Monday, June 12, 2023

KU MERINDU


Semoga dipermudahkan urusannya di kem Bina Insan Guru di Setiu. Semua peserta tidak kena bagi pegang handphone. Jadi di sini lah saya keseorangan mencari hiburan kahkah. Tak apa saya ada Abah, Umi, Syahadah yang sentiasa memecahkan kesunyian saya. Terima kasih ❤️

Apa benda lah IPG ni. Apa kesinambungan kem tu dengan jadi guru. Hmm kahkah membebel. Padahal dah berzaman orang buat tu hihi. Okay tenang Syahirah. Semoga dilancarkan segala urusan mereka. Aktiviti pun bukan calang calang. Main di hutan, dalam air. Hmm. 

Saya baru perasan setiap kali balik jarang betul kami bergambar. Bukan apa, bila duduk sekali tak terfikir langsung kan sebab ada depan mata. Bila berjauhan baru lah membelek mencari gambar kenangan. 

P/S: Terima kasih Umi tolong gambar kami. Hihi. Acah acah solehah betul saya ya kahkah. Semoga menjadi betul betul solehah kepada semua. Hiks.

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment