Thursday, June 22, 2023

I'M OFFICIALLY A LEGAL DRIVER

Assalamu'alaikum WBT. 

Apa khabar semua yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah? Tiber. Saya harap semuanya dalam keadaan baik. Hari ini, akhirnya saya berjaya menjadi pemandu kereta yang sah di sisi undang undang alhamdulillah. Saya dapat lesen sudah! Di saat umurku 25 tahun 7 bulan, aku dapat lesen kereta! Tiber.

Lama sudah saya menunggu saat ini. Selama ini memandu di jalan dengan rasa hina nya disebabkan oleh dicop sebagai pemandu haram kerana tiada lesen memandu. Haha lawak kan. Walaupun saya lambat hampir dua tahun dari Syahadah, namun sekarang saya sudah seangkatan dengannya. Hiks. 

Tapi itulah, saya terfikir kenapa saya punya muka di lesen macam penjenayah betul kahkah. Macam Siti Munirah pun ada juga. Bukan muka lah. Cuma gaya nampak sama haha. Rupanya kejap saja buat lesen. Tadi tak sampai 1 minit saya tunggu, terus siap. JSL pun pantas betul buat kerja. 

Di kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada Cikgu Izan iaitu cikgu memandu saya atas segala ilmu yang dicurahkan. Juga kerana layanan baik juga kesabaran yang tinggi dalam mengajar saya. In shaa Allah ilmu yang diajar akan saya amalkan dalam pemanduan. Saya sangat enjoy semua kelas dengan Cikgu Izan.

Terima kasih juga JSL Driving Academy atas kesempatan yang diberikan. Tiber. Juga di atas kerja yang sangat padu dan sistematik yang membuatkan saya senang mendapat lesen. Layanan mereka juga cukup baik dan menggalakkan. Siapa sangka saya akan dapat lesen di Sabah kan. Tidak pernah ku terfikir itu. 

Juga kepada semua ahli keluarga saya yang tidak habis habis mendoakan dan menenangkan saya di saat saya rasa down tidak ingat RSM dan RPK. Maklumlah satu hari sebelum test, saya punya mood sangatlah kacau. Terima kasih kepada semua yang melayan. 

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang Kau kurniakan kepadaku. Semoga saya akan terus menjadi seorang hamba yang taat dan patuh pada perintah Allah, bukan saja ketika memerlukan. Semoga dikuatkan iman kita. Okay sampai di sini dulu saya punya tulisan hari ini. 

P/S: Benda paling susah sepanjang buat lesen kereta adalah kena hafal RSM dan RPK. Seriously itu membuatkan saya stress. Nasib Cikgu Izan sabar saja bila saya tersekat sekat nak menyebut.

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment