Happy birthday Betty Balqish! Mesti Rajni marah ni saya tak wish dekat dia kahkah. Kenapalah kawan kawan saya ni jenis sensitif betul. Dia cakap, "Meksya mung toksoh dok wak tokse wish lah". Haha lawak kan? Dia cakap macam tu masa dorang datang rumah saya haritu.
Ya betul lah tu. Memang saya taknak wish pun kahkah. Saya sentiasa ingat birthday kawan kawan saya. Semuanya sentiasa terpahat di hati saya. Saya tak pernah lupa pun. Namun, saya taknak wish. Jangan persoalkan kahkah. Mereka pun tahu sudah saya macam tu. Cuma taknak faham je kahkah.
Semoga dipermudahkan segala urusan awak, Rajni. Semoga Allah panjangkan umur awak, beri kesihatan yang terbaik kepada awak, makbulkan segala doa awak, beri awak kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga awak dipertemukan dengan jodoh yang terbaik. Semoga dipermudahkan rezeki yang halal buat awak.
Cuma saya tak puas hati. Dasar Rajni dia tak bagitahu saya pun dia jadi guru ganti di sekolah Abah saya mengajar. Mengajar Bahasa Arab lagi. Wow mantaplah kawan saya satu orang ni. Saya dapat tahu pun Abah saya yang bagitahu. Abah cakap ada satu orang cikgu ganti dia selalu senyum kalau tengok Abah.
Abah cakap, dia kenal aku ke ah, sebab jarang orang senyum dekat Abah sebab Abah pun jarang senyum dekat orang lain juga. Akhirnya Abah terlintas, eh bukan kawan Kaksha ke tu. Abah pun tegurlah. Rupanya betullah kawan saya iaitu Rajni yang cantik. Hiks. Rajni pun in shaa Allah bakal guru yang hebat.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment