Itu soalan sebenarnya. Bukan saya nak bagi tips perut kempis ke apa. Hiks. Saya nak tanya, apakah cara untuk mendapatkan perut yang tidak buncit. Dulu saya ingatkan saya satu orang saja yang dilahirkan dengan perut yang tak pernah nak kempis, tapi bila saya masuk universiti, saya terjumpa rakan senasib saya. Tapi saya tengok mereka jalani hidup dengan happy saja tanpa memikirkan sangat pasal perut yang timbul.
Yalah timbul pun bukan lah nampak macam orang mengandung pun. Tapi ada juga lah masa macam tu. Contohnya lepas makan, memang perut rasa nak pecah dan sangat kembung. Sebenarnya daripada pemakanan kan. Kalau makan makanan bagus dan berkhasiat pun, tapi tak kawal portion, memang akan menyebabkan kebuncitan kan.
Abang saya Angah selalu share cara nak turunkan berat badan. Makan kerap tak apa tapi jangan ambil dalam kuantiti yang banyak. Makan pun kena berpada pada walaupun sedap. Sebab itulah kita kena selalu bersederhana. Hidup biar berkado bak kata Abah. Hihi. Satu lagi Angah pesan, jangan minum air manis. Itu yang boleh meyebabkan kegemukan yang cepat dan obviously tidak bagus lah kan.
Jadi, apa lagi. Jom kita kawal cara pemakanan kita. Jangan main makan saja ikut nafsu. Peringatan untuk diri sendiri. Hihi. Sekarang saya nak tips macam mana nak kawal makan. Maksudnya, bila makan, makan sikit sikit. Itu yang susah sebenarnya. Nak lawan nafsu makan. Kadang kadang dah kenyang tapi bila nampak makanan, tetap makan.
Rasululullah SAW pun pesan, berhenti makan sebelum kenyang kan. Jadi kalau ikut tu confirm tak ada masalah. Nak buat apa apa pun senang bila perut terjaga. Bergerak, solat, bekerja, bermain dan sebagainya. Okay sampai di sini dulu coretan saya untuk hari ini. Semoga saya dapat mengambil manfaat daripada tulisan hari ini. Sekian.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment