak boleh dipisahkan. Jenuh nak membetulkan suara suruh jadi normal. Haha lawak betul. Lagi lagi kalau ada Abe Cik dan Kakcik, makin menjadi jadi suara kartun dia. Sekali kena disiplin dengan Umi dan Syahadah, jadi normal balik haha. Biasa lah dia terpengaruh dengan cerita Omar dan Hana. Nasib pengaruh yang baik. 

Selamat hari lahir yang ke-6 Zahratul Iman, anak saudara Mama Sya yang pertama. Walaupun Iman sayang Mama Da lebih, tapi Iman tetap di hati Mama Sya. Tiber. Semoga Iman terus menjadi anak yang baik, dengar kata Tokbah Tokmi, sentiasa ceria dan bertenaga. Tahun depan Iman dah masuk darjah 1 in shaa Allah. Semoga menjadi pelajar yang cemerlang dari semua segi. Haha awal betul harapan. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, June 28, 2023

MAKIN LALAIKAH AKU

Disebabkan saya tidak mempunyai akaun media sosial dan hidup hanya dihiburkan dengan Youtube, saya tergerak hati untuk mencari hiburan baru yang lebih menarik yang boleh mengisi kekosongan hati saban hari kahkah. 

Jadi terhasil lah game game di atas. Antara kegemaran saya sekarang adalah Found It dan Figgerit. Yang lain pun saya suka juga cuma jarang main. Snake 97 pun saya suka juga sebab mengimbau kenangan lama main di handphone Nokia Umi dulu. Hihi. Cross Math memeningkan kepala saya.

Namun keburukannya adalah, handphone saya cepat habis bateri dan cepat panas. Jenuh nak mengecas. Tapi saya bersyukur saya belum lagi sampai tahap lalai dengan permainan di atas ya. Tiber. Yalah untuk mengisi leisure time saja. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, June 26, 2023

AJK SIJIL TETAP & BERPENCEN


Assalamu'alaikum WBT. 

Saya tak tahu kenapa saya dan Elvy sentiasa disuruh untuk ambil bahagian sijil dalam apa apa program sekolah. Yang terbaru, pertandingan badminton peringkat daerah, saya ditugaskan di bahagian sijil juga. Total semuanya adalah 468 keping dan ia cukup memeningkan kepala saya sebab masalah laptop. 

Entah kenapa setting Microsoft Word dalam laptop saya sedikit lain dari laptop lain mungkin. Jadi tak cantik. Saya dah try betulkan tapi tak berhasil. Jadi kami decide untuk buat tanpa border. Kalau ada border ketara betul dia punya ketidakcantikan. Saya try dengan laptop Sue pun sama saja.

Saya siap print semua semalam dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar nya walaupun dia punya design tidak berapa cantik dan kreatif. In shaa Allah boleh improve di kemudian hari. Saya suka sebenarnya dapat tugas begini tapi kalau sekali dapat beratus ratus penat juga kan.

Kalau tahun lepas punya program yang anugerah pelajar cemerlang, semua sijil yang kami buat total lebih dari 800 lebih. Nasib baik tiga orang yang buat. Saya, Elvy dan Neilda. Sampai malam kami di pejabat memerint. Kalau kali ini saya buat di bilik saja guna printer sendiri.

In shaa Allah awal bulan Ogos nanti akan ada AMC, Anugerah Murid Cemerlang dan saya, Elvy dan Neilda sekali lagi ditugaskan di bahagian sijil. Jadi semoga sijil yang dihasilkan kelihatan gempak, mantap dan cemerlang. Hiks. Menambah pengalaman betul. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, June 23, 2023

MUHASABAH DIRI

Assalamu'alaikum WBT. 

Ada satu orang pelajar lepasan SPM tahun lepas. Setelah dia habis SPM, dia selalu chat saya menanya tentang soal agama. Saya jawab yang termampu saja. Kalau ada soalan yang saya kurang pasti, saya akan rujuk internet, tanya orang yang lebih tahu. Saya pun segan sebenarnya sebab saya sendiri pun masih memerlukan tunjuk ajar. Tapi bila dia menjadikan saya tempat dia merujuk soal agama, saya jadi malu. Layakkah aku? Haa begitu lah persoalan saya. 

Tapi dari satu segi, ia memberi impak positif kepada saya. Mungkin dulu saya tidak tahu, sekarang saya tahu sudah tentang sesuatu perkara itu disebabkan pertanyaan dia. Bagus lah kan. Ia juga buat saya rasa ingin jadi lebih baik. Benda yang dia tanya juga memang benda yang bagus dan berkait dengan kehidupan seharian. Antaranya pasal mandi wajib, pergaulan dengan bukan mahram, solat jamak dan sebagainya. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, June 22, 2023

I'M OFFICIALLY A LEGAL DRIVER

Assalamu'alaikum WBT. 

Apa khabar semua yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah? Tiber. Saya harap semuanya dalam keadaan baik. Hari ini, akhirnya saya berjaya menjadi pemandu kereta yang sah di sisi undang undang alhamdulillah. Saya dapat lesen sudah! Di saat umurku 25 tahun 7 bulan, aku dapat lesen kereta! Tiber.

Lama sudah saya menunggu saat ini. Selama ini memandu di jalan dengan rasa hina nya disebabkan oleh dicop sebagai pemandu haram kerana tiada lesen memandu. Haha lawak kan. Walaupun saya lambat hampir dua tahun dari Syahadah, namun sekarang saya sudah seangkatan dengannya. Hiks. 

Tapi itulah, saya terfikir kenapa saya punya muka di lesen macam penjenayah betul kahkah. Macam Siti Munirah pun ada juga. Bukan muka lah. Cuma gaya nampak sama haha. Rupanya kejap saja buat lesen. Tadi tak sampai 1 minit saya tunggu, terus siap. JSL pun pantas betul buat kerja. 

Di kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada Cikgu Izan iaitu cikgu memandu saya atas segala ilmu yang dicurahkan. Juga kerana layanan baik juga kesabaran yang tinggi dalam mengajar saya. In shaa Allah ilmu yang diajar akan saya amalkan dalam pemanduan. Saya sangat enjoy semua kelas dengan Cikgu Izan.

Terima kasih juga JSL Driving Academy atas kesempatan yang diberikan. Tiber. Juga di atas kerja yang sangat padu dan sistematik yang membuatkan saya senang mendapat lesen. Layanan mereka juga cukup baik dan menggalakkan. Siapa sangka saya akan dapat lesen di Sabah kan. Tidak pernah ku terfikir itu. 

Juga kepada semua ahli keluarga saya yang tidak habis habis mendoakan dan menenangkan saya di saat saya rasa down tidak ingat RSM dan RPK. Maklumlah satu hari sebelum test, saya punya mood sangatlah kacau. Terima kasih kepada semua yang melayan. 

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang Kau kurniakan kepadaku. Semoga saya akan terus menjadi seorang hamba yang taat dan patuh pada perintah Allah, bukan saja ketika memerlukan. Semoga dikuatkan iman kita. Okay sampai di sini dulu saya punya tulisan hari ini. 

P/S: Benda paling susah sepanjang buat lesen kereta adalah kena hafal RSM dan RPK. Seriously itu membuatkan saya stress. Nasib Cikgu Izan sabar saja bila saya tersekat sekat nak menyebut.

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, June 21, 2023

PENGHILANG BOSAN


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini saya ingin bercerita tentang game yang saya sedang galak bermain sekarang. Kalau nampak dari gambar di atas, saya acah acah jadi budak cerdik kahkah. Semua game saya memaksa menggunakan otak yang semakin lama semakin diabaikan kahkah. Yalah kecuali game pizza. Itu game legend tau. Jangan pandang rendah tau.

Okay kembali kepada game yang menajamkan minda tiber, sekarang favorite saya adalah Figgerits. Saya suka sangat! Tapi ada masa saya main tipu, bila tak ada idea sangat, saya akan google haha. Ala bukan selalu pun. Time buntu saja. Hiks. Tapi memang best lah. Inda tipu. Permainan dia sebiji macam yang diiklankan.

Kan ada game yang dia punya iklan bukan main lagi menarik dan nampak best, namun hampeh. Tapi ini game bukan clickbait lah. Try lah install. Mesti anda tidak rugi. Tapi bagus kau tutup kau punya line bila main sebab hampir lepas setiap game ada saja iklan. Kadang geram juga. Tapi disebabkan game dia best, saya abaikan saja. 

Kalau Cross Math kadang kadang saja saya main sebab boleh buat kita makin stress bila salah buat haha. Saya pun cepat melenting, jadi tak berapa sesuai dengan saya. Tapi tetap best lah. Untuk seseorang yang bukan ber otak matematik, ia akan menjadi sedikit rumit lah. Kalau bagi Abe Cik main, mesti jawab sebelah mata saja.

Kalau Candy Crush, saya masih stuck di episod 594. Bikin geram juga ini game. Kan saya dah cakap tahap kesabaran saya rendah. Kalau sebelum update dulu, dia punya episod belakang belakang senang saja, sekarang bukan main susah. Mungkin manusia sekarang makin pintar otak nya kan. Jadi kena lah buat lebih mencabar.

Okay lah sampai di sini dulu saya punya coretan yang mengarut pada petang hari ini. Tadi saya beli buah di Servay! Saya beli tiga jenis iaitu watermelon, jambu batu dan anggur. Nak tahu berapa total dia? RM45 semuanya. Hmm rindu nya Kelantan. Buah semuanya murah. Sebenarnya saya tak tahu pun sebab bukan saya yang selalu beli haha.

Kota Marudu, Sabah.

Tuesday, June 20, 2023

STRESSFUL DAY

Assalamu'alaikum WBT. 

Ada tak hari yang kita rasa nak nangis je? Maksudnya nangis tanpa sebab? Tapi saya nangis bersebab juga. Namun, sebab yang kurang masuk akal. Entahlah. Kadang kadang ada juga hari yang gloomy begini. Semua benda rasa tak kena. 

Sebenarnya saya cuma rasa kepala saya penuh dengan benda untuk difikirkan. Tapi saya tak tahu apa yang berserabut di kepala saya. Rasa nak marah ada juga. Tapi tak tahu sebab apa. Kena jumpa kaunselor ke kalau macam tu? Haha takdelah bukanlah serious sangat pun sebenarnya. Saya sekarang dalam mood mencari pasal. 

Nak kata banyak kerja, saya rasa kerja saya kebanyakan dah siap. Ouh ada lah satu ni yang buat saya stress. Kena key in data budak budak PPIM. Okay ini memang stress haha. Aduhai. Kenapa lah Kota Marudu punya PPIM ni tiba tiba pula rajin nak aktif. Slow slow sudah lah. Hmm. 

Pokok pangkalnya, saya rasa solusi yang paling berkesan adalah mendekatkan diri lebih lagi kepada Allah. Mungkin ini cara Allah menarik kita kembali ke pangkal-Nya kan. Yalah ada masa kita leka dengan benda duniawi. Hmm doakan saya kawan kawan. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, June 19, 2023

HAPPY BIRTHDAY ABAH

Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini adalah ulang tahun hari lahir Abah saya yang terchenta. Hihi. Abah sudah 57 tahun namun sentiasa saya nampak Abah muda alhamdulillah. Saya tidak berani wish dekat Abah haha. Ia adalah disebabkan oleh Abah kurang gemar dengan benda seperti itu. Ada faedah kah? Haa begitu.

Macam juga hari bapa kah, hari ibu kah, memang kami sekeluarga tidak digalakkan untuk sambut. Jadi begitulah. Namun, doa sentiasa saya sertakan di dalam solat. Begitu. Abah hero pertama dalam hidup saya dan akan sentiasa jadi yang pertama. 

Semoga dipermudahkan segala urusan Abah, dipanjangkan umur Abah dalam keberkatan, dimakbulkan segala doa Abah, dipermudahkan rezeki yang halal buat Abah, dan diberi kesihatan yang terbaik dan berterusan kepada Abah. Allahumma aamiin.

Saya tahu Abah sentiasa rindukan saya haha. Mungkin saya anak yang paling banyak Abah bagi nasihat sebab yalah saya kan bukan mudah untuk dijaga. Tak percaya tanya Abah. Tapi saya anak kesayangan Abah. Hihi. Mengaku. 

Saya ini bukan jenis yang pandai beli hadiah untuk orang. Hiks. Jadi saya tidak tahu apa hadiah yang saya patut belikan. Tolong bagi suggestion. Apa ya? Kalau Kakcik, memang pandai betul cari hadiah. Saya pula ada satu masalah, kalau orang tak guna hadiah saya bagi, saya jadi sedih haha.

Jadi untuk mengelakkan itu, saya tidak bagi dari awal lagi. Tapi itu bukan alasan untuk saya tidak memberi hadiah. Nantilah saya tanya Umi atau Syahadah atau Kakcik. Mana tahu mereka ada suggestion yang bagus kan. Okaylah bye! Love you Abah 💓

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, June 18, 2023

DEMAM SELESEMA BATUK

Assalamu'alaikum WBT. 

Betapa sakit nya batuk selesema kan. Tambah lagi dengan demam. Habis satu badan saya sakit. Jadi lemah dan tak bermaya. Hmm macam lah saya satu orang saja yang pernah batuk, selesema dan demam kahkah. Takdelah saja saja saya berblog pasal ini bagi menghilangkan bosan dan stress.

Sakit demam semua itu adalah perkara biasa saja. Tapi yang membuatkan ia lebih menyakitkan adalah kerana berseorangan di sini. Hari cuti lagi. Bertambahlah saya punya kebosanan dan ia meningkatkan kedemaman saya haha. Tapi memang saya tidak larat mau jalan atau pergi mana mana.

Tapi sakit batuk selesema demam adalah perkara yang bagus sebenarnya. Hikmahnya adalah kita lebih mensyukuri nikmat yang Allah bagi. Mungkin sebelum ini kita sentiasa sihat, tiada rasa sakit, jadi tiada lah kita mensyukuri nikmat sihat itu.

Bila sakit, baru lah terfikir, oh selama ini aku sihat saja kan, alhamdulillah. Sekarang ini baru Allah uji dengan sakit sikit. Jadi kita akan menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur dan rasa insaf. Wow ustazah sangat saya hari ini ya.

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, June 17, 2023

6 MONTHS OF MARRIAGE


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini genap 6 bulan sejak kami bernikah. Tiber. Macam sekelip mata saja kan. Saya pun ambil masa juga untuk menerima hakikat yang saya telah bertukar status dari bujang ke berkahwin. Bukan senang untuk mengungkapkan itu. Syahadah tahu lah kahkah. 

Banyak juga perubahan dalam hidup saya sepanjang 6 bulan ini. Selain Umi dan Syahadah, ada juga orang lain yang saya boleh mesej bila boring kahkah. Lelaki lagi. Hmm siapa sangka kan. Makin banyak hati yang saya kena jaga yang mana ia adalah perkara baik. 

Saya punya kenalan makin bertambah seperti ibu mertua, anak buah, abang ipar, kakak ipar, biras dan sebagainya. Saya juga dinasihatkan untuk menjadi semakin matang yang mana saya tidak tahu adakah ia berhasil. Orang luar saja yang boleh nilai kan. Saya tidak boleh nilai diri sendiri sama ada makin matang atau tidak. 

Semestinya tanggungjawab saya makin bertambah. Namun tidak saya rasa juga lah sebab duduk berjauhan kan. Kalau balik pun tidak sempat masak pun. Selalu makan yang beli saja atau orang lain yang masak. Itu saya kena ubah lah kan. Doakan lah boleh duduk sekali supaya saya lebih rasa tugas sebagai suri rumahtangga. Hiks. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, June 16, 2023

NETFLIX DI PROJECTOR

Assalamu'alaikum WBT. 

Hye guys! Akhirnya saya berjaya connect handphone ke projector! Hiks. Baru saya pandai buat. Tapi ambil masa juga lah sebab memang saya tidak pernah buat. Cerita yang saya tengok adalah drama Hwarang. Cuma saya rasa lagi selesa kalau tengok di handphone saja sebab macam jadi kabur sikit. Mungkin saya tidak pandai setting. 

Saya pun sudah pandai buka Youtube di projector. Saya suka sangat. Saya selalu acah acah macam Dearnessie sebab dia pun selalu guna projector dalam bilik dia. Saya jadi semangat dalam memastikan bilik sentiasa kemas. Hiks. Bagus juga keputusan saya beli projector kan. Nanti in shaa Allah saya akan gunakan dalam PdP lepas exam mungkin. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, June 15, 2023

I'VE MY OWN PROJECTOR!

Assalamu'alaikum WBT. 

Akhirnya saya memiliki projector sendiri! Alhamdulillah. Tapi belum jadi hak milik saya sepenuhnya sebab belum lagi habis bayar. Hihi. Saya ambil dengan harga RM3300 tapi in shaa Allah berbaloi dengan kecanggihannya dan juga ada powerbank yang mana kita still boleh guna tu projector walaupun mati karan. 

Jadi setiap bulan in shaa Allah bayar RM330. Begitulah perjanjiannya. Kalau nak bayar lebih pun boleh. Asalkan habis bayar saja. Semalam saya cuba guna untuk kali pertamanya. Best! Memang canggih lah. Benda nya kecil saja. Tapi boleh guna untuk bermacam benda. Begitu. Memang projector macam tu pun kan. Hiks. 

Cuma saya try screen mirroring handphone saya, dia macam selalu terkeluar sendiri. Saya nak tengok Netflix dari handphone saya sebab ada banyak yang dah download. Kalau boleh taknak kacau wifi Sue. Tapi semalam saya buka Youtube. Dengar nasyid, tengok Ketika Cinta Bertasbih kejap. Lepas tu tertidur sambil video call dengan Syahadah. 

Sorry Syahadah, kakakmu ini penat betul semalam. Tak tahulah kenapa. Penat campur lapar. Mengantuk tak sangat pun. Tapi menguap 10 kali seminit kahkah. Saya tertidur masa bercakap dengan budak tu. Saya terbangun je handphone dah gelap. Saya fikir mesti si Syahadah marah ni haha. Dah lah dia sunyi betul. Dia lah yang cakap dia sunyi. 

Bayangkan pukul 11 malam dia still pakai baju kelas. Ke mana kau melencong ni Syahadah haha. Yang saya tahu dia pergi masjid lah. Alahai bagusnya lah adik saya satu orang ni ya. Alhamdulillah Allah kurniakan saya satu adik perempuan dan satu adik lelaki tapi kualiti nya melebihi 10 orang alhamdulillah. Itu menggambarkan betapa bersyukurnya saya. Tiber. 

Okaylah saya mau ke kantin dulu. Sekarang jam 7.17 pagi dan saya baru siap makan biskut tawar pengalas perut. Kelas saya start jam 8.10 in shaa Allah. Harini saya rilekslah sikit sebab hanya 6 masa sahaja. Okaylah bye semua. Doakan saya. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, June 14, 2023

CRASH LANDING ON YOU

Assalamu'alaikum WBT. 

Akhirnya, saya selesai juga menonton drama Korea yang disebut sebut oleh Syahadah dan Kakcik. Lakonan Hyun Bin dan Son Ye Jin. Secara keseluruhannya, saya sangat enjoy menonton drama ini ya adik kakak. Tak lekang senyuman saya tengok haha. Tak sia sia lah Syahadah dan Kakcik rekomen cerita ni dekat saya. 

Memang menghiburkan. Kalau tengok dia punya gambar cover, macam drama heavy. Padahal cerita lucu lucu saja sebenarnya. Cuma dia ada lah selitkan part serious. Saya suka chemistry makcik makcik bawang Korea Utara. Saya paling benci dengar Man Seok bercakap. Benci betul. Apa nama Man Seok dalam drama tu saya lupa. Hihi. 

Saya ambil masa 3 ke 4 hari untuk habiskan semua episod. Itu yang semua kerja lain tak jadi tu haha. Semua saya tangguh demi menghiburkan hati saya sendiri haha. Tapi saya sedih lah Ri Mu Hyeok mati. Saya harapkan dia hidup balik sebenarnya haha. Hyun Bin pun makin tua makin mantap. Kalau Secret Garden dulu macam lembik je nampak.

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, June 13, 2023

SIAP BUAT SOALAN EXAM!

First time saya buat soalan exam dalam masa dua hari. Saya bersyukur sebab produktif sangat kemarin. Semalam jam 9 saya start buat yang form 1 dan 2. Di sekolah tadi saya buat yang form 3. Semua soalan saya dah print dan dihantar ke pejabat untuk diperbanyakkan. Sudah ambil tandatangan ketua bidang juga. Wow, such a big achievement for me. 

Sebenarnya kenapa saya rushing, sebab examnya minggu depan sudah. Kalau tak buat sekarang, memang menyusahkan hidup saya nanti. Kena tunggu fotostat lagi, nak stapler lagi, nak kena susun ikut kelas lagi. Lagipun mesti guru guru lain dah siap buat semua. Saya insecure lepas tengok Sue siap buat soalan dan hantar dekat Edrick kahkah.

Murid murid sekalian jangan risau ya, soalannya sangat mudah. Lagi mudah kalau kau membaca. Sekarang lah masanya nak membaca, tengok buku, ulangkaji. Ini tidak, time exam juga lah dorang rajin rujuk buku. Tanya kawan. Kongsi ilmu. Semua tu bagus tapi bukan masa yang sesuai. Dah jadi tabiat kali kan meniru ni. 

Harapnya budakku ada kesedaran lah. Bukan result tu pun kita nak tengok. Kalau saya, saya nak tengok sejauh mana kefahaman dorang dan kegigihan dorang dalam mempelajari subjek tu. Hmm entahlah. Dorang ni asal kan tinggi je. Bangga betul dapat tinggi padahal meniru kahkah. 

Sempat lagi mengata budak kahkah. Okay sorry budaks. Semoga kamu semua cemerlang ya atas usaha sendiri. Boleh lah banggakan mak ayah. Gembirakan diri. Tiber. Okaylah bye saya nak rehat dulu. Boring betul. Nak chat Syahadah, ada kelas. Nak chat Umi, mesti Umi penat seharian sekolah. Nak chat yang satu orang, sedang berkem. 

Jadi, baik saya tidur. Hihi. Okay tak boleh tidur sekarang sebab dah nak Maghrib. Baik saya fikir apa nak ajar esok. Atau gosok baju. Kalau tidak rushing betul pagi pagi baru mencari baju mana yang nak dipakai. Atau saya boleh kemas bilik. Tapi bilik dah kemas. Hiks. Okay saya cas handphone dulu. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, June 12, 2023

KU MERINDU


Semoga dipermudahkan urusannya di kem Bina Insan Guru di Setiu. Semua peserta tidak kena bagi pegang handphone. Jadi di sini lah saya keseorangan mencari hiburan kahkah. Tak apa saya ada Abah, Umi, Syahadah yang sentiasa memecahkan kesunyian saya. Terima kasih ❤️

Apa benda lah IPG ni. Apa kesinambungan kem tu dengan jadi guru. Hmm kahkah membebel. Padahal dah berzaman orang buat tu hihi. Okay tenang Syahirah. Semoga dilancarkan segala urusan mereka. Aktiviti pun bukan calang calang. Main di hutan, dalam air. Hmm. 

Saya baru perasan setiap kali balik jarang betul kami bergambar. Bukan apa, bila duduk sekali tak terfikir langsung kan sebab ada depan mata. Bila berjauhan baru lah membelek mencari gambar kenangan. 

P/S: Terima kasih Umi tolong gambar kami. Hihi. Acah acah solehah betul saya ya kahkah. Semoga menjadi betul betul solehah kepada semua. Hiks.

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, June 11, 2023

MENGHADAPI PELAJAR YANG MEMBERONTAK

Macam mana cara menghadapi pelajar yang taknak buat kerja ya? Alhamdulillah tahun pertama saya mengajar dipermudahkan. Dipertemukan dengan pelajar yang senang dikawal walaupun kadang kadang ada juga yang liat betul nak buat kerja kan kahkah. Tapi masih boleh handle lah. Namun, dugaan tahun kedua mengajar. Saya berjumpa dengan pelajar yang nekad taknak buat kerja yang disuruh. 

Dalam kelas buat buat tidur. Macam memberontak juga lah kan. Saya pun tak pasti dia tak suka saya ke, tak suka subjek PAI ke, tak suka datang sekolah ke atau kenapa. Kadang kadang saya terfikir juga macam mana nak settle kan benda ini. Boleh tolong saya kah? Haha tiber. Dorang ni bukan tak pandai tapi tiada kesedaran kali kan. 

Salah seorang dari mereka ni ibunya bekerja sebagai cleaner di sekolah ni. Dia tak terfikir ke tengok ibu dia susah payah angkat air dalam baldi dari tingkat bawah ke bilik guru, menyapu dari atas sampai bawah, keletihan, kepenatan. Dorang tak fikir ke ah. Saya pun tak tahu lah. Kebanyakan mereka datang dari keluarga susah. Tapi macam tiada kesedaran untuk mengubah nasib keluarga.

Saya kalau marah jadi pening kepala terus, jadi stress. Itu yang saya jarang betul marah. Tapi memang saya tak pandai nak marah pun. Tapi kalau mereka ni melampau memberontak taknak buat kerja macam mana ya. Aduhai bukan senang kau nak jadi guru haha. Mungkin saya kena fikirkan cara mengajar yang menarik kan supaya mereka seronok dalam kelas saya.

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, June 10, 2023

RESULT SPM 2022

Kemarin adalah hari yang mungkin paling mendebarkan dalam hidup budak SPM 2022 iaitu hari keluarnya keputusan SPM yang mana mereka bertungkus lumus selama setahun untuk menempuhinya. Tiba lah masanya untuk melihat hasilnya kahkah.

Alhamdulillah keputusan mereka sangat memberangsangkan bagi sesetengah pelajar. Ada juga pelajar yang mungkin cabang hidup mereka lain ya tuan puan. Indapalah, boleh masuk tingkatan 6 lagi. Antara pelajar terbaik adalah Syakirah, Iwani dan Ratika.

Tahniah semua! Semoga ini menjadi permulaan hidup yang baik dan memberi semangat kepada kamu semua untuk berusaha lebih lagi pada masa akan datang. Ingat, ini baru permulaan. Jangan terlalu berpuas hati dan jangan terlalu kecewa. 

Kota Marudu, Sabah.

Friday, June 9, 2023

IGNORE PELAJAR

Assalamu'alaikum WBT. 

Betul ke tindakan saya ignore pelajar yang escape kelas saya haritu? Apa pandangan anda? Mereka dua orang. Satu orang tu asal nya budak bagus. Satu orang lagi memang selalu cari pasal. Tapi saya okay lagi. Cuma bila dorang escape kelas saya, tanpa sebab walaupun alasan dia cakap dia ada kerja, saya jadi geram lah dan marah. 

Yang saya nampak kan, dorang yang ada jawatan lah yang selalu buat hal. Kebanyakan dorang macam tu. Sepatutnya tunjuk lah contoh yang baik. Ini tidak. PRS lagi tu dengan pengawas. Aduhai geram pula saya. Jadi saya buat keputusan untuk ignore dorang. Tadi bincang soalan latihan pengukuhan. Saya sebut setiap nama pelajar untuk baca soalan dan jawapan kecuali nama dorang.

Diam saja. Biasanya dorang yang bising. Ajar lah sikit kan. Hmm entahlah. Saya pun tak tahu saya patut buat macam tu ke tak. Mungkin saya akan bawa ke Ketua Guru Disiplin dulu untuk kena syarah dan isi borang salah laku. Biar dorang tahu apa yang dorang buat tu benda tak bagus. Jangan suka hati tak masuk kelas tanpa sebab. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, June 8, 2023

RINDU ZAMAN PKP 2020

Pernah tak rasa rindu zaman PKP haritu? Saya ada satu perasaan kosong dan sayu bila teringat zaman tu. Tahun 2020, satu tahun yang bila saya ingat balik, saya terbayang hari yang bercahaya atau hari yang terang. Mungkin orang tak faham kan, tapi saya rasa sebab memang hari hari yang saya hadapi haritu memang hari yang cerah haha. Santai atas kerusi panjang yang Abah beli, sambil tonton cerita Sing dan cerita cerita komedi English yang lain. 

Saya rasa Syahadah boleh relate ni. Ingat lagi, hampir setiap hari ada bungkusan sampai. Macam macam yang Abah saya beli masa tu untuk mengisi kelapangan di rumah. Benda lain yang best adalah solat tarawih berjemaah di rumah. Berbuka puasa dengan makanan yang Umi masak. Ingat lagi masa Umi masak, saya selalu duduk di dapur sambil tengok Dearnessie dan Suzlene. Itu antara Youtube channel yang saya layan sepanjang PKP. 

Benda yang saya suka juga adalah semester belajar masa tu ditangguhkan sampai lepas raya. Hiks. Jadi memang saya enjoylah di rumah. Haa ada lagi. Kami tangkap ikan dalam kolam rumah hasil ternakan Abah dan masak. Punyalah banyak ikan talapia dek. Habis cara dah Umi masak. Tapi memang sedap lagi lagi bila digoreng. Ingat lagi kami berkebun sama sama. Garaj kereta dijadikan tempat bersantai. Saya, Syahadah dan Mukhlisin selalu lepak dekat sana.

Petang petang kami main basikal. Tapi sekitar rumah saja. Tahun itu juga lah saya start upload video di Youtube sebab memang tak ada apa yang nak dibuat kan haha. Tapi saya bersyukur sangat saya buat tu sebab sekarang boleh tengok balik kenangan zaman PKP, zaman yang tak disangka sangka akan wujud. 

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, June 7, 2023

HAPPY BIRTHDAY RAJNI

Happy birthday Betty Balqish! Mesti Rajni marah ni saya tak wish dekat dia kahkah. Kenapalah kawan kawan saya ni jenis sensitif betul. Dia cakap, "Meksya mung toksoh dok wak tokse wish lah". Haha lawak kan? Dia cakap macam tu masa dorang datang rumah saya haritu. 

Ya betul lah tu. Memang saya taknak wish pun kahkah. Saya sentiasa ingat birthday kawan kawan saya. Semuanya sentiasa terpahat di hati saya. Saya tak pernah lupa pun. Namun, saya taknak wish. Jangan persoalkan kahkah. Mereka pun tahu sudah saya macam tu. Cuma taknak faham je kahkah.

Semoga dipermudahkan segala urusan awak, Rajni. Semoga Allah panjangkan umur awak, beri kesihatan yang terbaik kepada awak, makbulkan segala doa awak, beri awak kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga awak dipertemukan dengan jodoh yang terbaik. Semoga dipermudahkan rezeki yang halal buat awak. 

Cuma saya tak puas hati. Dasar Rajni dia tak bagitahu saya pun dia jadi guru ganti di sekolah Abah saya mengajar. Mengajar Bahasa Arab lagi. Wow mantaplah kawan saya satu orang ni. Saya dapat tahu pun Abah saya yang bagitahu. Abah cakap ada satu orang cikgu ganti dia selalu senyum kalau tengok Abah. 

Abah cakap, dia kenal aku ke ah, sebab jarang orang senyum dekat Abah sebab Abah pun jarang senyum dekat orang lain juga. Akhirnya Abah terlintas, eh bukan kawan Kaksha ke tu. Abah pun tegurlah. Rupanya betullah kawan saya iaitu Rajni yang cantik. Hiks. Rajni pun in shaa Allah bakal guru yang hebat. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, June 6, 2023

MENYESAL BUAT BLOG

Sedikit pun tiada penyesalan dalam diri saya. Malah saya sangat bersyukur sebab saya berani start berblog walaupun banyak halangan yang dihadapi. Tapi kalau saya start lebih awal, alangkah bagusnya. Boleh lah saya tengok balik, kehidupan jenis apa yang saya hadapi dulu. Tapi ada hikmahnya juga. Kalau saya buat masa muda muda dulu, mungkin saya akan menulis ikut perasaan. Mungkin blog ni saya jadikan tempat saya meluah benda yang tidak bagus.

Sebab itulah percaya dengan perancangan dan aturan Allah. Haa begitu. Faham ke tidak? Tapi saya memang syorkan juga adik adik saya buat blog dari awal. Syahadah memang dah lama buat. Legend sudah dia. Mukhlisin ni macam mana saya nak tarik dia supaya buat blog dari sekarang. Lagipun Abah dah bagi handphone dekat dia, ini lah peluangnya. Dulu alasan tak ada laptop. Guna handphone saja bah. Tapi tak boleh justify lah. 

Walaupun saya baru masuk tahun ke-4 buat blog, tapi banyak sudah kenangan yang saya boleh tengok balik. Dari zaman saya di universiti, zaman kelas online, zaman praktikal dan zaman mengajar sampai lah sekarang. Saya ingat lagi dulu, assignment bertimbun banyak tapi saya utamakan blog dulu kahkah. Sebab blog buat saya gembira. Menulis di blog buat saya hilang stress. Jadi bila dah buat blog dah puas hati baru lah saya mula buat assignment dan persiapan presentation.

Jadi, kesimpulannya, saya langsung tak menyesal buat blog. Dah macam karangan Bahasa Melayu kan ada introduction, isi dan penutup haha. Okay saya undur diri dulu. Banyak benda yang saya nak perkatakan sebenarnya, tapi akan diluahkan pada post post akan datang in shaa Allah. Doakanlah saya rajin. Saya ni bukan pemalas pun cuma susah nak dapat semangat. Hiks.

Kota Marudu, Sabah.

Monday, June 5, 2023

MENGAJAR LAGI

Assalamu'alaikum WBT. 

Hidupku kembali seperti biasa. Ke sekolah, mengajar, buat RPH, siapkan kertas kerja, print latihan murid, gosok baju sekolah, makan di kantin, mendobi baju dan sebagainya. Sekejap nya lah cuti. Setiap kali habis cuti, tiada semangat saya untuk teruskan kehidupan di sekolah.

Sampai bilakah saya kena merasakan semua ini? Tapi saya tak boleh terus begini. Ini merupakan saya punya tanggungjawab. Ini jalan yang saya pilih. Jadi hadapi lah. Saya mengharapkan kekuatan daripada Allah untuk menjadikan saya lebih bersemangat menggalas tugas sebagai guru. 

Mungkin faktor berjauhan dengan keluarga juga kan. Kadang kadang saya terbayang kehidupan seperti orang lain juga. Yang mengajar dekat dengan rumah, balik sekolah dapat jumpa ahli keluarga, menjalani hidup seperti biasa. Tapi saya kena terima hakikat. Inilah kehidupan saya. Inilah jalan hidup saya. 

Tapi entah sampai bila. Bukan senang bekerja sambil berjauhan dari keluarga. Belajar pun sama juga. Beza dia adalah zaman belajar dulu saya di Semenanjung. Senang untuk balik ke kampung halaman. Kalau sekarang, banyak yang perlu difikirkan. Bukan semudah itu untuk pulang ke rumah.

Semoga kawan kawan saya yang mengajar di Sabah dan Sarawak terus kuat. Padahal mereka relaks saja kan. Enjoy lagi. Saya saja yang fikir melebih lebih kahkah. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Semoga segala apa yang kita lakukan diberi keberkatan oleh Allah SWT. In shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, June 4, 2023

CARA MENDAPATKAN PERUT YANG IDEAL

Itu soalan sebenarnya. Bukan saya nak bagi tips perut kempis ke apa. Hiks. Saya nak tanya, apakah cara untuk mendapatkan perut yang tidak buncit. Dulu saya ingatkan saya satu orang saja yang dilahirkan dengan perut yang tak pernah nak kempis, tapi bila saya masuk universiti, saya terjumpa rakan senasib saya. Tapi saya tengok mereka jalani hidup dengan happy saja tanpa memikirkan sangat pasal perut yang timbul.

Yalah timbul pun bukan lah nampak macam orang mengandung pun. Tapi ada juga lah masa macam tu. Contohnya lepas makan, memang perut rasa nak pecah dan sangat kembung. Sebenarnya daripada pemakanan kan. Kalau makan makanan bagus dan berkhasiat pun, tapi tak kawal portion, memang akan menyebabkan kebuncitan kan. 

Abang saya Angah selalu share cara nak turunkan berat badan. Makan kerap tak apa tapi jangan ambil dalam kuantiti yang banyak. Makan pun kena berpada pada walaupun sedap. Sebab itulah kita kena selalu bersederhana. Hidup biar berkado bak kata Abah. Hihi. Satu lagi Angah pesan, jangan minum air manis. Itu yang boleh meyebabkan kegemukan yang cepat dan obviously tidak bagus lah kan.

Jadi, apa lagi. Jom kita kawal cara pemakanan kita. Jangan main makan saja ikut nafsu. Peringatan untuk diri sendiri. Hihi. Sekarang saya nak tips macam mana nak kawal makan. Maksudnya, bila makan, makan sikit sikit. Itu yang susah sebenarnya. Nak lawan nafsu makan. Kadang kadang dah kenyang tapi bila nampak makanan, tetap makan.

Rasululullah SAW pun pesan, berhenti makan sebelum kenyang kan. Jadi kalau ikut tu confirm tak ada masalah. Nak buat apa apa pun senang bila perut terjaga. Bergerak, solat, bekerja, bermain dan sebagainya. Okay sampai di sini dulu coretan saya untuk hari ini. Semoga saya dapat mengambil manfaat daripada tulisan hari ini. Sekian.

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, June 3, 2023

BERSYUKUR

Kalau rasa diri kita susah, rasa dugaan tak boleh ditanggung lagi, ingat lah orang lain punya dugaan yang lebih besar. Setiap kali saya bagitahu Umi, saya rasa terseksa setiap kali kena balik Sabah, Umi saya akan suruh fikir kan nasib orang lain. Bandingkan diri kita dengan orang lain. 

Berapa ramai orang di luar sana mengimpikan untuk bekerja seperti kita. Saya pun rasa insaf lah. Saya terfikir kan kawan kawan saya. Habis universiti, mereka belum dapat kerja tetap. Kerja online, kerja kedai pinggan mangkuk. Padahal kelulusan mereka tinggi dan mereka sangat pandai. 

Tapi, belum lagi rezeki mereka kan. Kita kena selalu bersangka baik dengan Allah. Saya suka tengok kawan saya. Mereka sangat positif. Begitulah cara menghadapi kehidupan kan. Sentiasa bersyukur. Sentiasa rasa cukup. Jadi, kalau rasa susah, tahan saja. In shaa Allah yang baik baik saja menunggu kita. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Friday, June 2, 2023

ALERGIK DENGAN PELAJAR

Assalamu'alaikum WBT.

Sebelum saya mulakan coretan saya hari ini, ingin saya perkatakan bahawa saya sekali kali tidak membenci atau menyimpan dendam terhadap mana mana pelajar di sekolah saya mahupun sekolah lain ya kahkah. Saya cuma cakap benda ini secara random sahaja. 

Kalau di sekolah saya berada sekarang, ada sesetengah pelajar yang rasa macam dia rapat betul dengan cikgu cikgu sampaikan dia boleh buat apa saja. Tiada lah teruk pun, cuma seperti tiada adab. Guru itu pun sebab macam sudah terlanjur rapat dengan pelajar, jadi susah mau tegur itu budak.

Benda ini kalau jauh dari saya tidak apa lah, tapi saya menyaksikan depan mata saya, depan meja saya. Budak itu rapat dengan guru kaunseling. Sampaikan bebas saja dia masuk bilik guru dan duduk di kerusi  guru dan santai. Bukanlah saya bongkak cakap dia tidak layak duduk di situ, tapi yalah macam tiada adab.

Kita dulu mau masuk bilik guru pun segan betul. Kalau ada benda yang betul betul penting baru lah paksa diri masuk sana sebab takut dicop penyibuk. Takut guru marah. Memang rasa diri ini tidak layak masuk bilik guru. Tapi pelajar sekarang main masuk saja. Macam tiada rasa bersalah langsung. 

Tapi benda ini teruk kalau tahun lepas lah. Lagi lagi budak tingkatan 5. Selalu betul lepak di bilik guru, depan meja saya lagi. Kadang kadang benda yang saya tak sepatutnya dengar pun saya terdengar. Kalau tahun ini kurang sikit tapi ada juga lah pelapis mereka. Entahlah macam mana mau ubah kan.

Semoga saya juga dijauhkan dengan pelajar begitu. Kita boleh buat baik dengan pelajar, tapi tetap ada hadnya. Ada gap antara kita dengan mereka. Jangan sampai mereka pijak kepala kita. Bercakap pun tiada adab. Tidak mau lah begitu. Okaylah sampai sini dulu saya punya luahan. Hiks.

Semoga Allah jauhkan juga keluarga saya dan keturunan kami daripada menjadi begitu dan terlibat dengan benda begitu. Cuma saya terfikir macam mana nak suruh pelajar rasa segan masuk bilik guru. Atau mereka punya sifat begitu? Atau di Sabah mereka memang bebas buat begitu? Okay cukup. Bye!

Rantau Panjang, Kelantan.

Thursday, June 1, 2023

SEMANGAT UNTUK AKTIF KEMBALI

Assalamu'alaikum WBT.

Apa khabar semua? Tiber. Hari ini adalah hari pertama bulan Jun 2023. Adakah anda pernah terfikir, masa berlalu begitu cepatkah atau kita saja yang tidak sedar? Saya rasa ketika kita hadapi sesuatu haritu, masa berjalan dengan lambat, tapi bila dah lepas, rasa macam aik sekelip mata saja masa berlalu kan. Okay entahlah apa saya cakap ni kahkah. 

Saya sebenarnya berharap saya boleh kembali aktif berblog seperti dulu kala. Sekarang saya macam tiada mood mau berblog. Entah kenapa. Tapi saya akan sedaya upaya mengumpul semangat dan sentiasa update blog saya, untuk kebaikan dan kepuasan diri saya juga pada masa akan datang. Setiap aktiviti yang dilaksanakan sebenarnya kena update secepat mungkin, kalau tak terus tak ada mood nak buat blog.

Tahun paling saya aktif berblog adalah tahun lepas, tahun 2022. Hampir setiap hari ada saja benda yang saya lapor kahkah. Sebab memang saya aktif tahun lepas. Di sekolah pun banyak aktiviti. Jadi banyaklah gambar yang diambil. Jadi barulah menarik kan blog. Kalau tahun ini, saya rasa macam sekolah saya pun kurang aktif. Tambah lagi dengan kes strok haba, jadi banyak aktiviti dibatalkan.

Sukantara pun macam tidak dilaksanakan tahun ini. Padahal itu antara aktiviti paling menarik untuk dibuat di sekolah. Entahlah jalan ke tak sukan ni tahun ni. Tapi buat apa saya beria haha sebab tahun lepas pun saya bukan ada function sangat pun dalam Sukantara. Okay kembali kepada cerita asal, in shaa Allah saya akan berusaha menjadi lebih rajin untuk berblog. Hihi.

Eh kejap, kita ni dah di pertengahan tahun sebenarnya. Sedar ke tak? Lagi 6 bulan kita akan masuk tahun baru in shaa Allah. Kalau panjang umur, boleh lah kita berjumpa lagi dengan tahun baru kan. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Semoga kawan kawan saya cepat cepat bertemu jodoh supaya saya boleh berjalan jalan ke rumah dorang. Tiber. CC: Rajni, Rabiatul, Sabrina.

Rantau Panjang, Kelantan.