Assalamu'alaikum WBT.
Sebelum saya mulakan coretan saya hari ini, ingin saya perkatakan bahawa saya sekali kali tidak membenci atau menyimpan dendam terhadap mana mana pelajar di sekolah saya mahupun sekolah lain ya kahkah. Saya cuma cakap benda ini secara random sahaja.
Kalau di sekolah saya berada sekarang, ada sesetengah pelajar yang rasa macam dia rapat betul dengan cikgu cikgu sampaikan dia boleh buat apa saja. Tiada lah teruk pun, cuma seperti tiada adab. Guru itu pun sebab macam sudah terlanjur rapat dengan pelajar, jadi susah mau tegur itu budak.
Benda ini kalau jauh dari saya tidak apa lah, tapi saya menyaksikan depan mata saya, depan meja saya. Budak itu rapat dengan guru kaunseling. Sampaikan bebas saja dia masuk bilik guru dan duduk di kerusi guru dan santai. Bukanlah saya bongkak cakap dia tidak layak duduk di situ, tapi yalah macam tiada adab.
Kita dulu mau masuk bilik guru pun segan betul. Kalau ada benda yang betul betul penting baru lah paksa diri masuk sana sebab takut dicop penyibuk. Takut guru marah. Memang rasa diri ini tidak layak masuk bilik guru. Tapi pelajar sekarang main masuk saja. Macam tiada rasa bersalah langsung.
Tapi benda ini teruk kalau tahun lepas lah. Lagi lagi budak tingkatan 5. Selalu betul lepak di bilik guru, depan meja saya lagi. Kadang kadang benda yang saya tak sepatutnya dengar pun saya terdengar. Kalau tahun ini kurang sikit tapi ada juga lah pelapis mereka. Entahlah macam mana mau ubah kan.
Semoga saya juga dijauhkan dengan pelajar begitu. Kita boleh buat baik dengan pelajar, tapi tetap ada hadnya. Ada gap antara kita dengan mereka. Jangan sampai mereka pijak kepala kita. Bercakap pun tiada adab. Tidak mau lah begitu. Okaylah sampai sini dulu saya punya luahan. Hiks.
Semoga Allah jauhkan juga keluarga saya dan keturunan kami daripada menjadi begitu dan terlibat dengan benda begitu. Cuma saya terfikir macam mana nak suruh pelajar rasa segan masuk bilik guru. Atau mereka punya sifat begitu? Atau di Sabah mereka memang bebas buat begitu? Okay cukup. Bye!
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment