Kemarin adalah hari yang mungkin paling mendebarkan dalam hidup budak SPM 2022 iaitu hari keluarnya keputusan SPM yang mana mereka bertungkus lumus selama setahun untuk menempuhinya. Tiba lah masanya untuk melihat hasilnya kahkah.
Alhamdulillah keputusan mereka sangat memberangsangkan bagi sesetengah pelajar. Ada juga pelajar yang mungkin cabang hidup mereka lain ya tuan puan. Indapalah, boleh masuk tingkatan 6 lagi. Antara pelajar terbaik adalah Syakirah, Iwani dan Ratika.
Tahniah semua! Semoga ini menjadi permulaan hidup yang baik dan memberi semangat kepada kamu semua untuk berusaha lebih lagi pada masa akan datang. Ingat, ini baru permulaan. Jangan terlalu berpuas hati dan jangan terlalu kecewa.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment