Assalamu'alaikum WBT.
Akhirnya saya memiliki projector sendiri! Alhamdulillah. Tapi belum jadi hak milik saya sepenuhnya sebab belum lagi habis bayar. Hihi. Saya ambil dengan harga RM3300 tapi in shaa Allah berbaloi dengan kecanggihannya dan juga ada powerbank yang mana kita still boleh guna tu projector walaupun mati karan.
Jadi setiap bulan in shaa Allah bayar RM330. Begitulah perjanjiannya. Kalau nak bayar lebih pun boleh. Asalkan habis bayar saja. Semalam saya cuba guna untuk kali pertamanya. Best! Memang canggih lah. Benda nya kecil saja. Tapi boleh guna untuk bermacam benda. Begitu. Memang projector macam tu pun kan. Hiks.
Cuma saya try screen mirroring handphone saya, dia macam selalu terkeluar sendiri. Saya nak tengok Netflix dari handphone saya sebab ada banyak yang dah download. Kalau boleh taknak kacau wifi Sue. Tapi semalam saya buka Youtube. Dengar nasyid, tengok Ketika Cinta Bertasbih kejap. Lepas tu tertidur sambil video call dengan Syahadah.
Sorry Syahadah, kakakmu ini penat betul semalam. Tak tahulah kenapa. Penat campur lapar. Mengantuk tak sangat pun. Tapi menguap 10 kali seminit kahkah. Saya tertidur masa bercakap dengan budak tu. Saya terbangun je handphone dah gelap. Saya fikir mesti si Syahadah marah ni haha. Dah lah dia sunyi betul. Dia lah yang cakap dia sunyi.
Bayangkan pukul 11 malam dia still pakai baju kelas. Ke mana kau melencong ni Syahadah haha. Yang saya tahu dia pergi masjid lah. Alahai bagusnya lah adik saya satu orang ni ya. Alhamdulillah Allah kurniakan saya satu adik perempuan dan satu adik lelaki tapi kualiti nya melebihi 10 orang alhamdulillah. Itu menggambarkan betapa bersyukurnya saya. Tiber.
Okaylah saya mau ke kantin dulu. Sekarang jam 7.17 pagi dan saya baru siap makan biskut tawar pengalas perut. Kelas saya start jam 8.10 in shaa Allah. Harini saya rilekslah sikit sebab hanya 6 masa sahaja. Okaylah bye semua. Doakan saya. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment